Memang Asal Susah, Kalau Susah Semula Takkan Patah Semangat – S Pavithra

Share

Dari semalam, netizen tak puas memuji akan kecantikan transformasi wajah dalam solekan anggun, YouTuber Sugu Pavithra, S Pavithra, 28. Terpesona dengan seraut wajah wanita yang cuma duduk di dapur, berubah bak model Hindi yang menawan.

Sungguh berbeza sentuhan jurusolek Razzi Musa ini. Ditambah dengan penataan seni mengikut konsep Zul Herizal. Ramai juga tertanya-tanya, kenapa ibu anak dua yang mula dikenali ramai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula bercantik-cantik bak model.

Rupanya, isteri M Sugu, 29 ini menjalani pengambaran untuk menghiasi cover foto majalah Pepatung. Dalam temubual yang dijalankan wartawan majalah itu, ada kisah menarik yang buatkan anda mengagumi personaliti youtuber ini.

Kredit foto : pepatung.com.my

Kata S Pavithra, “Dulu kita miskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup susah. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindiran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejatuhan kami pun ada.”

Kami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya susah, jadi kalau susah semula tak akan mematangkan semangat.”

Kredit foto : pepatung.com.my
Kredit foto : pepatung.com.my

Sikap positif dalam diri S Pavithra inilah yang perlu dicontohi. Kerana, biar pun hari ini dirinya tiba-tiba menjadi popular dan saudara-mara mahupun rakan-rakan yang lama menghilang, mula mencari dirinya. Dia tidak pernah prasangka dengan mereka.

Semuanya disambut dengan baik.

Begitu juga dengan komen-komen mengkritik dan kasar tetep diterima dengan hati terbuka. Anak kedua dari lima beradik ini, belajar dari pengalaman.

Rasa susah hati dengan komen-komen negatif, sedikit demi sedikit berjaya di buang dengan tenang. Tak lagi kata-kata itu terngiang-ngiang dalam tidurnya. Cekal sungguh hati S Pavithra.

Mana yang suami, M Sugu rasakan terbaik, isteri ini, S Pavithra takkan membantah / Kredit foto : malaymail

Walau Sudah Terkenal, S Pavithra Tetap Hormati Keputusan Suami

Dalam pada meniti dunia serba glamour, S Pavithra tetap meletakkan suami adalah insan yang perlu dihormati dalam setiap keputusan yang dibuat.

Suaminya lebih tegas mengatur jadual mereka. Dia ada sebab yang tersendiri. Tentunya sebagai suami dia mahu keselamatan isteri terjamin.

Bagi S Pavithra, “Saya tak ada masalah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi, saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini, Banyak lagi perlu belajar

.”

Seperti selalu, dia menuturkan kata-katanya dengan lembut dalam bahasa Melayu yang fasih.

MW : Seharusnya sebagai pembaca yang matang, kita tetap mendoakan agar pasangan ini dapat pergi jauh dalam bidang kerjaya yang mereka minati. Siapa tahu suatu hari nanti, Sugu Pavithra akan jadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Baca sini : Sugu Pavithra, dari YouTuber masak-masak ke model yang menawan

Sumber/Foto : pepatung.com.my

Published by
NETTY AH HIYER