Setiap hari pasti mak, ayah bimbangkan keselamatan anak-anak yang ke sekolah. Tidak kiralah yang sudah besar, apatah lagi yang masih kecil. Kadang-kadang hampir 10 kali pesan pada anak agar berhati-hati setiap kali pergi dan balik sekolah. Sudahnya hanya bertawakal pada Allah agar Dia mengawasi anak-anak kita biar di mana berada.
Namun jika itu takdir Allah, memang sebagai mak, ayah harus redha. Terlebih dahulu Mingguan Wanita mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, yang maut dalam kemalangan manakala rakannya, Aina Safiyah Saparin, 13, patah tangan kanan ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi.
Menjadi Rutin Melintas Jalan
Zaidi berkata, melintas jalan di lokasi kejadian adalah rutin harian dilakukan anaknya setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.
“Seperti biasa, dia akan ke sekolah menaiki basikal dan akan tinggalkan basikal di perkarangan Klinik Desa Olak Lempit, kemudian melintas jalan untuk menaiki bas ke sekolah. “Setiap kali berada di lampu isyarat di situ, dia akan tekan butang, bila lampu hijau untuk pejalan kaki menyala, baru dia melintas.
Ads
“Dia sekolah petang, tapi hari ini dia ke sekolah kerana menghadiri aktiviti sukan. Dia memang aktif aktiviti sebegini, lumba lari, merentas desa dan hoki,” katanya.
Luluh Hati Bila Dapat Berita
Katanya, luluh hatinya apabila mendapat tahu berita sedih itu pagi tadi.
Ads
“Arwah anak yang baik, dia pergi.. Allah lebih sayangkan dia. Saya dan isteri reda dengan pemergiannya,” katanya dalam keadaan sedih dan menitiskan air mata. Jenazah anaknya akan disolatkan di rumah mereka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Olak Lempit.
Selain saudara mara dan jiran tetangga, guru serta rakan sekolah turut hadir menziarahi jenazah buat kali terakhir.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. “Siasatan mendapati mangsa memakai pakaian sekolah manakala rakannya memakai pakaian sukan menuju ke SMK Bukit Canggang.
Ads
“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang melintas jalan di lampu hijau untuk ke perhentian bas bagi menunggu bas ke sekolah sebelum dilanggar kereta yang tidak dapat dikenal pasti dan kemudian melarikan diri,” katanya.
Azman berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya patah tangan kanan.
MW: Semoga mak, ayah sentiasa menjaga keselamatan anak-anak yang ke sekolah. Memang malang tidak berbau tetapi jangan abaikan keselamatan anak-anak yang ke sekolah sendirian. Sentiasa awasi dan perhatikan pergerakan anak-anak setiap hari apabila ke sekolah. Selalu ingatkan mereka betapa pentingnya menjaga keselamatan diri.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April baru-baru ini. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia.Rupanya isteri kepada Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, ada menyatakan bahawa sepatutnya kandungan dijangka lahir pada hari pertama bulan Ramadhan, namun sebaliknya ia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh sebenar ketika berusia 37 minggu.
Setelah 10 hari kelahiran bayi perempuan yang diberi nama ‘Dariya Inara’ ini, Sari Yanti ada memuat naik coretan perasaan, pengalaman dan berterima kasih atas sokongan, ucapan dan doa yang diterima diatas kelahiran bayi comel ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat suami tersayang, keluarga, anak-anak serta para pengikut dilaman instagramnya.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA.-SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .
Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial .
Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.#anakabah
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤.
Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, Untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.❤
Terima kasih baba,mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat.Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤
Terima Kasih anak-anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤
Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
Disamping itu, menerusi instastory Sari yanti beliau turut mengumumkan akaun rasmi yang dibuat khas untuk puteri kesayangannya ini iaitu “DariyaInaraofficial”
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga kecil ini.Selamat berpantang Sari Yanti!
Sebagai langkah-langkah berjaga-jaga, kelmarin buat pertama kalinya Arab Saudi mengosongkan lokasi paling suci semata-mata untuk menjalankan sterilisasi berikutan kebimbangan terhadap COVID-19. Ibadat umrah juga digantung buat sementara waktu.
Sebenarnya, keputusan penggantungan itu turut bukan sahaja melibatkan jemaah dari luar negara dalam usaha membasmi penularan virus berkenaan. Malah rakyat dan penduduk di Arab Saudi turut terkesan.
Suasana yang aneh . Tapi bukan sesuatu yang pelik . Sekarang sedang berlangsung proses pembersihan bagi mengelakkan penularan virus berjalan di Masjidil Haram .
Sebenarnya tawaf masih dilakukan di dalam kawasan berbumbung . Masa Solat Asar Syeikh Dosary mengimamkan solat di bahagian dalam kawasan Masjid Al Haram .
Moment kawasan tawaf sepi begini memang aneh tapi pembersihan segera mesti dilakukan agar semua jemaah umrah satu dunia terselamat dari wabak virus covid 19 .
Tapi kita janganlah fikir yang bukan-bukan sampai kata Masjid Al Haram sunyi tiada orang. Ada saja, cuma pintu ke mataf ditutup sementara untuk pembersihan. Doakan yang terbaik .
Berdoa Pada Allah
Doa agar Allah segera jauhkan kita dari musibah ini. Hentilah buat maksiat. Pelihara solat. Allah datangkan virus sebagai nasihat. Jika masih tak ingat . Sampai kiamat hati terus berkarat .
Cuba ambil gambar surau dan masjid kita, itu lebih patut disedihkan .
INFO: Terkini menurut rangkaian televisyen, Al-Ekhbariya seperti dipetik Reuters, Arab Saudi telah membuka semula Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah selepas kerajaan negara itu menutupnya untuk kerja-kerja pembasmian kuman bagi membendung penularan Covid-19 (koronavirus).
Di samping itu, Arab Saudi mengambil keputusan menutup kedua-dua lokasi itu untuk jemaah umrah dan pelawat dari 25 negara bagi menghalang penularan virus tersebut.
MW: Bagi jemaah yang sedang menjalankan ibadat di sana, semoga anda mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan dan ikuti arahan pihak berwajib. Dalam beribadat jagalah kesihatan diri sendiri dan para jemaah lain. Semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala dengan izin-Nya. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pergi Mekah balik hari, pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim hanya beli perfume, tak sempat buat umrah. Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat untuk melakukan ibadah tersebut.
Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Ryzal Ibrahim bercerita tentang dirinya yang pergi Mekah balik hari. Lantaran kesuntukan masa, dia tidak sempat untuk menunaikan ibadah umrah.
“Insha-Allah ada rezeki kita datang lagi
Orang masuk ke Makkah dENgAn berbagai tujuan. Jika tujuan :
1. Umrah, wajib niat ihram di miqat.
2. Jika niat berniaga, sunat tawaf qudum jika sempat. Wajib tawaf wada’ jika tiada halangan.
4. Ziarah saudara mara, sunat tawaf qudum,. Wajib tawaf wada’ jika tiada keuzuran. Kes dia ni, sunat tawaf quaum jika dapat. Wajib tawaf wada’ jika sempat. Kalau dah ada setengah jam je. Apa yang sempat.
Jawapan dari Ustaz.” TULIS RYZAL DIRUANGAN KAPSYEN.
Menurut Ryzal dia sebenarnya dalam perjalanan dari London dan transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah selama beberapa jam sebelum meneruska penerbangan pulang ke Malaysia.
“Ryzal sekarang ada dekat Jeddah otw nak pergi ke Mekah untuk beli perfume dekat The Clock Towers.
“Beli perfume dekat situ, balik ke Jeddah naik teksi yang sama. Jam sekarang pukul 9, kena ada dekat airport pukul 1,”katanya.
Ryzal yang juga suami kepada pempengaruh Maryam Younarae, yang berasal dari Korea Selatan itu sudah berniat mahu mengerjakan ibadah tersebut, namun Allah tidak mengizinkan dia berbuat demikian.
“Niat dah ada untuk umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.
“Semuanya atas izin Allah. Apa saja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik,”katanya lagi.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...