Pelakon Mawar Rashid berkongsi berita gembira. Mengumumkan yang dirinya hamil anak kedua. Kehamilan kali ini, Mawar alami alahan teruk sehingga menghalangnya melakukan kerja harian malah challenge permintaan peminatnya.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25 juga akui kali ini dia alami loya yang teruk. Berbanding waktu mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.
Kongsi Mawar
“Alhamdulillah.. Syukur.. doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
Doakan Mawar jugak tau.. kali ni alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi tak larat.. sorry gais.. banyak lagi nak buat challenge-challenge lain dan kerja lain-lain.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni.”
Malah suami Mawar, Raf mengakui keadaan alahan Mawar kali ini alami mual yang sangat teruk.
Dia dan Mawar baru saja tahu berita kehamilan itu. Sebelum ini, Mawar ada mencuba alat uji kehamilan. Tapi keputusannya negatif. Bagaimana pun, selepas berjumpa doktor, barulah disahkan hamil.
Dalam keadaan morning sickness yang menguji itu, Raf bersedia mengambil alih tugas menjaga anak kecilnya, Rafael. “Rafael memang Mawar yang selalu jaga. Tapi nanti kalau dia tak larat sangat, barulah saya akan ambil alih tugas tersebut.”
Berita gembira itu dikongsikannya menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya.
Pelakon Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati ini mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.
Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Sumber/Foto : Mawar Rashid, MStar