Memilih Kerja, Selalu Ada Rezeki Buat Suami Yang Berniat Nak Baiki Kewangan Keluarga

Share

Tak salah nak memilih kerja, tetapi sebelum para suami berhenti kerja tolonglah pastikan dah ada hala tuju. Jangan harapkan isteri pula yang tanggung semua benda atas alasan, susah nak dapat kerja!

Ini memang akan buat kaum isteri makan hati dalam diam. Yang jadi mangsa, anak-anak lah. Kadang suami isteri bergaduh pasal duit tak cukup depan anak, Allahu. Sedih.

Sebelum silap membuat keputusan, renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin tentang lelaki yang jenis memilih kerja.

Dapat Lelaki Yang Memilih Kerja

Bila dah jadi suami, dah jadi ayah, suka atau tak suka dengan sesebuah pekerjaan tu, tetap kena hadap dan hadam.

Layan… sementara nak dapat kerja lain.

Teringat dulu time bujang, p interview, dapat keje, baru pergi sehari, esok tak pergi dah. Bila abah tanya, “Eh, tak kerja dah ke ari ni?” Terus bagitahu kata kerja tu tak best, tak sesuai. Then cari kerja lain, kerja sana, kerja sini, seminggu, sebulan, tak tahan kena marah, kena maki, berhenti lagi. Duit tak ada, tak apa.

“Abah, mak, nak duit…”

Walaupun dah besar panjang, bila dah kawin pulak, kerja tu tak sesuai ke, tak tahan ke, selalu kena marah ke, selalu kena maki ke, dapat partner yang tak best ke, semua cabaran dan dugaan tu, tetap kena hadap jugak, kena hadam… sebab?

“Ada mulut yang nak diberi makan kat rumah tu.”

Tak boleh dah nak ikut perangai muda-muda dulu. Tak nak kerja, berhenti. Tak boleh kerja, berhenti. Sebab nanti tak ada duit, siapa nak bagi makan anak bini…? Bila fikir tentang anak bini, terpaksa lah juga telan walaupun pahit. Protes tu dalam hati je yang tahu. Tak luah, tak suarakan. Pendam sorang-sorang, bini pun tak tahu. Bila balik kerja, bini tanya,

“Kerja ok tak bang?”

“Ok ja”… ringkas jawapan. Nak cakap lebih-lebih, banyak pulak dosa menipu dia. Nak luahkan yang tak ok, nanti dia pulak risau kat laki dia. Ada tempat kerja, partner suka hilang. Sekali pergi sembahyang, sejam dua baru balik. Sampai kita pun terlepas waktu sebab tunggu dia balik. Kalau tinggal line tak ada orang, nanti bos marah.

Ada tempat kerja tu, setahun kenaikan cuma RM30, buat lah rajin mana pun, 30 hengget juga yang naik. Ada tempat kerja tu, kena kerja sampai tak ada masa untuk keluarga. Asyik kena paksa datang OT je. Off sehari, minta cuti susah nak dapat.

Jangan Lupa Minta Isteri Doakan

Kadang-kadang ada terfikir, gaji sekarang tak cukup, kena cari yang gaji tinggi sikit. Kerja ni tak ada career development, kena cari yang ada. Kerja ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang belajar dulu, tapi tak apa ambil pengalaman setahun dua, then cari baru.

Apply sana, apply sini… then bila dipanggil interview, try…try dengan harapan mungkin ada rezeki di situ. All out bila interview, speaking london tau… siap kena buat presentation lagi.

Mintak isteri tolong doakan…

Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk suami yang nak memperbaiki kewangan keluarga. Sentiasa ada rezeki untuk suami yang memikirkan dan mengutamakan keluarga. Ianya sentiasa ada, asalkan kita pun ada niat untuk ke arah itu dan ada usaha. Selebihnya, terserahlah kepada DIA.

Published by
Nadia