Beruntung sungguh pelakon dan kini aktif dalam bidang perniagaan, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, yang begitu disayangi suami dan keluarga tercinta. Mawar yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan baru-baru ini telah mengumumkan jantina anaknya.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan adik selebriti popular Fazley Yaakob iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35 atau Raf pada 9 November 2017, wanita ini cukup bertuah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang cukup harmonis.
Ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini juga membuktikan dirinya begitu disayangi apatah lagi apabila anak-anak Raf menerusi perkahwinan terdahulu, Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5 juga begitu rapat dengan dirinya.
Baru-baru ini, Mawar dan Raf telah mengadakan majlis Baby Gender Reveal untuk berkongsi jantina bayi dalam kandungan.
Menerusi perkongsian Mawar melalui saluran YouTube, wanita bahagia ini telah memuat naik satu video yang ditunggu ramai.
Video yang berdurasi 3 minit 58 saat itu mendedahkan jantina bayi perempuan dalam kandungan pelakon tersebut.
“It’ a girl!” umum Mawar sambil diikuti sorakan gembira oleh para tetamu yang hadir.
Malah paling terharu apabila suaminya, Raf membacakan doa agar segala proses bersalin untuk Mawar dipermudahkan.
“Ya Allah Kau permudahkan isteriku Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, semoga dia dipermudahkan bersalin. Dan jadikanlah kandungannya sihat akal dan fizikalnya, Ya Allah” begitulah bacaan doa yang membuatkan ramai terharu.
Baca Disini Juga:
‘Bestnya Pregnant, Dilayan Macam Princess’ Hamil 7 Bulan Mawar Rashid Bahagia
Niat Bayar Zakat RM1 Juta, Mawar Rashid Korban Rasa RINDU Pada Anak
Perkongsian berkenaan mendapat komen positif daripada rakan artis dan peminat.
farazuana
Aku dah agak girl laa ni artis senang dapat sepasang. Betul2 rezeki depa.
hannanzry
congrats kak mawar️️️️️
persona2319
Alhamdulillah..girl..semoga dipermudahkan segala urusan masa bersalin nanti
aininhusna
girll..dah tengok youtube dah ️congrats mawar sepasang anak dapat
Difahamkan kini Mawar lebih mahu menumpukan perhatian pada bayi dalam kandungan.
Dek kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan, kini Mawar mahu membuat persediaan mental dan fizikal serta menyediakan persiapan barang bayi.
“Memandangkan kandungan sudah mencecah lapan bulan dan tak lama lagi nak bersalin saya perlu fokus pada bayi dalam kandungan,” ungkap Mawar.
Malah Mawar juga akui sebelum ini dia sangat aktif dan kini terpaksa memperlahankan aktiviti.
“Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Rasa berat nak bawa perut tapi alhamdulillah setakat ini saya ok,” kongsinya di sebuah laman portal.
MW: Semoga Mawar dipermudahkan proses bersalin dan bakal melahirkan anak yang sihat.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Mawar Rashid & YouTube Mawar Rashid
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita