Bila mana mata seorang suami itu ‘diuji’ dia hanya nampak wanita lain lebih sempurna daripada isterinya. Hakikatnya, isteri yang dikahwininya itu sudah cukup baik, tiada cacat cela cuma biasalah manusia biasa pasti ada kekurangannya.
Dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Walaupun pasangan yang ada cukup terbaik tapi tetap akan nampak ‘lompong’ dan kekurangan dan tidak sempurna. Keadaan inilah yang membuatkan rumah tangga jadi tak bahagia dan porak peranda, lebih-lebih lain ada yang cuba nak bandingkan dengan orang lain.
Baik suami atau isteri, tak perlulah nak bandingkan sebab pasangan yang kita ada sekarang ini sudah cukup terbaik dan sempurna. Lengkapilah kehidupan rumah tangga dengan bahagia.
Inilah yang dialami oleh sesetengah lelaki yang bergelar suami. Dia merasakan pasangannya tidak sempurna dan lebih suka bandingkan dengan wanita lain.
Tak perlu begitu, dengarlah apa yang dinasihatkan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini.
Mata lelaki, kadangkala diuji. Dilihatnya ada lagi wanita di luar sana yang jauh lebih sempurna berbanding isteri di rumah.
Walhal, isteri yang kalian ada sekarang, sudah cukup terbaik sebenarnya.
Kita tak menghargai apa yang ada di depan mata, sebab itu selalu merasa ada ketidaksempurnaan pada isteri.
Jika kalian rasa isteri kalian tidak sempurna, maka sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk menyempurnakannya. Perkahwinan ini adalah buat 2 jiwa yang saling memerlukan.
Kalau kalian hanya mencari sempurna saja, memang payahlah nak jumpa. Mulai sekarang, kalian kenalpasti mana yang tak sempurna, di situ perbaiki, lengkapi dan usaha untuk jadi yang sempurna.
Marilah menuju kesempurnaan, dengan itu kamu beroleh keharmonian. Keharmonian untuk mengecap syurgaNya kelak.
Tak perlu nak bandingkan atau rasa dah bosan dengan pasangan sebab dialah yang kenal luar dalam pasangan. Perbaiki dan bahagiakan pasangan kita.
Sumber: Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Artikel berkaitan: Suami Kalau Nak Hidup Bahagia, Senangkan Hati Isteri Bukan Buat Hal
Isteri Kalau Nak Merajuk Dengan Suami, Boleh Tapi Jangan Lebih 3 Hari
Suami Panas Baran, Isteri Jangan Berdiam Diri, Peguam Syarie Beri Saranan Apa Nak Buat