Kecantikan

Masker Manjakani Homemade Cuma Guna 3 Bahan, Ini Terapi Paling Mujarab Rawat Wajah Berjerawat

Share

Biji manjakani kaya dengan 1001 khasiat. Salah satunya dijadikan masker manjakani homemade. Gabungkan 3 adunan bahan semulajadi inilah cara paling mujarab merawat kulit bermasalah. Haa.. Wanita cantik berkulit mulus bertudung hijau ini juga pernah alami kulit tak cantik. Rupanya ada rahsia di sebalik sebiji buah manjakani ini.

Perkongsian membuat masker manjakani daripada Puan Sahira Lim, pengasas Bellacare Beauty ini tak rumit pun dihasilkan. Sambil ketuk-ketuk lesung di rumah sendiri, dah boleh siap tepek-tepek ke wajah. Masa nak buat pun tak lama mana.

Rawat Kulit Bermasalah Dengan Masker Manjakani Homemade

Ramai yang tanya, apa terapi wajah terbaik untuk merawat kulit kusam, kulit berjerawat, kulit tona tidak sekata, kulit bernanah, blackhead, whitehead dan kesan parut jerawat.”

Bila dah ramai yang tanya, inilah yang wanita cantik ini kongsikan. Dengan menggunakan kaedah paling mudah untuk mendapatkan kulit muka yang gebu seperti kulit bayi.

Cara Amalan : Gunakan 3 kali seminggu bagi kulit normal. Anda yang ada masalah kulit muka yang kronik disarankan memakainya setiap hari.

Gambar sebelum dan selepas mengamalkan masker manjakani homemade.

Bahan-bahan

Biji manjakani
Minyak zaitun ( Ira guna minyak zaitun soft gel saja)
Sedikit air

Mula-mula tumbuk biji manjakani. Ira guna gred AA. Tapi apa saja jenis gred pun tak menjadi satu masalah sebenarnya.

 

Kemudian, masukkan dalam mesin pengisar kering dan kisah sehingga halus.

 

Ni hasil selepas dikisar dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk yang lebih halus.

 

Campurkan dengan minyak zaitun. Tambahkan sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi pes macam ini.

 

Okay sapukan di wajah anda dan tunggu sehingga 5-15 minit atau sehingga kering. Bilas wajah dengan air suam dan gosok-gosok untuk dijadikan scrub muka.

Khasiat Masker Ajaib Ini Yang Perlu Anda Tahu

Biji Manjakani : Ia berupaya mengecilkan jerawat dan pori-pori di wajah.

Minyak Zaitun : Sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat dan memberi kelembapan pada kulit wajah.

Masker Manjakani Homemade ini sememangnya sangat membantu bagi membuang sel kulit mati. Dan anda jangan bimbang kalau muka tu jadi kuning. Warna kuning tu sebenarnya disebabkan air dari masker tadi. Jangan tak tau, itulah khasiat sebenar masker ajaib ini.

4 Resipi Masker Dari Bahan Dapur

Resipi Alami Masker Detoks Timun

Cara Buat Masker Beras

Masker Penaik Seri Pengantin

Cuba Buat Masker Bibir Cantik Dan Mungil

Sumber/Foto: Facebook Sahira Lim

Published by
Netty Ah Hiyer