
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.

Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.
Sumber: Mawar Rashid & MeleTOP
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Anak Selalu Buat Perangai Bila Dengan Mak, Ini Kajiannya Yang Ramai Ayah Tak Tahu!

Isi Kandungan
ToggleSelalu bila anak-anak bersama mak, mereka suka ‘buat perangai’ berbanding bila bersama orang lain. Kalau perasan, bila bersama ayahnya atau orang lain seperti atuk dan nenek, mahupun dengan cikgu kat sekolah perangai anak-anak ni elok je, mendengar kata, takde pulak nak buat hal.
Tapi jangan bila mak ada bersama, automatik perangai anak akan berubah, manja & banyak kerenah. Pening nak melayan, bila anak buat hal tak tentu pasal. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Hah, bila perkara macam ni berlaku,mula lah mak-mak ni nak tinggikan volume suara tu.
Prestasi Anak Merudum
Sebenarnya, situasi ini disokong oleh sebuah kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington mendapati bahawa, prestasi kanak-kanak akan merudum sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada dalam bilik yang sama.
Dan lebih mengejutkan, kajian itu mendapati bahawa jika kanak-kanak itu berumur 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian itu telah dijalankan ke atas 500 keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasat, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Professor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr. K.P Leibowitz menyatakan;
“Apa yang kami dapati, kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%. Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Bki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu mereka, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan.”
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dengan kajian ini pula (dia mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan daripada kajian ini dan berkata,
“Saya selalu tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahan mereka (anak-anak) dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana mereka berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ramai suami atau ayah yang tidak mengetahui perkara ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibunya.

Kajian itu juga mendapati, jika dalam situasi untuk memperbaiki disiplin mereka, 100% (semua sekali!) lebih responsif kepada kata-kata yang diucap dengan nada yang normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada anaknya.
Haaa, untuk para lelaki di luar sana, sekarang barulah kita tahu kan yang bukan mudah menjadi seorang ibu. Dan untuk ibu, teruslah berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak anda.
Sumber:ohsemmama.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saya Memang Baca Semua DM Peminat Di Instagram – Farah Nabilah

Isi Kandungan
ToggleBesarnya kesan Titian Cinta dalam hidup pelakon kecil molek-cantik manis, Farah Nabilah Saipuddin, 25. Popularitinya naik mendadak sampaikan ada peminat yang obses dengannya.
“Tapi setakat ini taklah sampai mendatangkan keburukan dalam hidup peribadi saya dan keluarga. Kebanyakan daripada mereka suka tinggalkan pelbagai pesanan menerusi DM Instagram.
Setiap hari dekat ribuan DM. Walaupun tak boleh nak balas, tapi saya nak beritahu yang saya memang baca semua pesanan yang diberikan.
“Saya sangat-sangat menghargai sokongan mereka.” Bukan saja DM, Farah juga terima macam-macam hadiah daripada peminat.
Penangan glamour drama rantaian popular, Titian Cinta bukan saja mengenai dirinya. Malah ahli keluarganya pun dalam fasa nak sesuaikan diri dengan tempias populariti pelakon watak Aisy ini.
“Saya memang jenis yang sangat rapat dengan keluarga, Sentiasa bersama kalau buat apa saja aktiviti atau nak ke mana-mana. Tapi sekarang selalu tak cukup ‘korum’ sebab selalunya saya tak dapat ikut mereka.
Jadi keluarganya pun kenalah belajar terima dan sedang sesuaikan diri dengan situasi yang berlaku.
Pergi Pasar Pun Makcik Ajak Bergambar
“Dulu saya memang selamba saja buat apa saya nak buat. Keluar rumah pun pakai ikut yang sempat, tapi sekarang memang tidak boleh macam tu lagi. Sebab apa pun yang saya buat akan jadi perhatian.
“Paling kelakar, pergi pasar dekat rumah pun ada makcik-makcik yang nak bergambar.”
Sokongan peminat yang tak berbelah bagi inilah membolehkan kelab peminat rasmi, Fawaariors dilancarkan baru-baru ini.
“Sebenarnya Fawaarriors dah tertubuh tahun lalu. Selepas saya berlakon drama Inikah Cinta.
“Cuma tahun ini yang lebih aktif selepas Titian Cinta mendapat sambutan ramai. Penubuhan kelab peminat ini saya sifatkan sebagai penghargaan buat saya yang masih baru ini.
Ini Cerita Farah Nabila Mula-mula Jadi Pelakon
Penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tak sengaja. Apabila sering diminta oleh tenaga produksi yang selalu shooting di rumah untuk jadi pelakon tambahan dalam drama yang mereka tengah buat.
“Rumah keluarga saya ini memang sering jadi lokasi penggambaran drama beberapa buah produksi termasuklah produksi abang Rashid Sibir. Itu yang buatkan saya kenal krew produksi.

“Ingat lagi dalam drama pertama, saya diminta jadi pelakon tambahan dalam Mak Pengantin Tak Popular lakonan Nora Danish dan Jasmin Hamid. Masa itu mereka berlakon di rumah saya sekitar tahun 2011.”
Akui Farah yang berpendidikan Psikologi dari Universiti Segi, dia tak pernah pun terfikir nak jadi pelakon. Impiannya mahu bergelar seorang psikiatri.
“Selepas berlakon tambahan untuk beberapa buah drama, saya sambung belajar empat tahun. Dan inilah yang dikatakan rezeki, saya sibuk merancang kerjaya lain, tapi rezekinya tertulis dalam bidang lakonan.
Walau bagaimanapun, Farah tetap memasang impian mahu menyambung Sarjana dalam bidang pengajiannya itu.
“Suatu hari nanti mungkin akan digunakan sepenuhnya apa yang saya belajar ini.”
Farah bakal tampil dalam supertele Adan dan Hawa 2 yang bakal disiarkan di Astro First.
“Saya sentiasa bersikap terbuka. Kalau asyik nak dengar pujian saja, tidurlah kita nanti. Kritikan untuk membina itu bagus untuk saya.”
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN & INSTAGRAM FARAHNABILAHOFFICIAL
SOLEKAN: SAHIR SABRI
PAKAIAN: AINAHARIZ
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 22 Rahsia Kulit Cantik Berseri Che Puan Sarimah Ibrahim

Isi Kandungan
TogglePengacara kacukan Irish-Melayu, YM Che Puan Sarimah Ibrahim ini sememangnya miliki kulit yang cantik berseri. Walau cuma solekan nipis tetap menyerlahkan seri wajah putih kemerah-merahan.
Jangan pula mak-mak kata, “memanglah cantik anak kacukan mat salleh kot’. No.. no.. persepsi sebegitu tak bagus untuk jiwa raga ya mak-mak.
Sebenarnya bukan mudah tapi tak juga susah, kalau mak-mak berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat, bersinar malah terpancar serinya dari dalam. Dalam instagram miliknya, Sarimah rajin berkongsi tip kecantikan dan penjagaan diri yang boleh dijadikan panduan followernya.
Sarimah merupakan isteri kepada YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie. Haa.. nak tahu apa rahsia kulit cantik Sarimah, baca 22 rahsia antara rutin beliau mendapatkan kulit cantik berseri-seri walaupun tak mengenakan sebarang solekan.
Rahsia Kulit Cantik Che Puan Sarimah Ibrahim
1. Walaupun ada ketikanya jadual harian Sarimah begitu padat, beliau memastikan tubuhnya mendapat makanan yang baik. “Kulit cantik needs Skin Food’
2. Ambil vitamin D untuk tulang sihat dan kulit cantik. “I tak cukup vitamin D until recently je baru sedar. Makan cukup-cukup je skin improved dan hilang rasa sakit badan. Kalau tak rajin berjemur and vampire like me, harus ambil extra vitamin D”
3. Zink juga penting untuk kulit. Ia menghindari masalah jerawat. Jerawat ini jadi bila berkumpulnya minyak, bakteria dan sel-sel kulit menutupi liang. Menyebabkan kulit di sekitar liang tu jadi merah, membengkak dan sakit. Inilah fungsi zink.
4. Pegaga pula membantu merawat luka dan melancarkan peredaran darah.
5. Tak perlu basuh muka keterlaluan. Hilang seri sebab natural oils yang sihat dalam sel kulit sangat penting untuk melembapkan dan lindungi kulit dari pencemaran. Basuh muka di pagi hari dengan pelembap yang light. Dan jangan sentuh muka. ( Kecuali disentuh tangan si dia yang tersayanglah )
6. Foundation jangan pakai dengan tangan secara harian. Too much risk sebab ada kuman, bakteria dan sebagainya. Lebih baik guna foundation yang ada puff atau sponge. I had many breakouts jerawat sebab guna tangan.
Baca sini : Khatam Al-Quran Ganjaran Diri Sendiri, Seniwati Sarimah Rutin Setiap Kali Hari Jadi
Dalaman Rasa Bahagia, Luaran Akan Nampak
7. Kalau ada jerawat timbul, guna method DISTRACTION (alihkan fokus) kat part muka lain. Pernah sekali tu I dapat jerawat on my forehead tengah-tengah tau.. macam unicorn dan kena pi interview and shoot majalah. I just merahkan bibir and letak fokus kat mata dan mulut. Jangan cover jerawat tebal-tebal. Semakin besar nanti I swear. Biar je and if all else fails, just say “I’m so smart, I’m growing another brain’ Itulah yang saya cakap dekat media. Serius!
8. Nak kulit cantik kena detox dengan peluh tau. Sememangnya Sarimah aktif dengan senaman.
9. Makan cukup-cukup jangan nak diet dan skip makan. Kulit jadi kusam and breakout nanti. Sebab tak cukup backup zat untuk badan nak lawan serangan jerawat tu.
10. Cari aktiviti yang disukai. Baru rasa happy. Bila dalaman rasa bahagia, luaran akan nampak dan sebaliknya. Lama-lama kalau hati tak ok, nampak kat kulit juga. “You can’t hide sadness with make up, sadly..”
11. Untuk kulit, Sarimah juga apply serum yang mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit supaya foundation dan powder boleh nampak seolah-olah ‘terduduk’ cantik kat kulit tanpa nampak tebal.
Sapu Pelembap Wajah Sebelum Tidur
12. Lipgloss light light, mascara sikit dan eyeshadow untuk kening sekali. Dab and Go. Penatlah nak fikir pasal eyeliner, concealer, shading. Kita mana ada masa everyday nak cuba itu ini kan! Kalau kerja sebagai makeup artist oklah kot boleh trial and error sambil kerja.
13. Paling penting, dapatkan basic makeup base yang betul dulu. Tak yah fikir pasal glitter dan colour untuk mata dulu. Sebab base tu yang paling penting. Tak ada maknanya nak glitter and bulu mata semua, tapi base kulit macam kena penampar pipi kiri kanan dengan shading macam kena sunburn ataupun kulit nampak macam kuih 8 lapis.. oh tidak!
14. Sebelum tidur, I use so much moisturiser. Sebotol pun tak cukup kot. At this age it’s a Must!
15. Remove all makeup. Kalau tak pagi nanti suami pengsan. Bangun dengan pontianak (mascara stained eyes are not glam its more trashy)
16. Sebolehnya tidur 8 jam.
17. Fikir yang BAIK-BAIK. “Tadi ada sorang lady yang cut me off in the carpark. And took my park and gave me the ‘XX’ look. I wound down the window and tanya politely but.. why did you do this? Please be considerate! She ignored me and refused to look at me even! . Sumpah I nak CEKIK dia tapi I took a deep breath sebab kalau i yang lose my temper.. muka I yang akan nampak tua. So let her stay ugly. Not me (in personality that is) moral of the story: Abaikan ugly people. Ugly in character that is. Or else it will rub off on you.

Jangan Takut Lasak – Sarimah Ibrahim
18. I dont have a trainer for cardio and strength- i train Myself. My basic workout, treadmill : HIIT run 2 mins walk 2 mins repeat 6 times, Band workout: 15 reps x 3 rounds arm workout attach to wall and pull like rowing for triceps, hold both and sit back into squats and curl arms, Weights 5kg max for me 15 x3 bucep and triceps and Lunge dips, Ball : side crunches, hold weights and crunches 20×5.
19. Takde maknanya kononnya badan yang sangat gemuk ke kurus tu sihat. Coverline je tu. I’ve been both. Diet macam nak mampus makan diet pill la bagai, I became ill! And also makan macam lupa diri sampai bloated pastuh kononnya ‘im curvy je’. Be HEALTHY. Check with a doctor your internal health tu paling penting! Blood test and all ok.
20. Kalau nak kurus secara sihat… kena buat cardio and weight training sekali. Boxing ni using my Abs and arms and legs. Memang membakar kalori yang tinggi. Kalau jogging je, bakaran kalori mendatar je.. tak berkesan.
21. As a woman, takyah nak manja-manja sangat pasal workout gini. Its not violent and its not dangerous. Duduk baring and getting fat is more dangerous to a womans health longterm. Jangan takut lasak. Bukannya kena penumbuk balik pun. Training badan je.
22. Berjalan lebih 5 juta langkah setahun.
Sumber/Foto : Instagram Sarimah Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI