Memahami akan mereka yang tidak berkemampuan dalam keadaan negara yang sedang dalam PKP, pelakon Zul Yahya mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.
Pada saat ini masyarakat Malaysia saling bantu membantu, begitu juga dengan Zul Yahya yang juga pemilik Zul Yahya Steamboat BBQ.
Seperti mana yang diwar-warkan dalam akaun Instagram miliknya, Zul Yahya menyatakan:
“Assalamualaikum, salam Jumaat, hari ini ada barang-barang keperluan dapur seperti beras, telur, gula, mi segera, kicap, tepung, roti. InsyaAllah bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan Zul Yahya Steamboat BBQ dan memerlukan keperluan barangan dapur bolehlah datang ke sini. Sumbangan ini juga dari sahabat-sahabat.”begitulah yang diungkapkan oleh aktor Zul Yahya menerusi akaun Instagram miliknya.
Usaha Murni
Usaha yang dilakukan oleh Zul Yahya ini begitu murni. Sama-samalah kita rakyat Malaysia membantu antara satu sama lain dalam keadaan PKP ini.
Tak dinafikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ramai yang bermurah hati memberi sumbangan dan bantuan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dengan tujuan golongan yang memerlukan dapat dibantu demi menampung keperluan dapur dan belanja harian mereka.
Memang terbaik dan wajar diberikan pujian atas usaha murni penduduk di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah ini. Mereka bersikap prihatin berkongsi rezeki memberikan sayur-sayuran dan buahan-buahan secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan.
Lebih-lebih lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pergerakan orang ramai yang agak terbatas untuk mendapatkan sayur-sayuran mahupun buah-buahan.
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.
Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.
MW: Usaha murni penduduk kampung ini berkongsi rezeki ini wajar dipuji.Semoga rezeki penduduk kampung ini berlipat ganda kerana membantu mereka yang memerlukan.
Ya Allah.. sebaknya hati lihat seorang atuk yang strok terbaring dalam pondok usang. Kisah pilu ini dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang tak dapat menahan sebak air mata sepanjang berkunjung ke pondok terletak di Kedah ini.
Kata Ustaz dalam perkongsiannya di facebook miliknya, pondok itu didiami atuk yang strok bersama berbelas anak-anak. Simpati dengan nasib warga emas dan keluarganya ini, Ustaz Ebit berhajat mencari rumah sewa di sekitar kediaman mereka.
Dapatlah nanti mereka berpindah dan duduk di situ. Namun, usaha mencari rumah tidak mudah sebab bilangan penghuni itu dengan ahli keluarga yang ramai. Sebak dengar ikrar ustaz, “Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru.”
Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok IC semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini… hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.
Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya.
Saya bawa pakcik pindah yer. “Nak!” Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.
Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.
Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai di situ. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.
Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.
Ustaz Ebit Lew aktif dengan kerja-kerja membantu masyarakat susah sepanjang PKP ini. Hendak turun padang sekali barangkali tidak mampu, jadi jika ada yang berniat mahu bersedekah dan sama-sama bantu ustaz dalam kerja dakwahnya, ustaz kongsikan akaun ini :
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia CIMB Bank 8603546376
MW : Semoga ustaz dapat memperoleh rumah yang sesuai untuk keluarga ini. Dan dipermudahkanNya untuk kerja-kerja dakwah ustaz seterusnya.
Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi status bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Malah duit saluran yang didermakan juga merupakan duit Zakat beliau pada tahun ini.
Seperti mana dipetik menerusi Instagram @rizalman71 beliau menulis;
“sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan, bole DM saya berkali2 (sekiranya saya mampu melihat dm tersebut) …untuk menyambung kelangsungan untuk membeli makanan di saat getir ini…duit ini adalah dari ZAKAT saya pada tahun ini.”
Usaha mulia dari Rizalman ini mendapat pelbagai komen yang positif dari warganet. Malah ramai yang mendoakan agar Rizalman dikurniakan rezeki yang luas.
Alhamdulillah tatkala negara sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 dan PKP berlangsung ada insan yang simpati dengan nasib mereka yang kurang berkemampuan. Mingguan Wanita juga mendoakan Rizalman diperluaskan rezeki dari Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.