Sumber / Sumber Foto : Facebook Emee Sham

Mee Goreng Basah nostalgia, stail gerai zaman kanak-kanak alahai sedapnya sampai terliur. Bila lihat mee goreng basah ni fikir automatik akan teringat masa zaman kecil-kecil dulu.

Memang sedap dan padu, aromanya hingga kini boleh diingati. Apatah lagi bila dibungkus dengan surak khabar. Makan masa panas-panas. Aduh nostalgia sangat berharga.

Mee Goreng Basah Nostalgia

Buat peminat Mee Goreng Basah mesti anda kan mengimbau tahun 80an sewaktu zaman kanak-kanak. Bukan tu saja, nak lagi sedap Mee Goreng Basah ditambah pula dengan cili jeruk dan diperah.

Aduh terus terliur. Nak lagi puas hati apa kata mak-mak buat sendiri Mee Goreng Basah ni. Bahan-bahannya cukup ringkas rupanya.

Menerusi akaun Facebook Emee Sham   telah sudi berkongsi resipi istimewa ini.

“Siapa suka Mee Goreng Basah, menu abang masak untuk malam ni. Mee Goreng Basah nostalgia…kita boh ayam, teloq, tauhu, sawi, tauge serta cabai jeruk dan limau nipis.

“Kemudian kita bungkus dengan paper  (sekang ni susah nak cari jadi kita guna kertas berwarna coklat) aroma diaaaaaa. Agak payah nak jumpa mee goreng camni sekarang. Mengimbau tahun 80an.

Mee Goreng Basah Nostalgia, Stail Gerai Zaman Kanak-Kanak Alahai Sedapnya Sampai Terliur 

RESEPI MEE GORENG BASAH:

Satu bungkus mee kuning (lalukan dengan air paip)

Ads

Isi ayam

Air rebusan ayam

Telor

Sawi

Tauge

Bawang putih

Ads

Bawang merah

(Tumbuk halus)

Cili kisar

Sos tiram

Sos cili

Tauhu goreng yang dihiris

Ads

Kicap lemak manis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak..Gorengkan 2 biji Telur..hancurkan kasar..ketepikan..
  2. Tambah sedikit mnyak pada kuali.
  3. Tumiskan bawang biar agak garing..
  4. Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak..dah ok..masukan isi ayam..kacau rata.. biar seketika…
  5. Masukkan sos tiram,sos cili..kacau rata.. terus masukkan air rebusan ayam..biar mereneh seketika…kepekatan kuah ikot sukatan memasing…letakkan kicap lemak manis..dan sedikit sahaja kicap masin.. biar mendidih..
  6. Masukkan tauhu,telur…last masukkan Mee..kacau rata.. boh sawi dan tauge…kacau rata…kalau kaler kurang…curahkan kicap lemak manis lagi..kacau rata..tutup api..

Mee Goreng Basah Nostalgia, Stail Gerai Zaman Kanak-Kanak Alahai Sedapnya Sampai Terliur 

 

Mingguan Wanita : Sedapnya, terliur pula tengok mee goreng nostalgia ni.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Emee Sham

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI