Membawang atau bergosip memang antara aktiviti yang disukai wanita. Ops! Jangan salah faham. Bukan membawang pasal orang lain pun, tapi membawang tentang kehidupan masing-masing. Bukan membawang mengata orang itu ini ye.
Kadangkala aktiviti ini sebagai satu medan bersosial bagi mak-mak lebih-lebih lagi bila tak bekerja. Waktu petang, dah beres semua kerja, bolehlah duduk bersembang. boleh juga tau hal semasa. Taklah terperap dalam rumah saja kan.
Tak Salah Pun
Tak salah pun bila waktu terluang mak-mak berkumpul bersama berbual-bual. TAPI yang salahnya bila sampai ‘terlupa’ pasal suami dan anak-anak.
Mak Ai, bila balik rumah, tengok dia tak ada. Bila telefon, rupa-rupanya sedang bertandang ke rumah jiran. Bila disuruh balik, barulah terhegeh-hegeh nak balik.
Mungkin ada suami yang pernah mengalami situasi yang sama; pulang kerja isteri tak ada di rumah? Itu belum lagi ketika dia bergayut dengan kawan-kawan atau di grup whatsapp. Sampai lupa anak suami!
Ads
Membawang Jangan Sampai Jadi Kaki Gossip!
Isteri sebegini boleh dikatakan kaki gosip atau zaman sekarang ini digelar ‘makcik bawang’. Ada saja topik yang dibualkan dengan rakan-rakan. Sebagai suami, tentu anda tak selesa jika isteri berperangai begini.
Tak kira sama ada yang bergelar suri rumah tangga mahu pun ada karier. Sikap suka ‘membawang’ itu tak terbatas secara bersemuka saja. Dengan SMS atau whatsapp pun boleh!
Tegur Tapi Berhemah
Mungkin ada isteri beranggapan, anda sebagai suami tak patut larang mereka berjumpa dan duduk berbual dengan jiran tetangga pada waktu senggang. Yelah, semua kerja rumah sudah beres. Sambil bawa anak-anak bermain di sekitar kawasan rumah, waktu inilah mereka nak berjumpa dan beramah mesra dengan jiran tetangga. Nanti dicop ‘jiran tak bermasyarakat’ pula kalau asyik memerap dalam r umah.
Ads
Jelaskan pada isteri, bukan anda marah dia keluar dan berbual dengan jiran tetangga. Memang tak salah jika niat mereka nak bersilaturahim dengan jiran tetangga. Tapi anda tak suka kalau isteri sibuk bergosip dan ambil tahu hal orang lain. Lainlah kalau berbual dan berkongsi soal anak-anak, okay lah. Ini, balik saja ke rumah, mulalah isteri berkongsi dengan anda ‘cerita panas’ yang baru dia kutip ketika duduk berborak sebelumnya. Macam mana anda tak naik angin kan.
Tak Perlu Membawang Kalau Bukan Hal Penting
Bercakap dan berbual hal penting dan perlu saja. Tak kisah topik semasa atau apa tapi jangan sampai mengumpat perihal orang lain. Paling penting, kena sentiasa ingatkan isteri, berdosa mengumpat dan mengata orang tu besar. Sanggupkah dia pikul dosa mengumpat saban hari?
Tegas
Sebagai suami, anda ada hak untuk melarang isteri untuk bergaul dengan individu yang boleh memberikan pengaruh buruk terhadap isteri anda. Bukan tak boleh berkawan langsung, tapi berpada. Tak perlu rapat. Sebagai isteri pula, kena terima teguran suami dengan hati terbuka. Suami faham kehendak anda untuk berkawan tapi jangan sampai menjadi satu dosa pula.
Ads
Suami juga perlu tetapkan had masa yang isteri boleh keluar duduk melepak dengan jiran tetangga. Biasalah, kadangkala asyik sangat berborak, tak sedar berjam-jam sudah berlalu. Begitu juga kalau berbual di telefon atau grup whatsapp. Sentiasa ingatkan isteri agar jangan terlalu leka sangat.
Kena Main Peranan
Kadangkala tak boleh salahkan isteri juga. Ada suami yang balik kerja, hanya duduk di depan TV. Bersembang dengan isteri pun jarang. Suami kena ingat, isteri juga ingin berbual dengan suami setelah seharian suami bekerja. Tak kisah topik apa, tapi ambil masa untuk berbual dengan isteri.
Pasti banyak perkara boleh dibualkan. Ini juga masanya untuk anda menasihatinya jika ada yang tidak kena. Kalau anda dalam dunia anda sendiri, jangan salahkan isteri bila dia juga sibuk menelefon dan berwhatsapp dengan kawan-kawannya.
Kahwin ramai, mungkin itulah yang seronok buat suami di luar sana dan paling tak suka didengari oleh isteri. Pantang sebut kahwin lain mahunya isteri mengamuk dan marah-marah.
Namun, kalau dah dikatakan jodoh dan ketentuanNya, kita kena terima dan paling penting suami kena bersikap adil, bertanggungjawab pada semua isteri.
Rupa-rupanya, satu rahsia yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kalau nak kawin ramai ada caranya. Antara perkongsian daripadanya apabila ditanya tentang rahsia dan tip kahwin lebih daripada satu majlis ceramah agamanya.
Kahwin Ramai, Kalau Suami Mampu Dan Jangan Menunjuk
Soalan: Apakah rahsia ustaz boleh kahwin ramai. Boleh kongsi tip dengan kami?
Jawapan:
“Kahwin bila kita mampu, jangan nak men menunjuk-nunjuk dan jangan menipu. Sebab dia isteri kita dan beritahu elok-elok. Contoh, kalau nak mudah, ambil gambar bakal isteri kedua dan tunjukkan pada isteri pertama.
“Bagi no telefon pada isteri pertama hubungi dan minta berkawan selama 3 bulan. Dengan harapan, kalau bakal isteri kedua itu baik, boleh dijadikan madu.
“Jangan marah dan jangan mengamuk, keputusan di tangan isteri pertama. Setuju atau tidak.
“Selepas 3 bulan, kalau isteri tak setuju, bagi gambar lain pula. Bila dah bagi gambar 2-3 orang dan isteri pertama berkawan, lama-lama dia akan terpikat dengan salah seorangnya.
Ini semua atas pengalaman ustaz Azhar Idrus sendiri.
Anak kedua, selalu orang cakap banyak menguji kesabaran mak ayah. Perangai dan karenah saja mengalahkan 2-3 anak yang lain.
Begitulah, anak kedua ini sering dikatakan seorang yang keras kepala, tak dengar cakap, degil dan buat hal dia sendiri. Tapi sebenarnya, kalau difikirkan balik, di sebalik kenakalan, hatinya ‘ada taman’ buat mak ayah pun tak sampai hati nak marah.
Sebab itulah, jangan terlalu cepat mengadili anak kedua ini. Kekadang, yang kita selalu marah inilah banyak berjasa. Bukan bermakna anak lain tidak berjasa tapi masing-masing ada cara tersendiri dalam menyantuni mak ayah.
Mohd Fhais Salim turut berkongsi tentang anak kedua ini. Ada betulnya juga.
Pernah tak anda mengalami situasi di mana si kecil terbangun tatkala jam menunjukkan pukul 3 atau 4 pagi. Alahai anak mengantuknya ibu, sudahlah tidur agak lewat tadi kerana menguruskan hal rumahtangga yang lain. Keadaan ini biasanya dialami oleh ibu yang mempunyai anak kecil berusia satu hingga dua tahun. Bagi kanak-kanak pada usia sebegini, siang atau malam tiada bezanya.
Malah bukan sesuatu yang pelik jika si kecil anda tidak mahu tidur dan asyik bermain sehingga lewat tengah malam, kemudian esoknya bangun sebelum subuh dan mengajak anda berbual dan bermain-main dengan mereka. Berikut beberapa cara untuk anda dapatkan semula rutin tidur yang sepatutnya buat si kecil anda yang suka berjaga malam.
Buat jadual dan jadikan ia sebagai rutin. Hal ini sangat membantu anak anda untuk mengenal dan membiasakan diri dengan konsep waktu. Mulakan rutin harian si kecil anda dengan sarapan pada waktu yang sama setiap hari sehiggalah waktu mereka tidur pada waktu malam. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan rutin tersebut akan membantu mereka untuk tidur tepat pada waktunya.
Sediakan aktiviti ringan di malam hari seperti bercerita atau membaca buku cerita bersamanya. Cara ini bertujuan untuk merangsang badan anak menjadi lebih tenang dan bersedia untuk tidur pada waktu malam. Anak yang kurang aktif pada waktu siang akan cenderung untuk aktif pada waktu malam. Aktiviti ringan boleh mengajar mereka untuk mengenali perbezaan waktu siang dan malam.
Siapkan perancangan untuk hari esok. Ketika berbual dengan si kecil sebelum waktu tidur, sebaiknya anda bercerita tentang perancangan untuk mereka pada keesokkan hari. Misalnya, “Esok kita nak buat apa ya? Bangun tidur sayang minum susu lepas tu mandi ya,” dan seterusnya. Jika perlu gunakan gambar agar mereka dapat gambaran apa yang bakal dilalui esk hari.
Hadkan tidur siang anak. Membataskan waktu tidur siang anak mungkin dapat membantu si kecil untuk tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Dengan cara tersebut juga dapat mengajar mereka membezakan tidur siang dan malam. Dua hingga tiga jam tidur pada waktu Siang sudah memadai buat si kecil anda.
Perkenalkan waktu siang dan malam kepada si kecil dengan cara daripada cerita kartun kegemaran mereka dan daripada buku-buku cerita yang anda bacakan. Pada waktu Siang ajak si kecil melihat awan dan burung-burung, waktu malam pula tunjukkan mereka bintang dan bulan. Dengan cara tersebut mereka akan belajar tentang siang dan malam.
Biasakan diri mereka dengan rutin yang tepat supaya si kecil tidak keliru dengan konsep yang anda cuba terapkan kepada mereka. Contohnya jika anda membiasakan tidur siang pada pukul 2 petang, sebaiknya kekal pada waktu tersebut dan elakkan waktu tidur tersasar dari jadual yang sepatutnya. Jika sering membuatkan mereka keliru, ia akan mengganggu pemahaman si kecil tentang soal waktu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...