Bulan kemerdekaan ini ramai bakal pengantin nak naik pelamin kan. Yang ratu sehari tu dah ready dengan rawatan wajah penaik seri belum? Apa kata cuba masker alami dengan 4 bahan mudah ini.
Usahakan dari sekarang, supaya bila tiba hari kejadian wajah ratu berdarah manis ni berseri-seri paras rupanya. Biar dipandang cantik oleh tetamu-tetamu yang memeriahkan majlis pernikahan mahupun persandingan.
Ini tip yang diperoleh dari BellaCare Beauty cara nak naikkan seri wajah bakal pengantin dengan masker alami.
“Ini ira amalkan untuk dapatkan wajah yang bersinar. Jadi adik ira bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Ira preparekan resipi ni untuk si dia bakal pengantin si darah manis. Boleh amalkan in sha allah cantik di hari perkahwinan anda nanti. Yang dah kahwin tu.. boleh amalkan juga biar cik somi puji kita berseri sentiasa”
Daun pudina
Yogurt asli
1. Okay lurutkan daun pudina, jangan ambil batangnya. Kalau boleh ambil banyak lagi ikut kelebaran bentuk muka masing-masing (bakal pengantin)
2. Tumbuk daun pudina sehingga keluar airnya dan hancur (sedang-sedang).
3. Kemudian campurkan bahan campuran kopi tadi ke dalam lesung batu dan digaulkan sebati sehingga naik bau.
4. Lepas kopi dan pudina hancur bersama (sebati) masukkan clay mask sebanyak 3 sudu kecil atau 5 sudu kecil kemudian gaul sebati.
5. Letak sedikit yogurt, gaul sebati, dan siap!
Amalkan 3 kali seminggu.
Basuh muka dan pastikan kulit bersih dulu tau baru tepek masker ni.
Jangan pakai lebih 30 minit. Lepas tempoh itu segeralah cuci muka ya.
Sumber/foto: BellaCare Beauty via Mingguan Wanita