Foto: Dr Man Aris
Ramai mak-mak di luar sana memilih pelitup muka jenis fabrik yang terdapat pelbagai corak dan rekaan di pasaran.
Dari harga mampu milik hinggalah mencecah puluhan ringgit ada dijual demi melengkapi permintaan mak-mak yang suka berfesyen dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan.
Namun begitu, mak-mak kena ingat memakai pelitup muka bukan hanya untuk kelihatan bergaya sebaliknya kena tahu cara mencucinya dengan baik. Cantik memang cantik fabric mask tapi pastikan cara mencucinya kena betulkan barulah selamat dipakai Berulang kali.
Ikuti perkongsian Dr Man Aris dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Sekarang menjadi trend dan ramai masyarakat kita memilih memakai pelitup muka kain atau fabric mask bila keluar rumah. 👍
Mungkin sebab lebih selesa, bergaya, lebih kelihatan cantik dengan corak tertentu dan paling penting ianya boleh dicuci dan dipakai semula. Reusable.
Pastikan Cara Mencuci Betul
Baiklah. Tapi itu tidak menjamin fabric mask anda membantu melindungi diri daripada kuman Covid-19 100 peratus jika penggunaan dan cara pembersihannya tidak betul.
Cara pembersihan fabric mask juga penting. Bukan main basuh je… Ada langkah-langkah dia.
1. Bersihkan tangan setiap kali menanggalkan fabric mask.
2. Basuh fabric mask paling kurang 1 kali sehari.
3. Basuh fabric mask dengan sabun atau detergent menggunakan air panas adalah disarankan (di atas 60 degree celcius).
4. Jika tiada air panas, boleh basuh dengan air paip biasa, pastikan dengan sabun atau detergent kemudian rendam dan didihkan selama 1 minit.
ATAU
Rendamkan fabric mask dalam 0.1% chlorine selama 1 minit dan bilas dengan air biasa sehingga bau klorin hilang.
5. Jangan kongsi fabric mask dengan orang lain.
6. Letakkan fabric mask di dalam mask keeper jika ada atau plastik bersih jika ditanggalkan sementara (misalnya sedang makan).
7. Jangan pakai fabric mask sewaktu beraktiviti!
8. Jangan pakaikan fabric mask pada anak bawah umur 2 tahun!
Ok?

✅ Bila Dah Cuci, Barulah Selamat Dipakai Berulang Kali

Good fabric mask adalah yg mempunyai 3 lapisan (3 layers) – WHO
✅ Waktu pandemik atau bila berada di Zon Merah, digalakkan pakai 3 ply surgical mask (seperti para petugas kesihatan pakai) kerana ianya terbukti lebih berkesan dalam menghalang penyebaran virus.
✅ Fabric mask sesuai dipakai bila berada di luar zon merah dan tidak dalam keadaan sempit dan sesak dan juga mereka yang tidak bergejala.
✅ Tolong pakai 3 ply surgical mask jika bergejala!
✅ Tolong pakai 3 ply surgical mask jika ke KLINIK ATAU HOSPITAL.
.
.
Frontliner
Dr. Arisman, MD.
***Banyak hantaran saya sebelum ini tentang pelitup muka, bolehlah singgah baca. 😉
Sumber: WHO (World Health Organization)
MW: Mak, ayah di luar sana jangan pakai pelitup muka fabrik bukan untuk bergaya semata-mata iya, pastikan ia sentiasa bersih dan menepati standard yang ditetapkan. Walaupun cantik tetapi tidak selamat, apa gunanya. Renung-renungkan. 
Sumber: Dr Man Aris