Mawar Rashid Serik Seisi Keluarga Dijangkiti Virus Influenza A

Share

Wabak Influenza A semakin merebak dan menimbulkan keadaan panik di kalangan ibu bapa. Bercerita mengenai topik ini, tengahari tadi Mingguan Wanita Talkshow sempat menjemput pelakon popular yang juga heroin drama TQ Captain di studio bercerita mengenai pengalamannya.

Pada Disember tahun lalu, pelakon ini diuji apabila seisi rumah termasuk anak berusia sembilan bulan ketika itu dijangkiti virus Influenza A.

“Pada awalnya anak saya, Raden Muhammad Rafael dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti virus Influenza A. Alhamdulillah, selepas dimasukkan wad selama beberapa hari, Rafael sudah beransur sihat dan dibenarkan pulang.

“Lebih mencabar, pada waktu yang sama saya yang terkena virus sama, virus ini dijangkiti dengan mudah dimana dalam kes saya virus ini merebak melalui air liur atau sentuhan.

“Lebih mencabar, tiga anak saudara, abang, ibu dan pembantu rumah juga dijangkiti virus sama serta perlu dikuarantinkan.

“Saya berjangkit dengan Rafael. Biarpun lemah, saya teruskan berlakon sehingga penggambaran selesai,” ujar Mawar yang yang juga isteri kepada Raf Yaakob. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan Rafael pada 13 Mac lalu.

Mawar mempunyai dua anak tiri iaitu Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Hati-Hati

Mawar juga menasihati penonton agar mengambil langkah berhati-hati dan juga langkah keselematan.

“Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar. Punca anak saya sakit selepas pulang dari pasaraya bersama ibu. Mungkin sebab dia memegang troli. Pulang saja dia terus demam dan badan terus lemah,” ungkap Mawar yang akui begitu risau bila anaknya ketika itu dijangkiti Influenza A.

Bagi yang ingin menonton lebih lanjut bolehlah saksikan ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Published by
Norhayati Binti Suboh