Allahuakbar, melecur muka dan tangan, berhati-hati ya mak, ayah yang guna portable gas stove ketika camping. Bimbang perkara yang sama berulang kepada orang lain.
Portable gas stove atau atau dapur gas mudahalih bersaiz mini menjadi pilihan mak ayah yang gemar bercamping atau picnic. Sangat memudahkan kerana saiznya agak kecil dan mudah di bawa ke mana-mana.
Sesetengah mak-mak menjadikan portable gas stove ini sebagai dapur kecemasan di rumah jika sesuatu berlaku pada dapur utama.
Benarlah malang tidak berbau, dalam keghairahan kita berkelah dan bercamping ada perkara yang mak ayah terlepas pandang. Kadang-kadang perkara sebegini meragut kegembiraan ahli keluarga.
Kongsi Mastura Saad di Grup Family Camping Malaysia, ada kawan melecur muka, tangan dan kaki ketika berkelah kerana letupan portable dapur ni.
So akak google lah punca-punca untuk dijadikan peringatan. Kalau akak salah betulkan, kalau ada nak tambah, dialu-alukan untuk kebaikan bersama:
Baca Juga Di Sini :
Remaja 15 Tahun Meninggal, Dianggap ‘Wira’ Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran
Bayi Yang Ditinggal Dalam Buaian Meninggal Dalam Kebakaran, Luluh Hati Ibu
Berada Pada Suhu Api 400°-600° Celsius, Miasara Sebak Bayangkan Diri Jadi Mangsa Kebakaran!
Kalau Anggota Badan Melecur, Jangan Memandai Letak Benda Mengarut!
Mungkin Berlaku Kebocoran Gas, Seorang Petugas Kesihatan Meninggal & Tiga Pengsan Dalam Ambulan
1) Saiz periuk jangan melebihi saiz penunu. BELI DI SINI . Kerana panas periuk yang terlalu besar akan meningkatkan suhu balang gas yang dekat dengannya.
2) Jangan masak atau biarkan bekas gas terdedah pada terik matahari atau terperangkap di dalam bekas yang terdedah pada terik matahari.
3) Jangan gunakan balang gas yang sudah kemek. (Masa beli dah kena belek, periksa betul-betul)
4) Jangan under estimate balang gas, walaupun yang telah habis. Mungkin masih ada saki baki gas, jadi berhati-hati.
5) Baca label penggunaan sebaiknya, ikuti apa yang boleh dan tidak.
6) Jika terdapat sambungan pada hos gas, pastikan sambungan itu tidak longgar bimbang berlaku kebocoran gas seterusnya jadi punca terbakar.
7) Jangan masak atau gunakan dapur ini dalam ruang tertutup seperti dalam khemah.
8) Sentiasa peka pada kebocoran gas, periksa dari semasa ke semasa.
Mingguan Wanita : Paling penting setiap kali menggunakan portable gas stove atau atau dapur gas mudahalih ini mak ayah disarankan lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau. Semoga tip ini dapat membantu mak, ayah di luar sana.
Sumber : Mastura Saad