Mee Rebus Mama, Punyalah Sedap Boleh Ulang Makan 5 Kali Sehari!

Share

Kalau dah jemu makan nasi mak-mak bolehlah cuba kelainan buat menu istimewa seperti mee rebus pula. Jangan bimbang, mudah je nak buatnya, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini.

Berikut resipi yang dikongsikan;

Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Boleh ulang makan 5 kali sehari.

Resipi untuk 1kg Mee Kuning

Bahan kisar A:

Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)

Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)

Daging hiris nipis

Udang buang kulit

Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)

3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
Sesudu serbuk kari daging

Cara Membuat:

1.Tumis semua bahan kisar A. Agak-agak dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.

2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).

3. Masukkan garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Last skali masuk udang. Agak-agak menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama, nanti keras tak sodap.

4.Agak-agak nak pekat macam mana. Tak cair sangat dan tak pekat.

5. Tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau!

Siap! Selamat Mencuba!

Info Ekstra!
Basuh bersih kulit udang, kisar halus and tapis air dia. Ni betul betul sebagai penyedap!

MW: Semoga bermanfaat! Mak-mak boleh lah buat untuk makan-makan bila tetamu datang rumah nanti.

Sumber: Ainn Mustafar

Published by
Suhaidah Abd Wahab