Dianugerahkan cahaya mata, sudah tentu mak dan ayah teruja, gembira. Mak-mak lazimnya akan teruja menyediakan pelbagai keperluan anak dan dalam masa yang sama sanggup bersekang mata menjaga anak.
Berbeza dengan ayah, mereka kerap kali menjadi mangsa bebelan isteri gara-gara kurang cekap menguruskan anak. Lebih buruk apabila kaum ayah terlalai atau terleka ketika menjaga anak, pastu bebelan sang isteri panjang berjela.
Walaupun kadang-kadang ayah kurang peka dengan kehendak anak, bila mahu disusukan, bila anak “berak”, itu tak bermakna ayah tak sayangkan anak. Sebaliknya cara mak dan ayah tunjukkan kasih sayang berbeza sama sekali.
Ikuti perkongsian Dr Say Shazril :
Asyik back up kaum bini saja, hari ni mai sembang pasal kaum suami. Semalam masa saya tengok cerita Marriage Story kat Netflix ada satu part menarik ayatnya “Fathers are expected to be silent & absent & unreliable & selfish but we have to accept them”.
Terbahak-bahak bini gelak. Tapi lega sungguh hati saya dengar ayat ni, kiranya satu dunia tahu baseline seorang suami/ ayah yakni dungu tak tahu apa-apa pasal anak (silent), bini macam kematian suami (absent), tak boleh dipercayai menjaga anak (unreliable) & sibuk dengan dunia sendiri (selfish)
Tapi meh saya backup kaum saya. Ada sebab kenapa kami macam ni. Mungkin ya kami tak tau bila anak itu patut disuap susu atau kami tak dapat bau yang anak tu berak atau kami tak dapat menjangkakan bahaya yang bakal mendatang sekiranya kami biarkan anak tu bebas berlegar di ruang rumah TAPI kami tahu yang anak itu perlukan elektrik supaya anak itu dapat tidur dalam keadaan berhawa dingin yang selesa, kami tahu yang kami perlu lakukan sesuatu supaya susu dan pampers anak sentiasa ada, kami tahu sekiranya si isteri penat kami ada di sebelah untuk mengambil alih tugasnya biarlah untuk 5 minit sekalipun.
Tak dinafikan kami lalai, cuai, leka, kurang peka tapi semua ini doesnt make kami kurang atau tidak sayang pada anak itu berbanding si isteri. WELL BEING & FUTURE bukan sahaja anak itu, malah bini dan juga ibu bapa are constantly running dalam otak kami. Sebab tu kami tak banyak bercakap kerana jika kami diberi peluang, terduduk si isteri mendengar segala yang tersirat di hati & juga pemikiran kami.
Kesimpulannya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang sangat berbeza berbanding wanita. Boleh kira berapa kali ja ayah saya peluk dan cium pipi saya lagi-lagi bila dah besar ni, akan tetapi tak putus ayah saya menasihati saya tentang apa jua perkara yang saya ingin lakukan. Jadi sayangilah kami seadanya.
Tak banyak pun kami minta selain daripada pengurangan tahap pembebelan, alangkah indahnya dapat sebiji kereta atau sepasang sneakers even better sekaki payung emas. Dah, pergi sayang suami korang dan bisik manja di telinganya “nanti ayang belikan abang sekaki payung emas k?”. Nescaya sujud syukur suami itu. Sekian.
Sumber: Say Shazril
MW: Kasih sayang mak dan ayah sangat berbeza, lelaki ini cara menunjukkan kasih sayang kepada anak cukup berlainan. Tetapi ia tidak bererti mereka tidak ambil berat tentang anak, cuma caranya berbeza dengan wanita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ayah-ayah yang berusaha bersungguh menjaga anak.