‘Masih Terlalu Baru Untuk Terus Dipuji’, Wanita Ini Kongsi 10 Ingatan Manis Agar Rakyat Tetap Berpijak Di Bumi Nyata

Share

Sekalung tahniah buat rakyat Malaysia yang baru saja menyaksikan majlis pengisytiharan Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung di Istana Negara. Buat kali kedua, Tun Dr Mahathir memerintah Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH). Sekitar 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, beliau pernah mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri Ke-4.

Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Disaksikan pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang.

Sesungguhnya tika ini rakyat mengharapkan yang terbaik dari pemimpin paling tua dalam sejarah kepimpinan dunia ini. Begitupun, sebagai sebuah negara yang mempraktikkan sistem demokrasi, ternyata suara rakyat itulah kekuatan sebenar sesebuah negara.

Ini 10 Ingatan Manis Agar Rakyat Terus Belajar

Sebagai rakyat Malaysia yang sarat pengharapan, wanita ini, Puan Marlia Ramli berkongsi rasa hatinya. Katanya dalam facebook miliknya, “Anda meminta akak menulis. Dan inila adalah pemerhatian akak yang tidak pandai mana. Akak melihat dari mata sebagai rakyat marhaen jelata saja.”

Dan sebenarnya, inilah juga suara hati ramai rakyat Malaysia ketika ini.

1 – Jika kita jadi ketua, jangan ada bayangan isteri. Nanti hilang rasa “gentleman” katanya. Kita mahu lihat ketua yang berdiri di depan dan isteri di belakang.

2 – Bila kita isteri seorang ketua, tengah “datang bulan” pun senyuman perlu manis di muka. Jam tangan, handbag mahal dan cincin permata jangan terlalu ditayang sentiasa. Jika kita terlihat seolah-olah mewah berbelanja, suami kita akan dapat bahana. #apeni

3 – Bila kita membatalkan sebuah kumpulan, itu bukan pengakhiran. Terkadang penyingkiran memungkinkan musuh membina lebih kekuatan. Maka, jangan ingat musuh kecil tidak merbahaya. Bila bergabung mereka bisa membina rencana yang memberi bahaya.

4 – Usah cabar rakyat. Rakyat tak mahu dengar project ber billion juta jika beras dan gula semakin mahal harga.

Kita benci terpaksa semak harga Ron 95 setiap hari Rabu. Ianya ibarat tambahan derita. Serasa bagai sekam yang membungkam di dalam dada.

5 – Jangan mainkan sentimen Cina akan buli lain bangsa. Kita di zaman 2018, rakyat tak mudah diperbodohkan dengan sentimen perkauman semata-mata. Kita satu Malaysia, Melayu Cina India adalah keluarga. Berjaga-jaga tak apa, tapi jangan hingga berburuk sangka pula.

6 – Usah perlekehkan golongan tua. Kudratnya mungkin tak segagah anak muda tapi pengalamannya bernilai berlian permata. Pengalaman 22 tahun berbanding 9 tahun adalah amat ketara berbeza. Terbukti otai jauh berbisa.

7 – Yang menang jangan terlalu alpa. Mood pengundi dan anak muda sukar dijangka. Berhentilah memburukkan sesiapa. Banyakkan bekerja, rakyat pasti suka. Masa tak lama. Hanya ada lima tahun buktikan segera!

8 – Bukan semua rakyat kelabu mata gilakan wang. Cash bukan selamanya raja jika rakyat kerap disogok dengan ayat yang membawa luka. Jangan cadangkan sesiapa makan kangkung atau jika tak suka minta rakyat pindah keluar dari negara tercinta.

9 – Yang menang anda sedang diperhati. MASIH TERLALU BARU UNTUK TERUS DIPUJI. Rakyat menanti janji yang diberi. Berhenti teruja mula bekerja. Kita ke arah lanscape siapa bertahkta perlu pantas membuktikan kata-kata. Lima tahun, buktikan kata-kata atau nasib anda di tangan anak muda.

10 – Banyak lagi yang akak perhati. Nak tulis di sini terlalu panjang. Anda tambahkan sendiri di ruangan komen. Tulis yang baik-baik agar kita sama-sama belajar. Ikutlah ajaran Rasulallah s.a.w (selawat). Jika mahu beri pendapat biar baik-baik ayatnya. Jika tidak mampu berkata baik, diam adalah lebih baik.

Salam sayang dari rakyat biasa-biasa, Marlia Ramli

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Published by
Netty Ah Hiyer