
Isi Kandungan
ToggleRupanya dengan masukkan sedikit serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’, kacang kuda yang dah direndam semalam akan cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk.Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula.
Boleh cuba petua dan cara rebus kacang kuda seperti yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat dimasak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan Ogos haritu.Dapat petua dari group ini juga cara-cara untuk merebus Kacang kuda. Terima kasih sahabat-sahabat.
Cara-Caranya:
1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan, lalu masukkan ke dalam rice cooker.
3. Tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
4. On kan suis, masukkan setengah sudu teh serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’ (untuk mempercepatkan kacang empuk).
5. Bila telah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, masak hingga kacang empuk.
6. Bila kacang telah empuk, Offkan suis periuk, angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan.
Sedia untuk dinikmati! Selamat Mencuba.
Boleh juga rebus kacang kuda ni dalam Hanabishi Multi Cooker with Steamer – 1L HA1330 ini.
Baca Lagi Di Sini:
KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!
Mudah & Sedap, Kacang Goreng Pedas Buat Kudapan Sambil Tonton TV, Anak-Anak Pasti Suka
Cara Merebus Jimat Gas & Cepat Empuk, Guna Tips 5:30:7 Tak Perlu Guna Pressure Cooker!
Balik Kampung Atau Bercuti, PENTING Bawa Sekali Bakul Baju Boleh Lipat
Ini 6 Sebab Mak Ayah Perlu Bawa Anak-Anak Pergi Bercuti Sekurang-Kurangnya Setahun Sekali!
Mingguan Wanita: Bila nak rebus kacang kuda, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Masukkan serbuk bikarbonat of soda sikit, barulah ia cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya!
Sumber: Ani Zam
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Bayaran Balik PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Boleh Bayar Sekaligus!

Isi Kandungan
ToggleCara Mudah Buat Bayaran Balik PTPTN Guna Akaun 2 KWSP, Boleh Bayar Sekaligus! Apabila berhutang wajiblah dibayar semula. Bagi yang pernah membuat pinjaman pelajaran PTPTN ada cara mudah untuk langsaikan baki hutang dan buat bayaran balik PTPTN dengan menggunakan akaun 2 KWSP.
Memang lebih mudah, tiada had pengeluaran malah boleh bayar sekaligus. Bukan apa, bila dah selesai hutang hutang ni memang lega sangat. Tak perlu terikat dengan komitmen bayaran bulanan.
Ikut panduan cara buat bayaran balik PTPTN guna akaun KWSP yang dikongsikan oleh Amera ini.
CARA BUAT BAYARAN BALIK PTPTN GUNA KWSP
1) Log in i-Akaun KWSP
2) Click ‘PENGELUARAN’
3) Pegi dekat e-Pengeluaran & click ‘Permohonan Baru’
4) Pilih jenis pengeluaran ‘Pendidikan’ & isi maklumat pengajian korang
5) Click ‘Seterusnya’.
6)Isi details maklumat peribadi, perhubungan, pengeluaran & butiran bayaran balik
7)Click ‘Seterusnya’
8)Check maklumat permohonan tu & click ‘Permohonan TAC’
9)Masukkan no TAC yang dapat through SMS &click ‘Hantar’
10) If maklumat semua dah lengkap, click ‘Setuju’.
11) Then nanti akan dapat status permohonan through SMS or inbox dalam i-Akaun KWSP
12) Lepas dah dapat, pegi pejabat cawangan KWSP yang terdekat untuk thumbprint & bawak sekali document yang diperlukan.
13) Lepas PTPTN dah proses maklumat tu, transaction akan ambik masa dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja
Settle!
Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN guna KWSP:
– Boleh guna simpanan Akaun II KWSP
– Takda had pengeluaran, boleh bayar sekaligus
– Even sebelum ni dah bayar guna direct debit/potongan gaji, still boleh bayar guna KWSP.
Kelebihan bayar balik pinjaman PTPTN guna KWSP:
– boleh guna simpanan Akaun II KWSP
– takda had pengeluaran, boleh bayar sekaligus
– even sebelum ni dah bayar guna direct debit/potongan gaji, still boleh bayar guna KWSPCARA BUAT BAYARAN BALIK PTPTN GUNA KWSP ⬇️ pic.twitter.com/SSQmtODDFh
— Amera (@itsmemeera_) July 5, 2023
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Aplikasi myPTPTN, Dunia Pendigitalan Baharu PTPTN, Semuanya Dalam Satu Platform!
Baca Lagi Di Sini:Kak Ngah Patin Kongsi Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Guna Insentif Diskaun
Artikel Menarik:”Bukan Tak Nak Bayar PTPTN, Tapi Yang Dah Ada Komitmen Je Faham.”
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi yang nak cepat selesaikan baki hutang bayaran PTPTN tu. Lega bila dah ‘settle’ hutang tanpa ada komitmen bulanan ni.
Sumber: Twitter itsmemeera_
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana

Isi Kandungan
TogglePengalaman berdepan dengan banjir, siapkan barang keperluan penting ini sebagai persediaan bencana di masa depan. Mungkin tip yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada mereka yang kerap menghadapi banjir.
Bencana alam seperti ini sukar mak ayah jangkakan. Oleh itu buat persediaan agar suatu nanti jika terlibat dengan banjir, mak ayah lebih bersedia untuk menghadapi dan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu.
Ikuti pengalaman mangsa banjir, Baharin Abd Hamid ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Pengalaman Berdepan Dengan Banjir
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah selamat keluar (saya, Piena Baharin, anak dua orang dan ayah saya). Pengalaman yang sangat dahsyat kalau hendak dibandingkan dengan banjir yang berlaku pada tahun 1995.
Ya, Seksyen 25 (Shah Alam) bukan pertama kali hadapi banjir. Tahun ini saja sudah tiga kali termasuk kejadian kali ini. Tetapi kali ke-3 ini adalah yang paling buruk sebab ramai terkandas dekat rumah.
Asalnya ingatkan air sekadar naik sekitar buku lali atau paras lutut. Rupanya hingga ke paras siling. Syukur sebelum air naik, ayah dan anak lelaki dapat datang ke rumah untuk bermalam di sini. Mereka tumpang 4×4 jiran dan jalan ke rumah kami. Waktu itu hampir 7petang dan air mula melepasi pinggang.
Mana yang rumahnya satu tingkat, harap bertabah. Selamatkan benda penting seperti makanan ringan, kad pengenalan, kad bank dan pelitup muka. Saya sendiri terlupa nak selamatkan facemask semua sebab dah kelam kabut selamatkan barang-barang termasuklah keperluan makanan.
Siapkan Barang Keperluan
Kadang-kadang beli barang lebih untuk storage ada kelebihannya jika berlaku bencana seperti sekarang. Boleh share dengan jiran-jiran juga.
Kebetulan saya ada camping stove, jadi saya selamatkan beras, maggi, teh, telur dan beberapa barang basah serta peralatan memasak. Syukur sangat-sangat sebab ada camping stove ni. Boleh masak jika perlu.
Jadi saya sarankan anda beli satu camping stove untuk simpanan, gas dia pun tak mahal sangat. 1 tin harganya dalam RM4 hingga 5 saja. Just in case. Tak lupa juga torch light. Saya gunakan jenis yang basikal pakai, kecil, kalis air dan bateri tahan lama(USB charge). Dapatlah suluh apa yang patut ketika hari makin gelap.

Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Harta benda kami semua habis ditelan banjir, kereta, motor, barang-barang rumah. Allahuakbar! Sebak kami memikirkan bagaimana dengan hari-hari mendatang. Tak apalah, Allah lebih mengetahui. Yang penting kami harus terus bertahan sebelum bantuan tiba.
Malam pertama banjir, kami makan apa yang ada, ramai yang bertanyakan khabar tapi tak dapat nak reply sebab line tak berapa clear. Tambahan pula bateri tinggal sekitar 50 peratus, 30 peratus. Power bank pun tak berapa ada bateri. Mujur ada laptop, jadi bolehlah cas sikit.
Waktu kecemasan macam ini saya gunakan mode ultra battery saver. Jika bateri tinggal 30% boleh tahan hingga 29 jam. Mode ni akan aktifkan aplikasi yang penting je seperti Whatsapp, Call dan Messenger. Fungsi-fungsi lain dia akan hentikan termasuklah ringtone dan wallpaper. Sesuai untuk waktu kecemasan seperti sekarang.
Artikel Berkaitan:
“Bersihkan, Jemur Bawah Terik Matahari.” Cuba Tip Ini Selamatkan Barang Elektrik Terendam Banjir
Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir
Menunggu Bot Bantuan
Waktu ni, tiada bot yang lalu. Mungkin mereka baru dalam perjalanan, jalan pula banyak tutup akibat banjir. Jadi bantuan sampai lambat. Tambahan pula banyak tempat-tempat lain di Klang, Shah Alam yang perlukan bantuan juga. Sekitar pagi jam 7pagi pada 19 haribulan barulah ada kelibat 3, 4 bot lalu lalang. Ada yang jerit meminta tolong termasuk uncle sebelah yang ada baby. Uncle tu pun tak berapa sihat sebab dialisis.
Bot yang lalu semua saiz kecil (mungkin persendirian) jadi tak boleh tolong dan risikokan diri. Mereka suruh bertahan dan akan sampaikan mesej pada bot-bot yang lebih besar.
.
Jam 10 pagi, banjir masih tinggi. Bot-bot besar sudah mula masuk. Jiran-jiran juga sudah berjaya dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Matahari pun dah mula keluar. Bot-bot bawa bantuan makanan pun sudah masuk, mereka bawa roti.
Helikopter juga kelihatan berlegar-legar memantau situasi. Air paip di rumah masih ada. Toilet tingkat atas masih boleh diguna. Ketika ni adik saya Aminah Asykin Abd Hamid dan keluarga on the way pulang dari Melaka bersama ibu saya. Jadi kami rancang untuk keluar dan tumpang rumah mereka. Bertemu di atas highway kesas.
DiSelamatkan
Kami diselamatkan sekitar jam 5 petang oleh kawan wife. Terima kasih sangat-sangat buat Abang Sab dan kawan dia. Dayung jauh-jauh hingga ke rumah kami. Bawa 2 bot pelampung. Jadi kami semua dapat keluar dalam 1 trip. Kami di bawa ke darat. Ramai orang di situ memberi bantuan kepada mangsa, tarik bot ke darat, tolong angkat beg, tolong warga emas dan memberi makanan.
Selamat mendarat, kami di bawa ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Dewan SJK berhampiran. Tapi kami memohon untuk dihantar seberapa hampir dengan highway kesas. Dan kami diturunkan berhampiran lot kedai persiaran kemuning prima. Sesampainya di situ, adik kata tak dapat nak masuk sebab jalan banjir.
Laluan yang boleh diakses adalah highway LKSA. Bermakna kami terpaksa patah balik. Jam sudah menunjukkan waktu 6 petang. Hari mula gelap. Si kecil sudah mula sedih sebab takut tak ada tempat nak bermalam. Oh anak… lemah jiwa baba melihat kamu begitu. Insyallah, baba akan usaha sehabis baik untuk kamu.

Berpatah Balik
Perancangan baru. Kami harus berpatah balik ke PPS. Kerana ianya berhampiran dengan LKSA. Dengan harapan banjir sekitar persimpangan menuju ke LKSA surut agar kami boleh melintas ke situ. Kalau tak, kami akan minta bantuan bot. Patah balik kami jalan sedikit mencari area yang lebih luas untuk tahan kereta meminta tumpang. Ini kerana jalan sesak dengan kenderaan bantuan dan macam-macam.
Alhamdulillah ada satu hilux hantar bantuan menumpangkan kami. Terima kasih pada adik-adik India yang sudi bantu. Sesampai di PPS, keadaannya gelap kerana elektrik telah ditutup sejak senja hari Sabtu. Kelihatan banyak bantuan makanan dan minuman yang sampai.
Kami meneruskan perjalanan untuk melihat keadaan jalan. Syukur Ya Allah, walaupun masih banjir tapj kami boleh mengharunginya dengan berjalan. Air sekitar buku lali dan lutut. Kami berjalan dalam 70 meter hingga ke susur keluar LKSA ke Seksyen 25.
Hampir Menitis Air Mata
Along! along! Satu suara memekik memanggil saya. Allahuakbar, rupanya adik ipar Adib Razali sudah tunggu di situ. Dengan payung dan juga power bank. Ya Allah rasa nak menitis air mata. Kasihan dekat mereka yang pulang dari melaka dan berjam-jam menunggu kami untuk keluar. Masing-masing menunjukkan rasa lega, ada senyuman terukir di wajah si kecil. Alhamdulillah…
Sesampai di kereta, kami disambut oleh ahli keluarga yang lain. Air mata menyambut kami, memikirkan nasib kami dan bersyukur diselamatkan. Rumah ibu juga ditenggelami air. Kebetulan ibu keluar bersama adik ke Melaka. Tinggal ayah dan anak lelaki saya di rumah ibu. Adik lelaki yang satu lagi dalam perjalanan ketika ini.
Adik ipar akan hantar wife, ibu, adik and anak kecil ke kereta adik lelaki dulu. Bertemu di stesen minyak kesas. Kemudian patah balik untuk yang lain. Ketika tunggu giliran, saya nampak banyak bomba dan bot-bot lain sudah sampai.
Bomba datang dari Kuala Kubu Baru dan Johor. Saya share info-info yang mana ada dengan mereka. Harapan agar yang lain juga dapat diselamatkan. Saya dengar ada juga yang jadi korban banjir, innalillah… Moga dipermudahkan urusan SAR.
Akhirnya, kami semua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah segala pujian buat ALLAH. Kami menumpang dirumah adik dulu sementara tunggu air surut.
Terima Kasih Atas Bantuan
Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang hulurkan bantuan doa, bertanya khabar, contact-contact untuk rescue, yang hantar makanan, bantuan bot Abang Sab, yang nak tumpangkan rumah, team-team NGO, ATM, BOMBA dan semua yang terlibat, Terima kasih tak terhingga dari kami. Semoga Allah balas semua jasa anda dengan kebaikkan dan rahmat dari-NYA. Semoga Allah limpah kurniakan anda semua dengan rezeki dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Amin Rabbal alamin….
Buat mangsa-mangsa yang seangkatan, semoga diberi kekuatan mengharungi musibah ini. Allah uji sebab Allah sayang, dan juga memberi sedikit peringatan buat kita.
Jangan pernah berhenti berharap dan doa pada-Nya. Insyallah kita mampu harunginya. Akhir kata dari saya, jaga diri, perhatikan sekeliling yang perlukan bantuan dan maklumkan pada petugas-petugas lain. Kita jaga kita.
Sekian. Terima kasih.
#banjirshahalam #banjirselangor #alhamdulillahsyukur
Mingguan Wanita : Pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat mereka yang berdepan dengan musibah ini. Semoga semua mangsa banjir yang terjejas dipermudahkan urusan dan tabah dengan ujian ini.
Sumber : Baharin Abd Hamid
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Pesan Cara Berjimat Guna Minyak Masak Tapi Jangan Campur Dengan Minyak Lama

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali menggoreng atau masak kari, tentulah mak-mak akan guna minyak masak. Inilah barangan dapur yang wajib mak-mak guna setiap kali memasak.
Namun, dikatakan tak lama lagi, harga minyak masak akan naik harga. Ini belum lagi barangan dapur lain. Jadi, dah tentu ada yang berkira-kira untuk membelinya.
Tak mustahil ada yang beralih arah dengan menggunakan ‘air fryer’ sebab ia tidak guna minyak masak. Walau bagaimanapun, tak semua rumah memiliki produk ini. Akhir sekali, mak-mak kena juga beli minyak masak.
Jadi, bagaimana nak pastikan langkah penjimatan dalam guna minyak masak ini. Ikuti penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali
Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit
Info Lebih Menarik DI SINI
Guna Minyak Masak Cara Jimat
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
Boleh cari air fryer, AF Khind ini. Kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
Jangan Campur Minyak Baru Kepada Minyak Lama
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
Warna bertukar perang pekat.
Minyak menjadi lebih likat.
Minyak berbau tengik.
Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Harga minyak pun boleh tahan juga, itu yang kena berjimat cermat. Tapi jangan sampai berulang kali guna minyak yang dah dipakai. Mak-mak kena perhatikan sebab boleh bahayakan kesihatan pula.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI