‘Memang Retak, Cadang Nak Baiki.’ Tak Sangka Tiang Batu Akhirnya Ragut Nyawa Anak

Share

‘Memang retak, cadang nak baiki.’ Tak sangka tiang batu akhirnya ragut nyawa anak. Allahuakbar beratnya ujian buat keluarga ini.

Di saat umat Islam gembira menyambur Ramadan, keluarga ini diuji dengan kehilangan anak bongsu daripada lima beradik.

Pemergian secara mengejut ini sudah tentu memberi kesan besar buat keluarganya terutama pada sang ibu. Allahuakbar!

Memang Retak

Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dihempap tiang batu botol di Kampung Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka pada petang semalam.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44, di beranda rumah keluarga.

Artikel Berkaitan: Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu

Cadang Nak Baiki

Menurut Aznynaqiah, sebelum kejadian Irdina bermain seorang diri di kawasan beranda itu dan dia ketika itu sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.

“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.

“Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka sebelum terdengar bunyi kuat seperti runtuhan.

“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.

Tak Sangka Tiang Batu

Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya namun tidak menyangka keadaan itu meragut nyawa anak bongsu daripada lima beradik itu.

Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.

Baca Di Sini: “Arwah Takut Tak Sempat Minta Maaf. “ Ibu Redha Satu-Satunya Anak Meninggal Dunia

Akhirnya Ragut Nyawa Anak

“Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan proses bedah siasat sedang dijalankan.

Mingguan Wanita : Semoga keluarga anak ini kuat berdepan dengan ujian dan redha dengan pemergiannya. Pasti ada hikmah di setiap yang berlaku.

Sumber : myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat