Setelah memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing, Mawar Karim begitu tabah membesarkan Wan Maryam. Selain Mawar, Fizo juga tidak pernah mengabaikan Wan Maryam kerana semua orang pasti tahu bahawa susahnya pasangan ini suatu ketika dahulu untuk mendapatkan cahaya mata.
Kali ini, Mawar berpeluang membawa anaknya bersama menunaikan umrah. Rupa-rupanya terdapat kisah di sebalik perjalanan umrah Mawar dan Maryam. Dalam masa yang sama, Mawar menceritakan kenangan bagaimana dia mendapatkan Maryam sebelum ini dan azam setiap kali menjejakkan kaki mengerjakan umrah selama ini.
Ikuti perkongsian, Mawar Karim di akaun instagramnya:
“Salam semua just nak share my experience my journey with Maryam. Sapa masih ingat lagi gambar baby nama Muhammad ni time ini 15 January 2015. Time tu buat umrah berdoa one day kalau dapat baby hopefully mata ikut cheq. Time tu jugak saya janji berniat one day kalau ada anak nanti nak bawa sini Insyaallah. .
Lepas tu 16 January 2016 Prof Hamid buat pembedahan buang cystt, endo dan macam-macam sewaktu dengannya. Hanya Allah saja yang tahu sakitnya buat pembedahan tu rasa lebih sakit time nak bersalin.
Insyaallah kita korban sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup. April 2016 ada buat umrah sekali lagi saya berjanji lepas operation ini harap rezeki saya sampai nanti…
Alhamdulillah April 2017 rezeki saya dah sampai disah kan pregnant, macam tak percaya jgk time tu. Maryam dilahirkan pada 29 Disember 2017. Tahun pertama kami celebrate birthday Maryam tempat lain.
Rasa rezeki saya dan Maryam dah sampai tahun ni. Alhamdulillah Januari 2020 Allah panggil saya kali ini dengan membawa apa yang niat saya selama ini bersama anakanda Maryam. Rasa bersyukur sangat memang dah lama saat yang ditunggu-ditunggu. Reward hadiah birthday Maryam juga hadiah untuk saya sendiri.
Jika Niat Betul, Allah Mudahkan – Mawar Karim
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya dengan Maryam sepanjang di sana. Maryam sangat good girl. Kalau difikir balik memang macam tak logik datang berdua, masa tawaf saya dukung Maryam, sebab Maryam time tu pulak tak nak duduk baby carrier tapi saya dan Maryam dijaga baik dengan mutawif dan ada family baru, special thanks to Auntie Ann, Auntie Jett dan anak-anak Kak Erma yang tengokkan saya dan Maryam. Saya pasti niat kita betul Allah mudahkan segala urusan Insyaallah…
Kepada ibu-ibu semua jangan risau kalau nak bawa anak-anak kecil, apa yang membuatkan saya semangat, selalu tengok perempuan Arab semua bawa anak-anak kecil, sambil solat letak anak dekat tepi saja. Kekuatan mereka saya pelajari. Yang pasti stroller sangat penting ya. Cuma bersedia dari fizikal dan mental Insyaallah Allah mudahkan segala urusan”.
Sumber:Mawar Karim
MW: Semoga Allah mengurniakan kemudahan untuk beribadat buat Mawar biar pun Maryam sentiasa berada di sisi. Insyallah niat yang baik akan dipermudahkan Allah SWT.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI