Sehingga pagi ini, pelakon Abby Abadi memaklumkan bayi pramatangnya, Baby D masih memerlukan doa daripada semua kerana keajaiban saja yang akan menyelamatkannya. Kasih seorang adik bernama Memey Suhaiza terhadap ibu yang baru melahirkan ini, Abby begitu tulus.
Ketika, Abby diuji anak sakit ini, Memey yang menziarahinya tak teragak-agak untuk memberikan bantuan stok susu ibu kepada Baby D. Kejadian manis ini dikongsikan sendiri oleh Memey yang juga isteri kepada Norman Hakim di laman instagramnya.
Baby D ini lahir tak cukup bulan dengan berat cuma 540 gram. Ketika ini, ditempatkan di NICU dengan pemantauan rapi doktor pakar.
Kongsinya,
You are the reason #BabyD
We love u so much
Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany
Sama-sama kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye..
Tadi datang ziarah mama, sambil-sambil pam susu untuk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu..
Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat.. mudah-mudahan… mohon terus sama-sama kita istiqomah untuk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…
Dalam pada itu, Abby berasa bersyukur kerana kesudian Memey yang sudi membantunya.
“Alhamdulillah @memeysuhaiza
“Antara usaha kami, pam susu badan nak bagi pada Baby D. TQ Mey sudi datang menolong juga. Kita dapat sikit je, itupun adik-adik nurse tolong. Mey bagi sebotol dah. Ada dah stok susu badan untuk seminggu sebab Baby D akan minum sikit-sikit je nanti.
PS: Doakan Baby D kita tau. Tak dapat nak cerita keadaannya. Hanya keajaiban yang akan menyelamatkan dia.
Artikel berkaitan : ‘Baby D dalamannya tak kuat’ Abby Abadi mohon doakan bayi pramatangnya.
Kongsi Abby lagi kehadiran mak itu lah membawa bahagia dalam dirinya.
Mak
Datang bawak BAHAGIA
Siap bawak bekal makan lagi untuk kita. Comel mak kita pun. Mak kata, tak pernah sehari pun mak lupa mendoakan untuk Baby D kami.
Semoga doa mak/opah mampu mengubah nasib Baby D Mama Abah. Panjangkan umurnya ya ALLAH. Mama tak dapat nak cerita sekarang. Terlalu hiba.
Sememangnya kehadiran seorang ibu itu mampu menjadi sandaran kekuatan hati untuk mereka-mereka yang sedang diuji.
MW : Mendoakan semoga Baby D dapat membesar dengan sihat dengan bekalan susu ibu dari kedua ibu yang baik ini. Amin.
Sumber/Foto : Abby Abadi , Memey Suhaiza