Hari ini sudah masuk hari ke-10 Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, hilang ketika sertai larian di kawasan Gua Tempurung. Tangisan rindu seorang ibu menggamit sayu siapa saja yang mendengar.
Siang dan malam ibu, berdoa agar Acap segera pulang.
Biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihentikan, masih ramai sukarelawan yang sedia meneruskan misi mencari pemuda 29 tahun yang masih misteri kehilangannya.
Tok Anjang dan pasukannya antara yang mencari Acap dengan cara berbeza. Ini yang dikongsikan beliau di laman facebooknya. Pintanya, rakyat Malaysia jangan berhenti berdoa untuk Acap agar dapat ditemui kembali.
Tadi malam dapat video di mana ibu Acap dan ahli keluarganya merayu di dalam gelap memanggil-manggil Acap untuk pulang.
Sebak.. Iya lah. Kita pun ada anak. Rindu sangat tu.. sabar je ibu.
Melalui petunjuk baru yang diperoleh, Tok Anjang akan beri tumpuan pencarian di kawasan Gia Kandu pula.
Pusat operasi ditutup dan unit SAR bertukar ke Tapak Khemah Gua Tempurung.
Semalam siang, naik Batu Putih dengan abang dan sahabat sahabat sekampung ACAP dari Muar, Johor. Dan setelah hari ke empat mendaki setiap hari badan mula terasa penat.
Balik Ipoh, mandi, solat Isya terus tidur tak sedar diri. Dibangunkan isteri jam 10 malam, katanya ada Ustaz Tahfiz kawan lama kami nak naik dan usahakan sesuatu.
Maka bersiap siap terus ke Gopeng. Dapat rehat sikit tadi cukup le untuk dapat tenaga.
Malam tadi jam 12 kami mula mendaki. Team Li Grik, Reyno, guide belia Kg Pintu Padang 4 orang dan Ustaz 3 orang. Harapan setinggi gunung.
Selesai Surah Al Baqarah dan ayat Rukyah lain di suatu lokasi batu besar kami terus ke puncak. Meninjau dan kembali di kaki bukit jam 3 pagi.
Moga apa saja usaha yang menepati syarak dilakukan. Matlamat cuma satu, agar Mohd Ashraf Hassan kembali pulang ke pangkuan keluarga yang menanti di bawah.
Tadi naik lagi. Masa pulang singgah belakang Gua Kandu. Tak boleh nak sembang panjang. Penat sangat.
Pagi ini naik Bukit Batu Putih lagi. Ada misi belum selesai. Gabungan Badan beruniform turun SAR seramai 62 orang cover bahagian bawah bukit. HEBAT mereka ni. Tak henti henti operasi.
Kali ini Tok naik bersama abang kandung Acap dan teman teman sekampungnya dari Johor. Sepanjang perjalanan Tok tak cakap banyak kerana sepanjang perjalanan ke puncak Abang ACAP memanggil manggil nama ACAP dan ajak pulang, S E D I H…. sangat.
Jom Malaysia jangan berhenti berdoa.
Sambungan perkongsian usaha berterusan SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng.
Hari ini Tok Anjang ke Kg Pintu Padang lewat sampai jam 3.30. Siap menunggu Li grik, Iqbal MAYC dan grup RGS.
Sesampai je Tok Mie dan Hj Wok dari kuala Kangsar kami terus mendaftar nama dan naik ke puncak Bukit Batu Putih. Hampir sampai ke puncak kami disambut dengan hujan renyai renyai.
Kami sempat berjamaah Asar. Selesai Tok Mie membaca doa panjang mohon dipertemukan dengan ACAP, kami terus memulai slot mengesan lokasi ACAP yang dikatakan disorok oleh makhluk halus.
Dalam suasana sunyi diringi hujan renyai renyai kami berzikir diketuai oleh Hj Wok, perkara aneh berlaku.
Majoriti daripada 16 orang yang berada di situ mendengar bunyi motor di puncak bukit. Juga mendengar bunyi orang bercakap cakap dengan perlahan.
Seterusnya perlahan lahan sedang semua berzikir itu muncul gambaran lokasi lokasi di minda-minda 16 orang yang berada di situ.
Setelah diminta buka mata kami berkongsi visual yang kami lihat. Majoriti diberi gambaran batu-batu besar. Tok Nampak ketulan batu besar putih. Hairan juga. Macam diatur-atur.
Namun yang lebih mengejutkan ada seorang yang selalunya jadi orang yang pertama menolak benda-benda dan amalan pelik mendapat gambaran yang lain dari semua orang.
Beliau didatangi seorang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat berdiri tegak di belakang isteri Tok. Berdiri diam beberapa lama melihat tanpa bergerak kumpulan zikir kami.
Sahabat kita cuba berkomunikasi dalam minda dengan orang tua bertongkat bertanyakan ACAP tapi orang tua itu diam lama. Pada akhirnya menyebut Kandu dan hilang.
Jam menunjukkan jam 6.10 petang dan kami kemudian mulai turun.
Di bawah kami menemukan batu-batu yang digambarkan tadi. Dalam kehairanan kami mula mencari di kawasan tersebut sambil memanggil nama ACAP. Namun tiada tanda apa apa. Kami terus turun perlahan-lahan dalam hujan renyai dengan harapan tinggi menemui ACAP.
Sehingga ke base camp dalam keadaan penat namun tidak kecewa sebab harapan masih ada selagi ada insan yang tidak putus putus datang untuk membantu mencari.
Dalam perjalanan turun kami menemui 2 grup India yang begitu tegar dan prihatin untuk menjejak ACAP. Terima kasih Malaysia.
Di Homestay Mak Anjang ramai dari PAS Gopeng hadir untuk solat Maghrib dan baca yassin diadakan.
ACAP….. Tunggu dan kuatkan semangat, besok akan ada grup yang akan bawa kamu keluar. INSYAALLAH.
MW : Mendoakan semoga Acap dapat ditemui semula dalam keadaan selamat. Semoga ibu dan ahli keluarga Acap terus kuat dan tabah. Serta Allah mudahkan ujian berat yang ibu Acap tanggung ini.
Sumber/Foto : Tok Anjang
Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.