Sehingga pagi ini, pelakon Abby Abadimemaklumkan bayi pramatangnya, Baby D masih memerlukan doa daripada semua kerana keajaiban saja yang akan menyelamatkannya. Kasih seorang adik bernama Memey Suhaiza terhadap ibu yang baru melahirkan ini, Abby begitu tulus.
Ketika, Abby diuji anak sakit ini, Memey yang menziarahinya tak teragak-agak untuk memberikan bantuan stok susu ibu kepada Baby D. Kejadian manis ini dikongsikan sendiri oleh Memey yang juga isteri kepada Norman Hakim di laman instagramnya.
Baby D ini lahir tak cukup bulan dengan berat cuma 540 gram. Ketika ini, ditempatkan di NICU dengan pemantauan rapi doktor pakar.
Ketika di hospital inilah Abby Abadi rindu menggebu-gebu pada dua anak kecil, Daiyan, Dayana.
Kongsinya,
You are the reason #BabyD We love u so much Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany Sama-sama kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.. Tadi datang ziarah mama, sambil-sambil pam susu untuk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.. Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat.. mudah-mudahan… mohon terus sama-sama kita istiqomah untuk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…
Ads
Antara jururawat yang membantu Abby Abadi.
Hanya Keajaiban Boleh Selamatkan Baby D, Bayi Tak Cukup Bulan
Dalam pada itu, Abby berasa bersyukur kerana kesudian Memey yang sudi membantunya.
“Alhamdulillah @memeysuhaiza
Ads
“Antara usaha kami, pam susu badan nak bagi pada Baby D. TQ Mey sudi datang menolong juga. Kita dapat sikit je, itupun adik-adik nurse tolong. Mey bagi sebotol dah. Ada dah stok susu badan untuk seminggu sebab Baby D akan minum sikit-sikit je nanti.
PS: Doakan Baby D kita tau. Tak dapat nak cerita keadaannya. Hanya keajaiban yang akan menyelamatkan dia.
Kongsi Abby lagi kehadiran mak itu lah membawa bahagia dalam dirinya.
Mak Datang bawak BAHAGIA Siap bawak bekal makan lagi untuk kita. Comel mak kita pun. Mak kata, tak pernah sehari pun mak lupa mendoakan untuk Baby D kami.
Semoga doa mak/opah mampu mengubah nasib Baby D Mama Abah. Panjangkan umurnya ya ALLAH. Mama tak dapat nak cerita sekarang. Terlalu hiba.
Sememangnya kehadiran seorang ibu itu mampu menjadi sandaran kekuatan hati untuk mereka-mereka yang sedang diuji.
MW : Mendoakan semoga Baby D dapat membesar dengan sihat dengan bekalan susu ibu dari kedua ibu yang baik ini. Amin.
Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang dijanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Jadi tidak hairanlah, ramai yang ‘berlumba-lumba’ untuk meningkatkan amalan sekaligus merebut ganjaran pahala yang dijanjikan. Antara amalan yang boleh dilakukan disamping Solat Terawih, Qiamulail, Tahajud dan sebagainya ialah dengan membaca Al Quran. Rasa bersyukur dan seronok rasanya dapat menghabiskan bacaan Alquran sepanjang Bulan Ramadan. Sungguh tak tergambar dengan kata-kata.
Fouziah Gous Khatam Kali Kedua
Selebrti, pelakon,pengacara dan usahawan berjaya Datin Hajjah Fouziah Gous, 38 antara yang berjaya merebut peluang ini. Alhamdulillah, dengan usaha yang konsisten dan fokus, Fouziah berjaya khatam al-Quran buat kali kedua di bulan Ramadan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik pelakon tersebut dalam Instagramnya, Fouziah, 39, meluahkan rasa syukur apabila dapat khatam kitab suci tersebut buat kali kedua dalam tempoh sebulan.
“Segala puji-pujian bagiMu YaAllah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan (hari ke-25) dengan izin Allah SWT, selesai khatam untuk kali kedua di bulan Ramadan,” tulisnya dalam Instagram.
Dalam hantaran itu, pelakon dan usahawan itu turut berkongsi perasaan teruja dan bersyukur yang tidak pernah dia rasai sebelum ini apabila berjaya khatam pada pukul 3 pagi.
“Sebenarnya saya khatam pada pukul 3 pagi ketika semua sedang tidur. Teruja sangat. Terus saya beritahu suami, keluarga dan ustazah.
“Pada waktu sama saya jadi serba salah untuk berkongsinya dalam Instagram,” jelasnya.
Kongsi Untuk Dijadikan Kenangan
Bagaimanapun, bekas pramugari itu tetap berkongsi kejayaannya itu dalam Instagram untuk dijadikan kenangan buat dirinya pada masa akan datang.
“Bila mengimbau semula kenangan lima hingga 10 tahun akan datang, sekurang-kurangnya boleh rujuk semula di sini (Instagram) sebagai kenang-kenangan.
“Saya doakan semoga kita semua terus istiqomah bersama al-Quran,” kata Fouziah.
Pada 29 April lalu, pelakon filem Sifu dan Tongga itu telah berkongsi keterujaan dan kegembiraan apabila berjaya khatam bacaan al-Quran ketika sambutan hari Nuzul al-Quran lalu.
Dalam perkongsian tersebut, Fouziah meluahkan rasa gembira kerana dapat khatam kitab suci tersebut pada bulan Ramadan seperti yang dihajatkannya.
Tip Berjaya Khatam Al-Quran 2 Kali
Malah, ibu kepada 2 orang anak ini menjelaskan bahawa dia memperuntukan lebih 2 jam setiap hari untuk membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan ini.Banyak yang perlu ‘dikorbankan’ malah betul-betul fokus dan kejar masa untuk menghabiskan bacaan alQuran.
“Kena korbankan masa hanya untuk Al-Quran, tak tengok tv langsung, kurang socmed, setiap kali lepas solat baca setakat mampu tapi fokus sebelum dan selepas subuh lebih kurang 1-2jam. Selepas terawikh sambung 1-2jam lagi. InsyaAllah mesti boleh. Tapi saya spent kadang-kadang 2-3 jam. InsyaAllah kalau kita nak betul nak buat kena betul-betul fokus. Bila anak-anak tidur time tu la kejar masa. Di office pun cuba selit-selit. InsyaAllah” ujarnya.
MW: Alhamdulillah. Tahniah Fouziah Gous atas usaha gigih berjaya Khatam Al-Quran 2 kali sepanjang bulan Ramadan. Semoga menjadi inspirasi buat kita untuk meningkatkan semua amalan di bulan mulia ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
“Saya Rindu Awak” begitulah luahan hati penyanyi evergreen Salamiah Hassan sewaktu menziarahi pusara arwah suami tercinta.
Salamiah yang baru saja melayari bahtera perkahwinan dua bulan lalu terpaksa menelan berita duka di atas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.
“Saya Rindu Awak”
Menerusi perkongsian di Instagram Story baru-baru ini, ternyata Salamiah begitu merindui suaminya. Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon.
‘I miss u’, itulah ungkapan buat arwah suami yang dirinduinya.
Arwah Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Salamiah memuat naik dua gambar kubur suaminya termasuk gambar dia di sisi kubur itu.
Hanya tinggal kenangan, sewaktu hari pernikahan Salamiah.
Atilia Temani Ibu
Pada waktu yang sama, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, ‘i am with my heaven @Salamiah Hassan’. Atilia kini berada di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya.
Untuk rekod Salamiah hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
“Salam Takziah Mama” Warganet
Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah buat Salamiah yang telah kehilangan suami tercinta.
Gelagat Tok Ram bersembang dengan Izzara curi perhatian warga maya, “Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.” Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Izzara Curi Perhatian Warga Maya
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
“Daddy Dengan Mummy 3 Patah Je Sehari Borak”
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
PERAMAH DUA BERANAK NI. DADDY DENGAN MUMMY 3 PATAH JE SEHARI BORAK.- TULIS ALYAH.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...