Wanita ini, Sarinah Binti Nayan berkongsi kisah rakan yang menang emas lelong mahu membeli emas baru. Disertakan panduan pengiraan apabila meletak emas di ar-rahnu. Kenapa ianya, lebih berbaloi berbanding meletak atau trade in emas di kedai emas.
Tentunya sistem ar-rahnu ini patuh syariah. Yang mana, pajak gadai atau pinjaman bercagar cara Islam ini tidak mengandungi unsur riba di dalam urusan perniagaannya. Bermakna, urusan kita itu lebih berkat lagi.
Selebihnya boleh ikuti kisah yang dikongsikan Puan Sarinah di bawah ya.
Baca sini : Cara tambah simpanan emas dengan ar-rahnu, lelaki ini tunjuk cara kiranya.
Minggu lepas ada sorang kawan menang bid lelongan ar-rahnu.. dia dapat 5 barang (seperti dalam gambar). Total harga barang tu RM2,420 dan total berat semua barang tersebut adalah 14.35 gram.. semua emas 916.
Setelah dapat semua barang-barang tu kawan minta pergi teman gi kedai emas. Konon nak tanya berapa harga kalau kedai ambil.. ada 2 jenis harga yang kedai emas offer.. sebab dia ada berkenan dengan gelang trendy sekarang ni.. konon nak gi beli la.
Pertama, dia offer harga trade in iaitu 75% dari keseluruhan nilai emas. Trade in maksudnya tukar ke emas baru.
Kedua, tauke tu offer kalau dapat cash.. akan dapat lebih rendah daripada harga trade in.
Bincang punya bincang, saya ajak kawan tu buat ar-rahnu. Kat bawah ni simple calculation untuk dikongsi bersama kenapa saya ajak dia untuk buat ar-rahnu.
Mutu emas : 916
Berat keseluruhan barang kemas : 14.35 gram
Harga beli semasa lelong :RM2,420
Harga semasa emas d kedai emas : RM267/gram (Limbang)
Harga semasa emas : 14.35g x RM267 = RM3,831.45
Harga trade in yang tauke emas offer : RM2,873.90 (75%)
Harga kalau ambil cash : RM2,540 (yang ni tak tau macam mana tauke kira)
Jika buat ar rahnu : 14.35g x RM258.73 = RM3,712.77 (harga emas hari ini @ 06.07.20)
80% margin pinjaman = RM3,712.77 x 80% = RM2,970.21 @ RM2,970
Upah simpan untuk 6 bulan = RM144.80 (RM24.13 je sebulan)
MW : Secara ringkasnya, ini perkongsian untuk tambah emas baru, tanpa perlu melepaskan emas yang sedia ada di tangan.
Boleh lah bayar upah simpan itu perlahan-lahan. Hati pun senang, sebab emas menang bidaan lelongan itu masih lagi jadi milik tuannya. Impian beli emas trendy pun dapat dinikmati juga.
Dan ini juga salah satu cara untuk menambah gram emas dalam tangan, tanpa perlu trade in emas.
Sumber/Foto : Sarinah Binti Nayan