Memaafkan Itu Akhlak Yang Mulia, Walau Tidak Mampu Melupakan

Catatan Fatin Nurul Ain Mat Aris yang merupakan isteri pertama Da’i Nik Farhan yang dilafazkan cerai pada Selasa lalu dikongsikannya semalam. Memohon kemaafan kepada sesiapa pun yang terkesan dengan permasalahan rumah tangganya yang sudah pun menjadi viral.

Beliau akur bahawa perpisahan yang berlaku itu tidak disandarkan kepada orang lain. Malah, mahu melalui ujian tuhan ini dengan hati yang redha.

Hadamkan perkongsiannya,

JANGAN DILUPAI KEBAIKAN DAN KESILAPAN ITU MAAFKANLAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

1. Tulisan ke-2 saya ini telah saya sediakan sebelum saya kongsikan tulisan pertama saya. Tiada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan datang dari Allah. Hanya Allah Maha Memberi kekuatan buat hamba2Nya.

2. Penulisan ke-2 saya ini bertujuan untuk mengajak semua untuk kita mengambil hikmah yang baik dan berhenti dari kita melakukan sesuatu ucapan, perkataan atau tindakan yang boleh merugikan kita di kemudian hari. Bab kata pepatah, luka kerana lembing senang diubati, tidak pada luka kerana kata-kata.

IKLAN

3. Ya, saya tidak mampu mengubati luka sesiapa pun yang mungkin terluka dari apa yang berlaku dari peristiwa ujian kami ini terutamanya ahli keluarga saya dan ahli keluarga mertua serta kenalan rapat mahupun tidak, namun saya sangat berharap paling tidak tulisan saya ini mampu menjernihkan kekeruhan hati melanda semua yang terlibat.

Jangan Dikecam Kesilapan Yang Berlaku

4. Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buangla saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.

5. Saya sesekali tidak mahu menyandarkan perpisahan saya ini dengan meletakkan kesalahannya pada orang lain. Biarlah kami yang melaluinya dengan hati yang redha dan mengakui kelemahan diri sendiri dengan Allah SWT. DIA lah sebaik-baik penilai dan penerima taubat.

6. Dalam perasaan sedih, kecewa, sakit hati, marah dan sebagainya dalam hati kita, jangalah sampai kita melupai setiap kebaikan yang pernah diterima. Saya berharap janganlah kerana kesilapan(isu keluarga saya menjadi viral) segala kebaikan insan-insan terlibat dalam hal ini dilupai begitu sahaja. Namun, segala nasihat yang baik dan bermanfaat silakan untuk memberinya.

IKLAN

7. Sekali lagi saya nyatakan, berilah nasihat yang baik dan usahlah dikecam kerana ia keluar dari akhlak Islam yang sebenar serta berilah kemaafan terhadap kesilapan yang berlaku.

Soal Hak, Akan Diuruskan Dalam Keadaan Tertutup

8. Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran yang betul. InshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes penceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup.

9. Saya mewakili juga keluarga saya, sahabat saya dan insan-insan yang terlibat secara langsung dalam permasalahan keluarga saya ini, ingin memohon kemaafan jika ada kesilapan yang berlaku dari pihak kami sama ada sedar atau tidak. Terima kasih atas sokongan dan doa dari semua.

IKLAN

Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah

Yang benar,
(Fatin Nurul Ain)
4 December 2019
4.20 pm

Bekas isteri Da’i Nik Farhan Nik Mohamad yang kini sarat hamil diceraikan pada tengah hari Selasa, menerusi voice note aplikasi WhatsApp. Dengan alasan telah nusyuz dan memfitnah suaminya.

Kisah rumah tangga pendakwah bebas ini mula menjadi tular apabila rakan baik Fatin, mendedahkan pernikahan yang berlangsung di hadapan Kaabah, Makkah dilakukan tanpa restu isteri pertama.

MW : Semoga kemelut yang berlaku dalam rumahtangga

Sumber/Foto : Fnama Fatin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI