Memiliki penglihatan yang baik adalah satu anugerah yang perlu disyukuri. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kedua-dua mata yang ada dengan sebaiknya kerana ia dapat meningkatkan kualiti hidup seharian.
Dalam situasi zaman ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer dan ipad bagaikan satu keperluan. Kebanyakan daripada kita menghabiskan banyak masa di hadapan skrin tak kiralah untuk tujuan bekerja, mahupun bersosial mengetahui pelbagai perkembangan semasa hanya dihujung jari.
Situasi begini mengakibatkan mata cenderung berasa tegang, lebih kerap berkedip, menjadi kering dan letih, lebih-lebih lagi jika turut memakai kanta lekap dalam tempoh yang panjang.
Ada beberapa cara untuk meredakan ketegangan mata sekaligus mengembalikan kesegarannya.
Elak memandang skrin berterusan dalam masa yang lama dan sebaiknya berehat seketika selepas 30 minit dan lihat tumbuhan hijau untuk kembalikan kesegaran mata.
Lakukan senaman ringan seperti regangan bagi merehatkan postur tubuh dan boleh juga menutup mata selama beberapa minit bagi merehatkan mata.
Penting untuk laraskan kecerahan skrin gajet yang digunakan. Elakkan memandang skrin dalam keadaan gelap, pastikan persekitaran lebih cerah berbanding warna cahaya pada skrin. Ia dapat melindungi mata sekaligus mengurangkan keletihan mata.
Guna penitis mata ‘Rohto Extra Cool’ paling cepat dan berkesan dalam mengembalikan kesegaran mata yang letih. Ia memberikan sensasi rasa ‘sejuk’ luarbiasa pada skala 7 yang benar-benar boleh membuatkan mata ‘terjaga’.
Hasilnya mata menjadi segar dan lembap disamping dapat melegakan mata yang kabur akibat melihat skrin telefon pintar, komputer riba, membaca , memandu atau duduk di bilik penghawa dingin dalam tempoh yang lama.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat meredakan ketidakselesaan dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh asap, habuk, angin, silau matahari dan air berklorin. Malah menariknya Penitis Mata Rohto® Extra Cool ini juga sangat sesuai digunakan bagi yang menggunakan kanta lekap atau tidak.
Antara kelebihan lain menggunakan Penitis Mata Rohto® Extra Cool ini ialah;
Untuk maklumat lanjut, boleh layari;
Website: http://www.rohtoeyedrops.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/rohtoeyedropsmy/
Facebook: https://www.facebook.com/rohtomalaysia