Bercerita tentang kematian pula, pasti ada perkara yang menarik untuk dikupas terutamanya pandangan masyarakat tentang tanda-tanda kematian seseorang itu. Baik atau tidak mahupun dengan keadaan husnul khatimah atau su’ul khatimah.

Berkongsi cerita dengan salah seorang yang terlibat dalam menguruskan jenazah seorang nenek yang berusia 80 an di sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah.

Nenek Milah (bukan nama sebenar), tinggal bersama anak bongsunya yang sudah berkeluarga. Sejak kematian suaminya 25 tahun yang lalu, Nenek Milah hanya ingin tinggal dengan anak bongsunya sahaja kerana itulah anak yang paling rapat dengannya.

Sementelah, sepanjang tinggal bersama, Nenek Milah tidak pernah duduk diam. Tiap-tiap pagi dan malam, dia akan mengajar mengaji anak-anak jiran. Boleh dikatakan ibu bapa yang tinggal berhampiran mahukan anak-anak belajar mengaji dengannya. Tambahan pula, Nenek Milah tidak pernah mengenakan bayaran dan dia mengajar dengan seikhlas hati.

IKLAN

Selain daripada mengajar mengaji, Nenek Milah kerap menghabiskan masa dengan mendengar kuliah-kuliah agama dan solat waktu berjemaah di masjid atau surau berdekatan rumahnya. Ada masa, Nenek Milah diberi kepercayaan dan dipanggil untuk memandikan jenazah.

Tidak Sihat

Apa yang dilakukan itu adalah semasa diri Nenek Milah masih lagi sihat dan kuat. Namun, sejak kebelakangan ini, dia tidak lagi mampu mengajar al Quran atau dipanggil untuk menguruskan jenazah kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Makan dan minum pun diuruskan oleh anak bongsunya.

IKLAN

Hari-hari terakhir Nenek Milah, dia tidak sedarkan diri. Mungkin sudah tiba masanya, Nenek Milah meninggal sebelum sempat di bawa ke hospital. Jadi, segala urusan pengkebumian disegerakan dan ahli keluarga meminta anak-anaknya segera balik untuk memberi penghormatan terakhir.

IKLAN

Tersenyum & Air Mata

Apa yang diceritakan juga, sepanjang menguruskan jenazah Nenek Milah, semuanya cukup mudah. Entah bagaimana, sepatutnya ada tiga gulung kapas untuk digunakan dalam menguruskan jenazah tetapi hanya ada dua gulung sahaja. Walau bagaimanapun, dua gulung kapas itu sudah cukup digunakan.
Begitu juga, raut wajah Nenek Milah nampak berseri sekali dengan terukir senyuman seolah-olah dia sedang tidur. Di bahagian hujung matanya terlihat seperti ada air mata dan mayatnya seperti berpeluh. Semuanya senang diuruskan.

Perjalanan terakhir Nenek Milah ke negara abadi. Sebaik sahaja selesai solat jenazah, kelihatan mendung di langit. Saat selesai pengkebumian, hujan renyai-renyai mengiringi pemergian Nenek Milah.

Itulah yang berlaku pada arwah Nenek Milah. Pemergiaannya cukup dicemburui dan betullah apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa semasa hayatnya, waktu yang ada digunakan untuk beramal soleh dan dia sentiasa berbuat baik pada orang lain. Wallahu a’lam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI