Masitah minta maaf, isu minta malaikat doa untuk kita sebab banyak dosa. Semangat wanita ini sangat dikagumi. Sempurna dan berjaya dalam perniagaan namun diuji kemalangan hingga mengakibatkan matanya buta sepenuhnya.
Seorang pekerjanya meninggal dalam kemalangan yang sama apabila kenderaan mewah dinaikinya melanggar belakang sebuah trelar pada 21 Mac lalu dan di bahagian kepalanya terpasang 9 plate besi.
Tapi apa yang membuat ramai kagum, dirinya tak pernah mengeluh dan kata-katanya sangat positif hingga ramai kagum dengan semangatnya. Bahkan kerana ketulusan hatinya, ada yang hubungi ingin menghadiahkannya sepasang mata kerana penderma ini berikrar menjadi penderma organ namun dirinya menolak dengan alasan baik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Walaupun Cuma Mahukan Garam, Mintalah Terus Pada Allah
“Banyak Benda Kena Belajar Lagi. Jangan Selalu Minta Simpati Nanti Orang Benci” Netizen
Pembunuhan Bersiri, Wanita Racun Kawan-Kawan Sendiri Apabila Diminta Hutang!
Kata Masyitah matanya berada dalam keadaan baik namun saraf yang tersepit dan terhimpit antara penyebab dirinya tak boleh melihat langsung.
Di sebalik ramai mengagumi ketabahan dan semangatnya, sejak semalam nama Masitah MOhd Afandy sedikit terpalit berikutan kata-katanya yang dilihat “salah” pada sesetengah pandangan hingga isu akidah ditimbulkan.
Dalam satu video hingga ia menjadi perdebatan, Masitah dilihat berkata, memandangkan kita insan yang banyak dosa, katalah kepada malaikat untuk doakan kita.
“Malaikat-malaikat, bagi tahu dengan malaikat yang jaga Puan Hidayah ini suruh sampaikan dekat Allah rumah ini dia nak. Bila kita doakan orang, doa itu lebih cepat makbul daripada kita doa untuk diri kita sendiri. Nak kita doakan bagi tapi kita bagi tahulah dengan malaikat.
“Sama je macam kita nak bangun tahajudkan, cakap dengan malaikat suruh kejutkan. Takkan nak minta kejutkan saja, minta lain lain juga,”kata Masitah.
@babyefin80 doakan org automatic doa kita Allah makbulkan..#TikTokMalaysia #tiktokviral #fyp #fypシ ♬ original sound – Efin Fawzy
Di sebalik kenyataan ini, hal ini telah menarik perhatian ramai orang hingga ada menyebut isu akidah seperti dikongsikan oleh seorang pengguna fb,Ummu Naielah.
“Maaf, kalau ayat-ayat macam ini bukan tawassul lagi dah, ini dah jatuh syirik sebab terang-terang dia minta pada malaikat bukan Allah. Maaf sangat-sangat terpaksa up isu ini sebab ia bukan isu kecik tapi isu akidah.
Bahkan ada yang menyebut kita seharusnya meminta terus pada Allah walau kita seorang pendosa.
Hal ini menarik perhatian Masyitah sendiri dan meminta maaf di atas ketelanjuran kata-katanya dalam livenya malam tadi selepas isu ini menjadi perhatian.
NAMUN BENARKAH KENYATAAN MASITAH SALAH? Tak boleh ke kita jadikan Malaikat sebagai pengantara?
Hal ini turut dibahaskan oleh seorang pensyarah kanan UiTM, Dr Asyran yang memiliki PhD Usuludin UKM.
BENARKAH MINTA TOLONG DENGAN MALAIKAT JADI SYIRIK TERUS???
Nabiy sendiri yang ajar minta tolong dengan Malaikat. Takkanlah syirik?
Aku tinggal anak kat asrama, pesan kat pengurusan sekolah, jaga anak saya. Takkan syirik? Malaikat dengan warden mana afdhal?
Ni orang kata mengaji dengan literalis tak habis. Akhirnya memperbodohkan akal.
Satu lagi, ni bukan Tawassul. Ini Bab Isti’anah dan Istighatsah. Contoh Istighastah:
“Kerajaan tolonglahhhhhh turunkan taarif elektrik dan harga petrol, kami rakyat ni sengsara!”
Takkan syirik woi Wasabi!
Kenapa minta Kerajaan, kenapa tak minta Allah??
Tu kena faham masalah kalam zahir atas jalan sebab dan kalam atas jalan hakikat!
Mengajilah!
Bukan tunjuk pandai nak famous.
Ni hadith Nabiy ajar minta tolong malaikat kalau sesat di jalanan:
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إن لله عز و جل ملائكة سوى الحفظة يكتبون ما سقط من ورق الشجر فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله يرحمكم الله تعالى )
Mafhumnya: Daripada Ibn Abbas (Semoga Allah meredhai keduanya) bahawasanya Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat selain malaikat hafazah, malaikat itu menulis setiap helaian daun yang gugur daripada pohon-pohon, apabila salah seorang kalian mengalami kesukaran (mencari jalan pulang kerana sesat) di hamparan padang pasir yang terbentang maka hendaklah dia menyebut ‘Wahai Hamba Allah (yakni malaikat tersebut) Tolonglah!’ Maka Allah akan merahmati kamu (dengan bantuan malaikat itu)”
Dr. Asyran
PhD Usuluddin UKM
Pensyarah Kanan UiTM
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
@mingguanwanita Ini barulah wanita hebat. Disakiti hanya hatinya tapi Watie terus pantas ke depan dan mulai tindakan. Dalam bekas suami menepis kecaman, dirinya terus bertindak pantas. Hebat sangatkan.. #mingguanwanita #fyp #ddnk #tuntutanhadhanah ♬ Background Music(815729) – Pavel