Lelaki ini, Zul Ariff berkongsi kisah hidup waktu muda dengan jiwa panas. Bila mana ibu cuba mencurahkan kasih, hatinya memberontak. Tidak mahu akur, kerana waktu itu kerjaya lebih mengatasi segalanya.
Apabila pemikiran semakin matang, betapa dia mula menyedari akan sikap dahulu yang amat sedikit sekali menghargai kehadiran seorang ibu. Kini, ketika rindu semakin menebal, tak mampu diluah dan disampaikan ucapan sayang.
Apakan daya rindu yang tidak bersambut ini, tak dapat dileraikan. Cuma perkongsian kisah saja yang dapat diluahkan. Sekurang-kurangnya, beban rindu dapat dikurangkan.
Kerana Jiwa Panas, Tiada Ungkapan Sayang Hingga Saat Terakhir
Tanpa ku sedar masa berlalu…telah kau tegar tinggalkan aku. Dalam kotak fikiran ku masih terbayang susuk lusuh seorang wanita bergelar ibu.
Diam tak diam lapan tahun berlalu, hanya kenangan temani hari hari ku ini. Perkara yang sukar untuk diterima kehilangan ibu tercinta.
Semasa hayat nya ada, diri ini tanpa sedar kurang menghargai wanita yang digelar bonda. Dari rahim dia aku dilahirkan kedunia, dengan kudrat dia aku dibesarkan.
Hasrat hati dia hanya satu, melihat aku berjaya dipersada dunia. Tapi apa yang aku lakukan pada nya? Cukup kah aku membalas jasa bonda? Habiskah kudrat aku menjaga dia?
Agungnya Pengorbanan Ibu
Walau segunung intan permata belum tentu terbalas jasa bonda. Sungguh agung pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
Detik 8 Januari 1987 aku dikeluarkan dari rahim dia untuk melihat dunia nyata. Saat 14 Mac 2013 aku kehilangan dia. Dia kembali pada Sang Pencipta.
Aku bagai hilang arah melihat hari hari berlalu tanpa dia di sisi. Bentak dalam hati kenapa dia harus pergi? Kenapa bukan aku? Tapi jauh di sudut hati mula berbisik bukan itu yang kau pinta? Hidup tanpa ada dia?
Ads
Masih aku teringat saat terakhir aku merasa air tangan dia, lauk yang biasa yang selalu aku makan, tapi rasa menjadi sangat luar biasa. Asam pedas ikan terakhir bonda. Hingga ke saat ini aku masih boleh merasa nikmat nya lauk masakan dia.
Padahal masa tu aku membentak bonda yang sakit, sebab aku kena bergegas dari mesyuarat di kota pulang ke desa kerana si dia menelefon dalam keadaan sangat sakit. Tapi bila aku tiba, dia tersenyum di muka pintu sambil memanggil aku masuk untuk makan.
Terlalu Ikutkan Jiwa Panas Usia Muda
Bersungguh di panggil, tapi apa yang aku buat? Bukan ungkapan sayang bukan sahutan manja. Tapi hempasan pintu kereta ikutkan panas hati si muda. Jika aku sedar itu antara saat saat aku yang terakhir dengan nya tidak akan aku lakukan sedemikian rupa.
Sesudah aku makan, aku panggil bonda untuk pergi ke klinik. Dalam kereta menuju ke klinik tiada satu saat dia marah kan aku. Hanya senyuman dan tawa dia berikan. Dan malam itu menjadi malam terakhir si dia dalam jasad yang segar dan bercakap dalam nada ceria.
Selepas kejadian itu, kesihatan dia makin meluruh, senyuman dia semakin tawar. Rupanya selepas sebulan dia pergi meninggalkan aku. Tiada lagi panggilan dari dia sewaktu aku kerja. Kerana menjadi rutin si dia untuk setiap hari telefon setiap anak anak dia.
Kerinduan & Penyesalan Yang Panjang Dek Kerana Jiwa Panas
Aku? Masih di sini meneruskan sisa sisa hidup tanpa dia di sisi. Apa yang aku ada? Hanya kenangan bersama si dia dan kerinduan serta penyesalan yang panjang.
Ads
Kenapa aku menyesal? Kerana hingga saat aku kehilangan dia, tidak pernah bibir ini mengungkap, aku sayang kan dia, aku rindukan dia, malah tak pernah bibir aku terungkap kata ” mak I love u“.
Jika ku ada saat kedua, ini yang akan ku pinta pada yang Esa, untuk aku dedahkan segala rasa didada. Namun itu hanya pinta ku, aku tahu dia melihat aku dari jauh. Menanti aku di pintu syurga.
Nukilan dari anak mu,
Untuk bonda ku tercinta.
“Hanya lagu dapat aku sampaikan apa yang terbuku di dada“.
Terima kasih Omar K, Shazee Ishak, Firdaus Rahmat, dan cikgu Shafi dalam merealisasikan luahan hati seorang anak dalam lagu ” SAAT AKU “.
Ikhlas,
Zul Ariff #saataku #therealzulariff
MW : Panas macam mana pun jiwa muda itu, cubalah belajar untuk tak terlalu ikutkan hati. Moga kisah ini dapat meredakan jiwa muda yang masih panas dan jadi pengajaran bersama.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Taman kebun Puan Lisa Yusuff di kalangan netizen memang dah terkenal dengan keindahan dan kesuburan pokok-pokok sayur dan bunga-bungaannya. Istimewa taman tepi rumah Puan Lisa ini sampai hari ini masih dalam pemantauan Jabatan Pertanian.
Terkini, Puan Lisa cuba membela kelulut untuk mendapatkan madunya. Kelulut tak menyengat. Ia berbeza dengan lebah.
Step By Step Buka Sarang Kelulut Di Taman
1. Saya beli siap bermakna standy tapak saja. Penjual yang masuk hutan buat perangkat kat batang kayu untuk kelulut buat sarang. Bila ibu dan kelulut lain dah betul-betul bersarang barulah penjual hantar.
2. Apa itu tapak? Ia susunan batu-bata untuk letak sarang kelulut satu koloni.
3. Masa penjual hantar, sarang masing bertutup dengan plastik. Bila sampai ke tapak, masih dengar bunyi dengung kelulut dalam sarang.
4. Pesan pegawai pertanian, plastik perlu dibuka dalam masa satu jam. Masa nak buka, saya pakailah jaring tutup muka dengan sarung tangan takut juga kena sengat. Tapi rupanya tak ada apa pun.
5. Sebaik dibuka kelulut terus terbang merata-rata dalam kebun. Sebelah petangnya, saya perati seekor demi seekor mula terbang masuk balik ke sarang. Macam tulah hari kedua dan ketiga. Akan nampak kelulut dekat pokok-pokok bunga tu.
Syarat Penting
Perlu ada bunga-bungaan warna terang. Sediakan banyak-banyak pokok bunga.
Kalau tak kelulut akan cari sarang lain. Risau juga dekat sini ada dua tiga pembela kelulut. Sebab itu kena jaga bunga pastikan berbunga dan subur.
Dalam taman ini ada zinnia, cosmos, jasmine, bunga tahi ayam
Saya pernah dengar kelulut suka bunga air mata pengantin. Anak pokoknya dah ada cuma belum berbunga lagi.
Ada juga bunga dari pokok-pokok sayur.
Bila Boleh Dapat Madunya?
Kalau kelulut tu rajin dalam sebulan dah boleh ambil madunya.
Gunakan picagari untuk ambil madunya. Sedut dari dalam kantung madu yang ada dalam topping dia.
Trend Bela Kelulut
Kos madu kelulut mahal ketika ini, sebotol dalam RM50.
Sejak malam Khamis ramai ‘follower’ Scha Alyahya tertanya-tanya akan misteri kehilangan laman sosial instagram pelakon ini. Sehinggakan ada yang membuat pelbagai spekulasi menerusi hantaran terakhir Scha yang berbunyi ‘I’ve Had Enough’.
Bimbang dengan status yang Scha muat naik, followernya bertanyakan pula pada Awal Ashaari akan kehilangan mengejut instagram isterinya itu.
Adakah benar pemilik nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37 memadamkan akaun instagramnya kerana alahan mengandung. Kerana, sebelum ini Scha pernah memaklumkan yang dia pernah berasa ‘down’ dengan alahan yang dialami waktu trimester pertama sehingga mahu memadamkan akaun instagramnya.
Ramai yang sayangkan Scha dan mendoakan agar pelakon kesayangan mereka dalam keadaan baik-baik saja sepanjang kehamilannya.
Tak kurang juga yang membayangkan, berkemungkinan akaun instagram Scha digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah, jumlah pengikutnya sudah mencecah 5.4 juta.
Ini Jawapan Scha Tutup Akaun Instagram
Dan akhirnya Scha membuka cerita akan penutupan akaun instagramnya,
“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.
Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula.”
Sebaik instagramnya kembali aktif, menerusi insta storiesnya Scha menjelaskan keadaan dan memaklumkan yang keadaan dirinya baik-baik saja. Begitu juga dengan bayi dalam kandungannya. Sihat-sihat saja.
Kredit foto : majalah Pa&Ma
Scha yang kini sedang hamil anak kedua mendirikan rumah tangga dengan Awal pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana. Kini berusia enam tahun.
Selamat pengantin baru Uyaina & Raja Syahiran, tarikh 21 Disember amat bermakna buat pasangan ini apabila telah bernikah pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard.
Selamat Pengantin Baru Uyaina & Raja Syahiran
Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad telah dinikahkan oleh abang kandung Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini.
“Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” ungkap Uyaina seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Mas Kahwin Sebentuk Cincin & Gelang Tangan Emas
Raja Syahiran juga telah menghadiahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas.
Namun pasangan ini telah memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Ditanya tentang perancangan selepas bergelar suami isteri, pasangan ini bercadang mahu melawat keluarga yang tidak dapat menghadiri majlis mereka.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ungkap Uyaina.