Jodoh berdua sehingga akhir hayat. Ditakdirkan suami menghembuskan nafaz terakhir kerana uzur. Selang lima jam, isterinya pula menyusul, meninggal dunia dipercayai demam panas.
Bukti cinta sejati, Fatimah Sukim, 57, dan suaminya, Erpah Yusof, 60, meninggal dunia pada hari yang sama. Setelah berkongsi hidup bersama, akhirnya mereka pergi menghadap Pencipta bersama. Semoga ahli keluarganya redha dengan pemergian dua insan tersayang dalam masa serentak.
Selang Lima Jam..
Kata adik Fatimah, Kalshsom Sukim,54 “Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah kakak ada hubungi saya memaklumkan dia teringin saya jahitkan baju kurung moden sama seperti yang pernah dipakai arwah mak, namun tak sangka itu permintaan terakhirnya sebelum dia menemui Ilahi.”
Allahyarham Fatimah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 7 petang semalam.
Lima jam sebelum itu, suami Fatimah, menghembuskan nafas terakhir di rumah adik iparnya di Kota Damansara jam 2 petang.
Ads
Kalshsom berkata, Fatimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menghubunginya menyatakan hasrat ingin menghantar kain untuk dijahit baju kurung moden seperti yang sering dipakai ibu mereka, Kasinah Kasiman yang meninggal dunia 15 tahun lalu.
“Sehingga kini, masih terngiang-ngiang suara arwah yang ingin menggayakan baju kurung, namun saya terkilan tidak sempat menyiapkan baju dimintanya kerana dia terlebih dahulu menemui Pencipta.”
Rapat Dengan Arwah
Menurut Kalshsom, Allahyarham kakaknya disifatkan seorang yang baik hati, bertanggungjawab, peramah dan dikenali jiran tetangga.
“Saya memang rapat dengan arwah dan kami sering berhubung menerusi panggilan telefon,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kematian kakaknya selepas dihubungi salah seorang anak Fatimah.
“Sukar hendak terima, namun ini semua adalah ketentuan ALLAH kerana lebih menyayanginya dan kita perlu reda dengan takdir yang sudah ditentukan ini.”
Kalshsom berkata, jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke rumah mereka di Bukit Belimbing di sini selepas bedah siasat di Hospital Sungai Buloh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang, Kuala Selangor hari ini.
Hentikan Spekulasi, Biar Arwah Pergi Dengan Tenang
Sementara itu, adik ipar Fatimah, Khuzaimah Che Hussin, 40, meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian suami isteri berkenaan.
Ads
“Saya banyak dapat mesej di WhatsApp yang bertanya punca kematian mereka, tapi saya tak sempat nak balas satu persatu.
“Bagaimanapun saya ingin maklumkan kakak ipar mengalami demam panas sahaja dan dirujuk ke Hospital Tanjong Karang sebelum sakit teruk hingga terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Begitu juga dengan arwah suami Fatimah, saya nampak kesihatannya semakin uzur sejak kebelakangan ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Pihak MW mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Fatimah dan Erpah. Semoga kedua rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman dan Allah melimpahkan rahmat keampunan kepada mereka. Al-fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami Sharifah Zarina mengerang kesakitan lepas makan durian. Keenakan dan aroma buah durian boleh membuatkan seseorang tidak keruan, malah ada yang siap menabung sejak awal tahun untuk membeli buah itu pada musimnya. Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa buah durian sebenarnya mampu meragut nyawa jika tersalah makan. Benar, buah durian memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, B2 dan B9, phytonutrient dan antioksidan yang tinggi.
Namun, individu tidak disaran untuk memakan durian pada kadar yang berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Suami Sharifah Zarina Mengerang Kesakitan
Terbaru menerusi perkongsian hantaran video di Instagram Sharifah Zarina berasa cemas apabila suaminya Buswani Abdillah mengerang kesakitan selain wajahnya bertukar pucat selepas makan buah durian.
Sharifah Zarina yang ketika itu sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang terpaksa akur apabila percutiannya bertukar tragedi. Suaminya pula terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang.
“Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang.
“Suami saya mengadu sakit perut sampai keluar masuk tandas.
“Saya mula risau tengok dia mengerang kesakitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka pucat. Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan.
“Rupanya doktor beritahu punca dia sakit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut,” kongsi Sharifah Zarina seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Suami Semakin Pulih
Walaupun pada awalnya Zarina berasa cemas, namun dirinya bersyukur suaminya semakin pulih.
“Doktor beritahu keadaan dia tak teruk pun, selepas diberi suntikan keadaan dia dah kembali pulih.
“Rawatan pun hanya dalam dua ke tiga jam sahaja dan kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.
“Sekarang dia semakin pulih berbanding keadaannya semalam,” kongsinya.
Hanya Jamah Tiga Biji Durian
Tragedi yang berlaku luar sangkaan, menurut Sharifah Zarina mereka sekeluarga hanya memakan tiga biji durian.
“Padahal kami makan sikit saja dalam tiga biji saja, saya dan anak-anak okay saja.
“Mungkin sebab durian di sana kuat berbanding tempat lain.
“Peliknya sebelum ini pun dia tak pernah macam ini, padahal dia makan sebelum ini lagi banyak dari semalam tapi tak tahu kenapa kali ini boleh jadi macam ini,” tambah Sharifah Zarina lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nampak comel betul bila pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu 35, Ernie Zakri berjalan meninggalkan pentas AJL35. Langkahnya pendek-pendek disebabkan busana unik yang disarungkan ke tubuhnya itu. Kongsinya, baju itu diilhamkan dari kisah arwah neneknya waktu zaman bercinta dengan datuknya di awal tahun 50-an.
“Ya, baju ini saya ‘pay homage’ to Allahyarham Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka. Gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun-50an.
Tentu ada sebab dan kisah di sebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini.” jelas Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri yang tercuit hati dengan komen dengan orang ramai mengenai busana yang digayakan pada malam juara lagu.
Malah, Ernie pernah jelaskan sebelum ini di Hot FM, lagu Gundah hasil ciptaannya bersama Sharon Paul itu sebenarnya dari kisah cinta datuk dan neneknya. “Selepas nenek saya meninggal dunia, dia rasa gundah.”
Dari Lagu Menjadi Baju..
Dan inilah hasil terjemahan busana inspirasi dari budaya Peranakan yang melatari sejarah kehidupan arwah nenek Ernie Zakri.
Menurut amaze_official, mereka juga tidak mahu terlepas dari memberi penghormatan kepada Allahyarham menerusi hasil rekaan busana yang indah.
“Gaya ini diinspirasikan dari budaya Peranakan; menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba Nyonya ini. Kenapa Peranakan? Kerana kami juga mahu ‘pay homage’ pada arwah nenda Ernie, yang berketurunan peranakan.
Juga ada bayangan siluet kebaya ramping dengan ‘wasp waist’ juga pinggul lebar serta potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, juga era di mana bibit pertemuan datuk dan nenek bertaut.”
Ernie Zakri Tak Ubah Seperti Tugu Peringatan
“Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit.
Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalic. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata.
Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi. Lagipun, sampai bila nak bergaya potongan duyung tak sudah bukan?”
Dan, boleh hadam kan kenapa malam persembahan itu, begitu sebak Ernie menyampaikan lagu Gundah. Emosi itu terbawa-bawa sampai ke akhirnya.
Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
Situasi ini selalu berlaku apabila kucing telah mencapai umur yang sesuai untuk mengawan sekitar umur 5 hingga 12 bulan. Kecenderungan kucing pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali untuk kencing atau berak pada tempat yang tidak sepatutnya pasti merungsingkan pemilik haiwan kesayangan ramai ini.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaindani, tilam mahupun dinding rumah.
Berikut beberapa cara untuk mengelakkan kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3.’Toilet Traning’
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
4. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
5. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
6.Botol Sirap
Mungkin agak pelik. Tapi ini antara petua yang paling berkesan. Caranya, susun botol yang diisi dengan air sirap atau pewarna merah pada kawasan yang kucing selalu kencing. Percayalah, kucing takkan datang dn kencing lagi ditempat tersebut.
7. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.