“Membakar makanan, panggil makhluk ghaib.” Dikatakan ini adalah balasannya bila seorang lelaki tidak mahu bayar hutang. Barangkali sudah lama lelaki ini diberi peluang untuk membayar hutangnya namun masih gagal.
Jadi inilah cara terbaik untuk menuntut hutang yang dibuat. Biarpun caranya agak keras dan kejam, namun pasti tindakan yang diambil di luar kewarasan fikiran.
Aksi seorang wanita di Hanoi, membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.
Menerusi satu klip video yang tular, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H, dilihat memakai gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya.
Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang berhutang dengannya. H kemudian duduk bersila dan membaca jampi serapah.
Namun, upacara H terhenti apabila beberapa petugas keselamatan datang dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.
“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya,” jerit wanita itu.
Ketika H menjerit, seorang lelaki dipercayai individu yang berhutang dengannya dilihat bergegas keluar daripada rumah tersebut dan meminta wanita itu supaya pulang.
Baca Juga Di Sini:
Kirim Bunga Dengan Ucapan Paling Pedas Ke Majlis Perkahwinan, Cara Terakhir Tuntut Hutang
Selepas 19 Tahun, Mimpi Didatangi 2 Orang Tuntut Hutang Tertunggak Ayah
Hilang 3 Hari, Kucing Bawa Balik Nota Pesanan ‘Tuntut’ Hutang Ikan Kembung!
Selesaikan HUTANG Dan WASIAT Peninggalan Suami Dahulu Sebelum Isteri Tuntut Faraid
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.
“Jika ingin meminta hutang, seeloknya bukan dengan cara begini. Anda telah membuat persembahan di depan rumah dan menyebabkan kekacauan,” tulis seorang netizen.
“Kesesakan lalu lintas membuatkan kita sangat tertekan. Ada banyak cara lain, anda tidak seharusnya berkelakuan begitu,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Walaupun wanita ini berhak melakukan apa cara sahaja untuk menuntut hutangnya, namun cara ini dilihat tidak praktikal. Tindakannya bukan hanya memberi kesan kepada penghutang tetapi turut memberi masalah kepada orang sekeliling atau kejiranan penghutang.
Sumber : Kosmo Online
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita