Medium Tanah Berpasir & Kena Panas, Barulah ASPARAGUS Tunas Banyak Merimbun!

Share

Rupanya dengan medium tanah berpasir dan kawasan panas terdedah dengan banyak cahaya matahari barulah asparagus bertunas banyak dan merimbun.

Bagi penggemar aspragus, tumbuhan ini memang agak mahal jika dibeli di pasaraya. Memang lebih jimat belanja dapur dan berbaloi jika tanam sendiri di rumah. Cukup waktu menuai, boleh petik sahaja di laman rumah. Memang segar, lebih organik dan pastinya tanpa menggunakan racun serangga.

Boleh cuba tanam Asparagus sendiri di rumah seperti yang dilakukan oleh Zaid Azizy Yaakob
ini

Asparagus nak beli selalu memang tak lah, sebab mahal. Tapi tak pe kita cuba tanam. Alhamdulillah..menjadi. Selepas 10 bulan tanam sekarang tak payah beli dah. Jimat duit dapur.

Asparagus ni kena tanam banyak rumpun, baru dapat banyak rebungnya. Sebab serumpun paling banyak saya tuai 3 je rebungnya. Biasa 1 je. Jadi saya tanam 11 rumpun, kumpul dalam 4-5 hari boleh dah buat sayur, goreng dengan udang sos tiram. Sedapnya nyum nyum nyum.

 

Ini hasilnya tanam dalam pasu je. Guna pasu besar.

Info Ekstra!

  • Benih Asparagus boleh beli di Shoppee.
  • Asparagus makan baja banyak. Saya pakai baja serbuk taik ayam proses beli di shopee. Tak perlu guna macam-macam baja.
  • Medium tanah kena yang berpasir, tak suka air dan mahu panas nak cahaya banyak, baru lah tunas banyak dan rimbun.
  • Guna tanah bakar + pasir sungai. Beli dekat hardware. Saya pakai baja organik, taik ayam proses jenis serbuk. Letak baja seminggu sekali.
  • Kalau semai dari biji benih, memang halus je, lagi kalau tanam dalam pasu sebab akar tak berkembang. Namun boleh tanam terus atas tanah dan dalam pasu. Dua-dua pun boleh.

 

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Tanam Sendiri Asparagus Di Rumah, Tuaian Pertama Seawal 10 Bulan
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!
Artikel Menarik:Semai Lada Merah SESUAI Dijadikan Benih Pokok, PILIH Yang Terbelah Hujungnya!

Mingguan Wanita: Seronoknya boleh tanam sendiri je asparagus di rumah. Ikut tip yang dikongsikan ini, tanam banyak rumpun memang meriah hasilnya. Namun pastikan guna medium tanah berpasir dan terdedah dengan banyak cahaya matahari.

Sumber:Zaid Azizy Yaakob

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab