
Satu perangai normal kaum perempuan, tak mampu buat keputusan bila banyak sangat pilihan depan matanya. Contoh mudah kalau lelaki tanya nak makan apa, kadang jawapannya tak tahu. Bila dah beli marah pula sebab dia tak suka!
Haa… itulah satu tabiat yang paling payah kaum perempuan nak kikis. Tetapi untuk elak daripada jadi perang mulut, cuba teliti perkongsian Mohd Nor Hafiz ini…
Bismillah.
Dalam kereta selepas mengambil isteri di tempat kerja, saya mengemukakan beberapa pilihan.
“Sayang, sempat ke nak masak atau kita tapau je atau makan kat kedai?”, saya senaraikan pilihan-pilihan yang ada dengan harapan isteri akan mudah memilih.
“Abang boleh tak kita gerak dulu menghala ke rumah. Nanti kalau tak sempat baru kita decide. Maghrib 7.30 kan? Tapi kalau boleh orang nak masak”, isteri tak buat pun pilihan dan saya perlu cepat membuat pelan kontigensi yang ada.
Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersenguk-senguk menahan mengantuk. Saya memahami bebanan tugas dia hari ini.
“Sayang, abang rasa tak sempat pun sayang nak masak. So kita nak berhenti Giant atau pasar malam?”, saya pandang pada isteri.
Tiada jawapan.
“Sayang, kita berhenti pasar malam. Beli je makanan untuk berbuka, lepas tu kita beli sayur dan ikan siap-siap”, saya membuat keputusan bagi pihak isteri.
Isteri setuju.
“Sayang nak makan ape?”, Gulp. Saya rasa soalan tu pun tak perlu saya tanya dan wajar saya tarik balik.
“Abang beli nasi dagang dan untuk sayang nasi kerabu ok? Nak sayur lebih dan tak nak budu kan”, isteri mengangguk-angguk.
Moral of the story.
+ Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan.
+ Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinggakan dia tak tahu nak buat keputusan.
+ Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetapi dia lupa dia bukan superwoman yang boleh buat banyak perkara dalam masa 15 minit.
Situasi ini mengingatkan saya akan pesanan seorang sahabat, “Isteri kita biasanya akan suka berkorban dan diaorang sangat hargai jika suami sedar yang dia telah berkorban. Tapi satu je, harga untuk sebuah pengorbanan tu adalah kesetiaan.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Buat ‘Jahat’, Fikir Anak Isteri Dulu, Jangan Sampai Isteri ‘Angkat Kaki’, Tawar Hati

Isi Kandungan
ToggleFikir anak isteri dulu. Bila dah berkahwin, keutamaan buat suami tentulah isteri dan anak-anak. Mereka inilah yang sanggup susah senang dan terima keadaan diri suami seadanya.
Mungkin ada suami yang tidak sanggup menduakan isteri sebab dia tahu, inilah orang yang sentiasa ada di sisi. Tapi, tak mustahil, bila di duga, suami boleh lupa semua itu. Sanggup bersama dengan orang yang baru kenal dan tidak tahu tujuan sebenar apa yang wanita itu mahu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah”
Suami Lebihkan Adik Perempuan Jangan Sampai Nafkah Anak Isteri Terabai, Dahulukan Selayaknya
Fikir Anak Isteri Dulu, Jangan Sampai Kehilangan!
Luluh dan sedih bila dengar kisah suami yang sanggup menipu dan tigngalkan isteri semata-mata wanita lain. Perkahwinan yang dibina bukan setahun dua tapi hampir 10 tahun, berbelas tahun dan ada juga berpuluh tahun.
Hanya dijentik dengan kehadiran wanita lain, hati terpaut, segala kebahagiaan yang dibina bersama isteri dan anak-anak terus hilang. Sementelah, bila suami dah ada segalanya, kerjaya dan harta.
Jangan mudah tergoda, fikir anak isteri dulu sebelum nak buat perkara yang boleh menyakitkan hati isteri.
Perkongsian daripada Atika Latif ini ada benarnya. Jangan sampai isteri tawar hati dan angkat kaki. Masa ini segalanya sudah sia-sia belaka.
Jadi orang lelaki ni kena pegang satu benda. Tak kisah lah agama apa sekali pun. Sebelum buat jahat kena fikir anak isteri dulu.
Sebab bila dah terjadi. Anak isteri bawak diri, memang akan ada satu rasa kehilangan. Mmg akan ada 1 rasa kehilangan . Sebelum kehilangan tak rasa apa sebab gaduh mcm mana pon masih ada anak isteri depan mata. Boleh tatap lagi walaupun tengah perang.
Sampailah satu saat dan ketika, hati seorang isteri hancur dan tawar. Dia akan angkat kaki dan pergi. Masa ni baru lelaki sedar dan tahu tanpa anak dan isteri dia bukan sesiapa. Walaupun dia ada perempuan lain untuk beseronok . Tetap akan rasa rindu anak isteri.
Keseronokan Hanya Sementara
Percayalah . Keseronokan yang anda para lelaki cari sekarang bersifat sementara . Hanya untuk kepuasan diri . Cuba lah tenung muka anak isteri sebelum nak buat hal yang tak baik ..
Apa kurang nya isteri kita? Apa salahnya anak kita ?
Yang salah adalah diri kita sebab tak mampu nak menahan nafsu diri. Sebab tu kita terjebak dalam hal yang tak sepatutnya.
Aku pesan pada capit .. sebab sifatnya hati kita ni berbolak balik. Mungkin hari ni dia sayang kita sehabis nyawa. Esok lusa tulat mungkin berubah sayang pada perempuan lain
Tapi aku tetap pesan:
“Hafiz Fakhri kalau nak ada perempuan lain, nak sayang perempuan lain, bagitahu jangan berahsia. Sekali menipu selamanya akan jadi penipu “
Bercinta lah seribu kali, kahwin lah sejuta kali pon, sekali ko dah terbiasa menipu sampai yang bertukar-tukar ke sejuta pon tabiat tu akan sama.
Hanya kita mampu merubah diri kita sendiri, bukan org lain.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Datanglah sejuta wanita sekali pun, ia pasti tak sama dengan isteri seorang.
Sumber: Atika Latif
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Barakah Rumah Tangga, Kena Ngaji Quran Sama-sama, 10 Tip Ini Bantu Mudahkan Suami Isteri Sibuk!

Isi Kandungan
ToggleSudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia, suami dan isteri akan berganding bahu mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap pasangan suami isteri.
Suami akan terus sibuk dengan kerja-kerja yang telah diberikan oleh syarikat atau dimana mereka berkhidmat, tidak kalah juga dengan isteri yang terus memiliki tanggungjawab yang perlu dipikul selain tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Melalui zaman perkahwinan adalah satu zaman yang dianggap indah dipermulaan kehidupan dan terus bahagia bahagi dan berbahagia, akan tetapi ada sahaja cerita penceraian, kisah isteri tidak diberi nafkah setelah suami mengizinkan isteri bekerja dan pelbagai lagi isu yang bangkit tentang keruntuhan institusi rumah tangga ini
Mengaji Eratkan Kasih
Jom cuba tips bagaimana untuk menjadikan mengaji bersama sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan suami dan isteri baik, barakah, dan menerima apa adanya suami dan isteri.
- Isteri harus memulakan dahulu untuk membawa perbincangan secara empat mata dan dibawa berbincang dengan tenang dan pasangan dalam keadaan emosi yang baik.
- Membuat perbincangan hari dan waktu yang disepakati oleh kedua belah pihak, pilihlah hari dan waktu yang keduanya rasa selesa dan memang boleh melapangkan diri.
- Mulakan dengan membuat perancangan secara sedikit demi sedikit, seperti jika tidak boleh setiap hari, buatlah seminggu sekali, jika tidak boleh seminggu buatlah sebulan sekali, bergantung kepada kesepatakan berdua.
- Mengaji setiap sesi cukup hanya 1 jam. Katakan pada diri, buat sedikit tetapi istiqamah dan berterusan.
- Buat remainder di telefon pintar anda yang akan mengingati keduanya untuk membaca Al-Quran
- Jika masing-masing outstation, kerja overtime buat group mengaji whatsapp atau telegram, rekod mengaji dan saling menghantar voice mengaji.
- Jika pasangan membaca agak merangkak, buat kaedah tadarus, membaca per ayat, selang seli, suami membaca ayat pertama dan isteri menyambung dan begitu seterusnya.
- Perbaiki makhraj huruf ( tempat keluar huruf).
- Perbaiki bacaan melalui tartil.
- Jika keduanya memiliki masalah bacaan Al-Quran, yang terbaik adalah mengambil satu guru mengajar ngaji yang boleh datang kerumah anda untuk mengajar kaedah yang betul. Dan guru juga dapat membantu anda untuk membuat satu jadual tetap dalam seminggu untuk mengaji bersama suami dan isteri yang sibuk bekerja.
Tambahlah ilmu untuk mencapai kebahagian didunia akhirat, Allah hanya menilai segala perbuatan manusia hanya melalui ilmu yang dipelajari dan diamalkan, akan tetapi Allah meminta kepada semua hambanya untuk terus belajar.
Apa Kata Al-Quran & Hadis Tentang Hubungan Suami Isteri
Ikatan perkahwinan adalah ikatan yang kuat.
Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?
An Nisa:21
Allah memerintahkan kita untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
At Tahrim:6
Dari Aisyah: Rasulullah bersabda: sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada ahli keluarga. Riwayat al Tirmizi.
Sumber/Foto: Anna Rosdijanti Ahmat Rusdi, pemilik Be Ana Home Quran via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Saling Tak Berkira, Punca Rezeki Rumah Tangga Makin Lebat

Isi Kandungan
ToggleJalani hidup sebagai suami isteri usahlah terlalu berkira. Ada masa suami senang, isteri pula diuji dengan bermacam ujian. Dan jadi sebaliknya pula, ketika isteri hati gembira, suami pula sesak kewangannya.
Agar saling melengkapi, suami isteri bersabarlah tempuhi ujian rumah tangga. Berkira baik soal kewangan, kerja rumah atau hal jaga anak-anak, aturlah agar sama-sama rasa dan buat berdua.
Pesanan yang buatkan rezeki suami isteri tak surut ini dikongsikan Rosmarlina Binti Abd Gani dan inilah rahsia hubungan rumah tangga kekal bahagia.
Pesanan Untuk Suami Isteri Bina Rumah Tangga Bahagia
*amaran… Coretan agak panjang harap sudi baca sampai habis
UNTUK ISTERI
1. Jangan Berkira Dengan Suami Sendiri
Bantu mana yang perlu, supaya berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan lakukan semua itu niat kerana Allah Taala.
Contoh Pertama : nampak suami lepas makan lupa nak basuh pinggan dan cawan sendiri, kita bangun basuhkan, niat kerana Allah Taala, nampak simple tapi banyak pahalanya.
Boleh je kita kata pada suami, basuh lah pinggan dan cawan tu bukan banyak pun, tapi kita tak berkira pun. Terus aja basuhkan. Sebagai isteri boleh je kita nak membebel ke, nak marah ke sebab bende kecik ni pun boleh jadi Isu kan. Tapi Allah nak datangkan pahala tu pada pinggan yang kita basuh untuk suami kita.
Contoh kedua : Di dalam situasi memberi hutang pada suami, kita ada duit or gaji sendiri, tiba-tiba satu bulan tu kereta rosak dan perlu kos yang tinggi, suami pun minta bantuan tampung sedikit, kalau jenis nak berkira, boleh aja kata tak mahu kasi pinjam, namun sebalik rezeki kita dapat tu kita kena fikir ada rezeki orang lain juga.
Sama-sama meringankan beban, pasti lepas tu suami akan nampak pengorbanan kita dan sikap tak berkira tu.
2. Tenung Wajah Suami Bila Dia Sedang Lena Tidur
Wajah sedang tidur itulah wajah paling jujur, di sebalik penat berkerja seharian untuk isteri dan anak-anak, masa nilah kita sebagai isteri doa banyak-banyak supaya Allah jagakan suami kita, panjangkan umurnya dan berkatilah Rezeki yang dibawa untuk kita.
Lihat Wajah suami dengan penuh kasih sayang, pahala berganda juga kita akan dapat, SubhanAllah.
3. Salam Suami Erat-erat Setiap Kali Dia Keluar Rumah
Kita tak tau banyak mana atau lama mana kita ada masa denga suami kita, masa suami nak keluar rumah salam erat-erat dan cium tangan suami dan doakan yang baik-baik untuk suami dan doakan supaya selamat pergi dan balik ke rumah.
Ucap Alhamdulillah jika suami selamat pulang ke rumah.
4. Hargai Bicara Cinta Dalam Pelbagai Cara
Ada suami tidak pandai berkata-kata indah atau guna ayat jiwang untuk gembirakan isteri, namun kita sebagai Isteri kena peka bicara cinta ” SENYAP” itu, bicara cinta tanpa kata-kata, namun dengan perbuatan ” ACTION”.
Contoh : bawa keluar jalan-jalan, belikan makanan feveret isteri, ehsan pada isteri dengan menolong buat kerja rumah atau jagakan anak-anak. Beri Hadiah hari jadi dan lain-lain.
5. Jaga baik-baik, jika dapat suami ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, kerana spesis ini sangat ‘rare’ sekarang.
6. Berterus terang jika ingin kan pertolongan suami, jangan guna ayat berkias-kias , cakap saja direct supaya suami jelas dan paham.
UNTUK SUAMI
1. Suami kena faham atau redho layanan sebelum ada anak, dan selepas ada anak 1, 2, 3 atau 4 akan berbeza sedikit, kerana tugas dan tanggungjawab isteri dah makin berat dan besar.
Jangan bandingkan masa baru khawin dan situasi sekarang kerana anda akan memburukkan lagi keadaan dan akan membuat isteri makin stress dan makin down.
2. Jaga baik-baik isteri anda, jika isteri itu sanggup bersusah payah lahirkan anak yang ramai untuk suami. Pengorbanan paling besar oleh isteri sebab melibatkan nyawa.
3. Bersabar dengan isteri yang kadang-kadang kurang akalnya ketika marah dan sangat penat, isteri tidak akan tarik muka atau marah-marah jika suami pandai ‘tackle’ mood isteri. Sesungguhnya isteri juga tahu erti penat dan Isteri juga tidak lepas dari berbuat silap.
4. Tegur isteri dengan kata-kata nasihat yang lemah lembut dan bukan tegur dengan kasar depan anak-anak.
Pujian Suami Itulah Buat Mood Isteri Jadi Ceria
5. Pandai UP ( puji) isteri depan anak-anak supaya anak-anak punya persepektif yang baik tentang ibunya. Sekali suami puji percayalah satu hari tu isteri akan baik mood nya.
Sesungguhnya mood ceria di dalam rumah itu banyak pergantungannya pada mood seorang isteri/ibu.
6. Jangan down kan isteri atau kutuk isteri depan anak-anak. Ni sangat deep, jangan buat isteri terasa hati sebab isteri akan rasa down dan sedih serta tak mustahil isteri akan berendam air mata.
7. Jangan beratkan tugas isteri, kena masak nasi panas-panas, lauk kena lain-lain tiap-tiap kali makan. Bertolak ansurlah bab makan-makan ni, jika ada lauk lebih boleh saja dipanaskan lagi dan isteri tidak perlu memasak terlalu kerap.
Sangat membantu jika isteri bekerja atau sibuk dengan anak yang masih kecil.
Pesanan Untuk Suami/Isteri
Jangan pernah ungkit atau bandingkan siapa lebih penat uruskan keluarga, sesungguhnya suami atau isteri itu ada tanggungjawab dan ada pengorbanan masing-masing.
Bahagia itu terletak di tangan anda sendiri dan semua itu datangnya dari Allah SWT.
Sebaik-baik suami adalah suami yang indah akhlaknya pada isteri dan anak-anak.
Dan…..
Sebabkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata wanita lebih ramai di dalam Neraka Jahanam, Nabi berpesan 2 perkara;
1. Banyakkan Istighfar ( bertaubat)
2. Banyakkan Sedeqah
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan, gaduh sikit-sikit tu biasalah takkan nak elok saja, suami/ isteri itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita, Allah dah tetapkan. Hargailah selagi ada di depan mata.
Peringatan buat saya sendiri dan mungkin untuk anda di luar sana juga. InsyaAllah.
Sekadar Coretan
Ros
Osaka Jepun
13 Aug 2019
10:35 a.m.
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI