Melancong dengan anak kecil memang kena banyak bersabar. Lagi-lagi bila anak yang sentiasa aktif dan cergas. Biasanya kita akan dengar ibu bapa merungut untuk bawa anak-anak melancong bersama mereka dengan alasan susah diuruskan dan dengan pelbagai ragam.
Untuk memastikan percutian anda lebih seronok, rancangan secara teliti percutian anda bersama keluarga. Kerana perancangan yang lebih awal mampu mencipta pengalaman yang indah buat anda dan keluarga. Tetapi ada juga ibu bapa yang bimbang untuk membawa anak-anak yang masih kecil untuk melancong.
Sebagai ibu bapa kita perlu peka tentang anak-anak mereka. Berikan perhatian sepenuhnya kepada keperluan dan kehendak anak-anak anda. Pastikan percutian anda diisi dengan aktviti yang menyeronokkan dan sesuai untuk anak-anak anda.
Bercuti bersama anak-anak jangan terlalu terikat dengan jadual perjalanan yang mungkin anda telah rancangan dan sediakan. Ini memang berbeza dengan percutian solo ataupun bersama pasangan anda. Perlu bijak menyesuaikan aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak.
Untuk ibu bapa yang gemar melancong pada musim cuti sekolah dan “peak season”, cuba elak melancong pada waktu-waktu dan musim sebegini kerana dapat menjimatkan kos perjalanan anda dari segi kos pengangkutan dan penginapan.
Sebagai ibu, mestilah persiapan dari segi pakaian, kelengkapan dan di mana lokasi percutian juga merekalah orang pertama yang akan pilih. Sesuaikan jenis percutian yang anda dan keluarga ingin lawati dengan mengenalpasti aktiviti apa yang harus dilakukan ketika bercuti. Paling penting, tempat yang dikunjungi itu adalah tempat yang sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga dan sesuai dengan bajet percutian yang disediakan.
Ikuti kupasan lanjut “Ragam Anak Bercuti” dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima Hd 121, jam 11.00 pagi hingga 12 tengah hari
bersama pengacara Siti Elizad, Raden bersama tetamu jemputan Faradine Nordin dan seleberiti, Zarina Zainuddin.Untuk Sebarang komen dan pandangan tentang kupasan ini, boleh hubungi talian Teman Wanita anda di 03-89389647 atau komen terus di sosial media Mingguan Wanita seperti Facebook, Instagram dan Twitter.