Membesar Sebagai ‘Wanita’, Selepas 21 Tahun Baru Tahu Diri Sebenarnya Lelaki!

Share

Pengesahan jantina selepas kelahiran bayi sangat penting dalam dalam menentukan kehidupan bayi pada masa akan datang. Akibat kesilapan perubatan boleh merubah segalanya.

Siapa sangka seorang ‘wanita’ dari Arab Saudi hanya menyedari bahawa dia sebenarnya seorang lelaki selepas 21 tahun dilahirkan disebabkan oleh ‘kesilapan perubatan’, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Alat Sulit Lelaki Tersembunyi Dalam Perut

Menurut saluran televisyen Al Ekhbariya, individu berkenaan tidak mengetahui bahawa dia mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.

Semasa kelahirannya di sebuah hospital kerajaan di Riyadh, dia mengalami beberapa kecacatan pada bahagian kemaluan.

Bagaimanapun, doktor menyangka bayi itu adalah perempuan dan keluarganya menamakannya sebagai Randa Shabeli.

Baca Lagi Di Sini:‘Lelaki’ Kongsi Trauma Hamil, Pengalaman Lahirkan 2 Anak!

Tiada Tanda Akil Baligh

Bagaimanapun, semasa umurnya semakin meningkat, Randa semakin curiga apabila dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda akil baligh seorang wanita.

Apabila mengunjungi hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh, dia terkejut apabila diberitahu memiliki alat kelamin lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.

“Pada awalnya, perasaan saya sama sekali pelik, seolah-olah mereka berbohong kepada saya. Ia tidak logik seolah-olah kembali memulakan hidup. Nama dan identiti baharu, tiada kawan dan saudara-mara.

“Kini, saya sepatutnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kemaluan yang tersembunyi. Seorang doktor mengesyorkan saya perlu pergi ke Britain untuk pembedahan,” kata Randa.

Failkan Aduan

Menurut Al Ekhbariya, keluarga Randa memfailkan aduan kepada bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, namun tiada tindakan diambil.

Bapanya berkata, dia cuba menghubungi hospital tempat Randa dilahirkan tetapi tidak berjaya.

Mesti Baca:Pengorbanan Demi Besarkan Anak, 36 Tahun Wanita Menyamar Sebagai Lelaki!

Artikel Menarik:Bukan Bersalin KEMBAR, Wanita Hamil Anak Kedua Ketika Masih Mengandungkan Anak Pertama!

Mingguan Wanita:Tak sangka ada juga kes sebegini. Siapa sangka dilahirkan sebagai ‘wanita’, membesar sebagai wanita’ ‘rupanya secara biologinya adalah lelaki. Kasihan sungguh.

Sumber:Kosmo, Daily Guardian

Didiklah anak kecil pandai berdikari.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke isteri bekerja sebab risau bebankan suami?

Published by
Suhaidah Abd Wahab