Boleh buat mee kuah ini. Senang dan simple sahaja. Mee kuah ini bila sudah siap, sukatan yang disediakan ini bolehlah 5 orang makan.
Terdapat banyak resipi mee kuah yang dikongsi oleh warganet di media sosial. Setiap orang mencipta resipi mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu tak hairanlah jika ada antara bahan-bahan yang digunakan itu berbeza.
Teringin ingin makan mee kuah? Apa kata boleh cuba resipi yang dikongsikan Cik Puan Sarah ini. Wanita ini menggunakan udang dan rebusan air udang bagi menambah kemanisan mee kuah resipi hasil tangannya sendiri.
“Mee kuah cara saya. Senang dan simple. Cara masak saya bubuh kat bawah ye. Selamat mencuba.”
Bawang putih 4 ulas
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 5 biji
Cili kering (rebus)
Daging
Udang kecik
Cili sos 5 sudu
Garam/gula
Ubi keledek 3 biji (sedang besar)
Baca Sini Juga:
Resipi Nasi Ayam Cendawan Claypot, Nak Lagi Sedap, Bubuh Ikan Masin!
Cara Masak Soto Ayam Kuah Pekat, Siap Ada Bergedil, Sambal Kicap
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!
Rebus ubi sampai lembut. Toskan ubi dan kisar. Kisarkan bawang dan cili yang telah direbus.
Kemudian rebus udang sampai masak. Toskan udang dan kopek kulit dan kepala udang. Air rebusan udang jangan buang ye. Kemudian kisar kulit dan kepala udang dengan air rebusan udang tadi. Kisar sampai hancur. Selepas itu tuang dan tapiskan air ini. Kemudian ambil isi udang dan kisar juga sampai hancur. Saya guna udang untuk bagi kuah ada rasa manis.
Macam ini apabila semua siap dikisar. Di sini ada ubi yang telah dikisar, bawang yang telah dikisar dengan cili, udang yang telah dikisar, dan kepala udang dan kulit udang yang telah dikisar. Sementara itu rebus daging sampai empuk. Saya rebus dalam rice cooker aje.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan cili yang telah dikisar. Ikut nak pedas banyak mana ye. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan cili sos, kacau sebati. Nak letak sos tomato pun boleh tetapi jangan banyak nanti masam. Letak ½ sudu sudah cukup.
Dah agak kering cili kisar tadi, masukkan ubi. Kacau dan biarkan kering sedikit. Masukkan air daging dan air udang. Masukkan garam, gula dan kacau sebati. Masak sampai naik minyak. Saya guna api slow je.
Dah naik minyak. Kuah sudah siap. Siapkan bahan-bahan hiasan. Selepas itu tuangkan kuah ke dalam mee. Inilah hasilnya, mee kuah.
MW: Menurut Cik Puan Sarah dengan resipi yang diberikan inilah boleh lebih kurang 5 orang makan.
Sumber/Foto: Cik Puan Sarah