Pandemik Covid-19 mengubah kehidupan ramai orang. Bukan hanya tragedi, kesukaran dihadapi namun semangat perpaduan dan harapan juga menjadi inspirasi untuk bangkit kembali.
Lupakan seketika episod kontroversi yang pernah dihadapi pasangan Youtuber Masakan S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, ini. Sehingga ketika ini, jumlah pengikut saluran ‘Sugu Pavithra’ di laman Youtube sudah mencecah 809 000 orang sejak akaunnya awal Januari lalu.
Dikala ramai yang terkesan mengalami kesukaran kehilangan pekerjaan mahupun punca kewangan, sesuatu yang boleh dijadikan inspirasi, bagaimana kebangkitan seorang wanita, bergelar suri rumah yang ‘biasa-biasa’ boleh menjana pendapatan sampingan sekaligus membantu mengubah nasib keluarga.
Hidup sederhana di sebuah kuarters ladang kelapa sawit disamping dua orang cahaya mata, Pavithra memaparkan realiti kehidupan suri rumah yang dekat dihati semua dan berjaya memupuk perpaduan tanpa mengira bangsa.
Siapa sangka perkongsian kepelbagaian menu masakan ringkas yang dimuat naik ke laman youTube dengan penggunaan Bahasa Melayu yang baik mampu menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Walaupun hanya menggunakan perkakasan dan peralatan masakan yang asas. Bahkan telefon pintar yang digunakan untuk merakam video masakan tersebut juga dikatakan dibeli secara hutang.
Mengenang kembali kehidupan diri dan keluarga sebelum berada di kemuncak, ternyata bukan mudah pasangan ini untuk berada didalam keadaan sekarang. Suka duka dilalui sebelum dikenali ramai, menjadi selebriti youtube dalam sekelip mata dan mempunyai ratusan ribu pengikut di Youtube mengubah kehidupan 360 darjah pasangan ini.
“Ada satu masa, satu ringgit pun tidak ada. Memang susah sangat,ingat sekarang pun macam sebak sebab orang tak tahu sebelum ini kami bagaimana” ujar Pavithra
Bukan mudah untuk berjaya, yang penting berusaha.
Kisah di sebalik kejayaan Pavithra dan suami hingga ke hari ini ada dikongsikan didalam Dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita” yang akan disiarkan hari ini.
Dokufilem ini mendokumentasikan catatan peristiwa berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020 lalu. Ia menyaksikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berganding bahu menentang musuh senyap, Covid-19 dengan cara tersendiri. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan tragedi, semangat perpaduan dan harapan juga menjadi inspirasi mereka.
Saksikan dokufilem “Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita” pada 12 September 2020 di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello dan Astro Awani.
#MalaysiaVsCovid19 #KitaJagaKita #Malaysiaku #KitaSelamatBersama
Artikel Berkaitan:
Sifatnya Yang Merendah Diri, Pembersih Menjadikan Sugu Dekat Di Hati Malaysia
Memang Asal Susah, Kalau Susah Semula Takkan Patah Semangat – S Pavithra
Tarikan ‘Biasa-Biasa’ Sugu Pavithra, Hidup Sederhana Kelihatan BAHAGIA