Maulud Riyanto, remaja dihukum di dunia 13 tahun penjara pertahan maruah ibu diperkosa. Menang di hati masyarakat.
Tanyalah pada mana-mana anak, mereka akan sanggup mempertahankan maruah ibu bapanya dari anasir luar tatkala diancam. Apatah lagi jika ancaman itu melibatkan maruah seorang wanita, isteri dan juga ibu.
Ya maruah yang wajib dipertahankan kerana ia mendatangkan kesan mendalam dan diingati sampai bila-bila terutama melibatkan jenayah rogol. Dan kerana itulah, seorang remaja berusia 18 tahun dari seberang, Maulud Riyanto berasal dari Dusun Kisik, Desa Gempol, daerah Gempol, Pasuruan, Jawa Timur yang bertindak menikam jirannya, Yasin Fadilah yang telah merogol ibunya enam tahun lalu.
Rasa dendam itu sudah ditahannya selama enam tahun ketika dirinya di sekolah rendah lagi dan bila dirinya mencapai usia remaja, dirinya mengambil peluang untuk membalasnya kerana tidak tahan melihat penderitaan dilalui ibunya.
Tak hairanlah saat hakim menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kerana membunuh jirannya itu, dirinya dianggap sebagai hero dan menang di hati masyarakat kerana membalas perbuatan jahat jirannya itu.
Walau niatnya itu nampak baik tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang namun seperti kata Maulud ketika dijatuhkan hukuman, dia sudah melakukan tindakan sebagai anak kerana jirannya itu telah merogol ibunya kandungnya.
Mengikut fakta kes, sekiatar jam 11 malam, Yasin yang baru selesai berborak dengan jiran tetangga menyusun langkah balik ke rumahnya. Tanpa menyedari ada sisi bahaya menanti.
Dari arah belakang, sebuah motosikal Honda Vario menyusur belakangnya dan kemudian menghunus pisau tajam dan mengenai rusuk kirinya. Darah membuak keluar dan sempat dihantar ke rumah sakit namun pendarahan itu tidak berhenti sebelum nyawnya terputus dari tubuh.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Hak Jagaan Anak, IBU Didahulukan, Tak Perlu BEREBUT Sebaliknya Utamakan KEBAJIKAN, Kasih Sayang
Hasil siasatan polis dapati Yasin ditikam jiran tetangga sendiri.Dan orang disyaki ialah Muhammad Maulud Riyanto. Ketika polis menyerbu rumahnya, didapati kosong. Maulud sudah melarikan diri dan meminta wang sedikit dari adiknya. Dia kemudian dihantar ke stesen bas Ngoro menuju ke Kota Mojokerto tanpa menyedari polis sudah membuat intipan dan berjaya menangkapnya di kota besar itu.
Tak sampai 10 jam, pembunuh Yasin ditangkap dan orang itu ialah remaja berkenaan yang membuat pengakuan dia melakukannya kerana rasa dendam atas perbuatannya itu merogol ibunya.
Rasa dendam itu dipendam dari sekolah rendah kerana dia mendengar sendiri pengakuan minta maaf Yasin yang datang ke rumahnya bersama jiran tetangga dan meminta damai. Ya permohonan maaf yang mudah bagi seorang perogol tapi tidak bagi seorang anak mendengarnya.
Hari ini, dia merengkuk di dalam penjara namun namanya dijulang di mata masyarakat kerana sanggup mempertahankan maruah ibu dikasihi. Sumber :- Detik.com
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
BERBEKAL RM5, ANNE IDRIS TAWAN HATI RAJA SAUDI