Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Sumber: Mawar Rashid & MeleTOP