Sebelum keluar bekerja, dia memang berjanji nak balik hari ini (Jumaat) dan arwah sempat cium, peluk emaknya sebelum pergi bekerja iaitu sebelum kejadian menimpa.
Benarlah mengikut janjinya, dia pulang hari ini tetapi hanya jenazahlah yang dibawa balik. Tentu sedih hati emaknya yang menunggu anaknya pulang tidak kunjung tiba.
Seorang pemandu lori yang maut dalam kemalangan membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis sempat memeluk dan mencium ibunya terlebih dahulu sebelum meminta izin ingin ke tempat kerja.
Menurut ibunya, Siti Rubiah Mohd Khotib, 78, anaknya iaitu allahyarham Nazli Misnon, 56, ditemui kali terakhir pada petang Rabu.
“Waktu itu arwah ingin ke tempat kerja, tetapi apabila nampak saya di beranda, arwah terus keluar dari kereta dan menemui saya.
“Arwah beritahu dia hendak pergi kerja, tetapi tidak balik esok (Khamis), sebaliknya memaklumkan pulang ke rumah pada Jumaat,” katanya.
Siti Rubiah yang menetap di Kampung Sungai Air Tawar menjelaskan bahawa kata-kata arwah itu sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinganya.
Baca Juga Di Sini :
Rider Terlantar Tidak Boleh Bekerja Selepas Kemalangan, Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran
Penyanyi Lagenda Rock Nash Kemalangan, Terbabas Langgar Tembok Penghadang Jalan
Wanita Kemalangan Di Australia, 3 Beradik Harap Dapat Bawa Pulang Jenazah Ibu
“Memang betul anak saya pulang ke rumah hari ini, tetapi dia pulang sebagai jenazah,” katanya.
Jelas Siti Rubiah, dia hanya mengetahui Allahyarham Nazli terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang Khamis selepas dimaklumkan bapa kepada kelindan yang turut maut dalam tragedi sama.
“Bapa kepada arwah rakan anak saya datang ke rumah sambil menangis memberitahu anak dia dan saya terkorban dalam nahas.
“Luluh hati sebaik mengetahui kejadian menimpa anak dan pada masa itu saya hanya mampu berdoa agar semua urusan dipermudahkan,” ujarnya.
Siti Rubiah memberitahu, anak ketiga daripada enam beradik itu disifatkan seorang anak yang baik, mesra dan penyayang. Malah, katanya, arwah juga selalu menyediakan dan membeli makanan sebelum ke tempat kerja.
“Arwah rajin memasak dan dia selalu pesan jangan memasak disebabkan saya tidak berapa sihat.
“Arwah sangat mengambil berat tentang hal keluarga dan dia juga rajin berkebun jika tidak keluar bekerja memandu lori,” katanya.
Manakala menurut kakak ipar Nazli, Zahratul Laila Samsuddin, 35, allahyarham adik iparnya itu ada menghubunginya dua jam sebelum terbabit kemalangan.
“Arwah beritahu tolong tengokkan emak dan abah mertua di kampung sebelum panggilan terputus.
“Saya tidak menyangka itu pesanan terakhir arwah sebelum dia pergi buat selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri turut meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Nazli.
Abd Rahman berkata, arwah merupakan kenalan beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Sabak Bernam.
Katanya, Allahyarham Nazli seorang yang aktif dalam kumpulan WhatsApp sekolah dan sering memberikan pandangan dan idea.
“Arwah disifatkan seorang yang mudah mesra dengan rakan dan berita kematian arwah yang terbabit dalam kemalangan amat mengejutkan kami.
“Saya juga pernah ziarah arwah Julai lalu dan menyampaikan bakul makanan selepas arwah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19,” katanya.
Jenazah Allahyarham yang tiba dari Hospital Bentong disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Air Tawar pada jam 10 pagi Jumaat.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, pemandu dan kelindan maut selepas lori dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Nazli yang juga pemandu lori dan kelindannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mingguan Wanita : MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah dan semoga mereka tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Sumber : Sinar Harian
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita