Sekalung tahniah buat rakyat Malaysia yang baru saja menyaksikan majlis pengisytiharan Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung di Istana Negara. Buat kali kedua, Tun Dr Mahathir memerintah Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH). Sekitar 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, beliau pernah mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri Ke-4.
Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Disaksikan pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang.
Sesungguhnya tika ini rakyat mengharapkan yang terbaik dari pemimpin paling tua dalam sejarah kepimpinan dunia ini. Begitupun, sebagai sebuah negara yang mempraktikkan sistem demokrasi, ternyata suara rakyat itulah kekuatan sebenar sesebuah negara.
Ini 10 Ingatan Manis Agar Rakyat Terus Belajar
Sebagai rakyat Malaysia yang sarat pengharapan, wanita ini, Puan Marlia Ramli berkongsi rasa hatinya. Katanya dalam facebook miliknya, “Anda meminta akak menulis. Dan inila adalah pemerhatian akak yang tidak pandai mana. Akak melihat dari mata sebagai rakyat marhaen jelata saja.”
Dan sebenarnya, inilah juga suara hati ramai rakyat Malaysia ketika ini.
1 – Jika kita jadi ketua, jangan ada bayangan isteri. Nanti hilang rasa “gentleman” katanya. Kita mahu lihat ketua yang berdiri di depan dan isteri di belakang.
Ads
2 – Bila kita isteri seorang ketua, tengah “datang bulan” pun senyuman perlu manis di muka. Jam tangan, handbag mahal dan cincin permata jangan terlalu ditayang sentiasa. Jika kita terlihat seolah-olah mewah berbelanja, suami kita akan dapat bahana. #apeni
3 – Bila kita membatalkan sebuah kumpulan, itu bukan pengakhiran. Terkadang penyingkiran memungkinkan musuh membina lebih kekuatan. Maka, jangan ingat musuh kecil tidak merbahaya. Bila bergabung mereka bisa membina rencana yang memberi bahaya.
4 – Usah cabar rakyat. Rakyat tak mahu dengar project ber billion juta jika beras dan gula semakin mahal harga. Kita benci terpaksa semak harga Ron 95 setiap hari Rabu. Ianya ibarat tambahan derita. Serasa bagai sekam yang membungkam di dalam dada.
Ads
5 – Jangan mainkan sentimen Cina akan buli lain bangsa. Kita di zaman 2018, rakyat tak mudah diperbodohkan dengan sentimen perkauman semata-mata. Kita satu Malaysia, Melayu Cina India adalah keluarga. Berjaga-jaga tak apa, tapi jangan hingga berburuk sangka pula.
6 – Usah perlekehkan golongan tua. Kudratnya mungkin tak segagah anak muda tapi pengalamannya bernilai berlian permata. Pengalaman 22 tahun berbanding 9 tahun adalah amat ketara berbeza. Terbukti otai jauh berbisa.
7 – Yang menang jangan terlalu alpa. Mood pengundi dan anak muda sukar dijangka. Berhentilah memburukkan sesiapa. Banyakkan bekerja, rakyat pasti suka. Masa tak lama. Hanya ada lima tahun buktikan segera!
Ads
8 – Bukan semua rakyat kelabu mata gilakan wang. Cash bukan selamanya raja jika rakyat kerap disogok dengan ayat yang membawa luka. Jangan cadangkan sesiapa makan kangkung atau jika tak suka minta rakyat pindah keluar dari negara tercinta.
9 – Yang menang anda sedang diperhati. MASIH TERLALU BARU UNTUK TERUS DIPUJI. Rakyat menanti janji yang diberi. Berhenti teruja mula bekerja. Kita ke arah lanscape siapa bertahkta perlu pantas membuktikan kata-kata. Lima tahun, buktikan kata-kata atau nasib anda di tangan anak muda.
10 – Banyak lagi yang akak perhati. Nak tulis di sini terlalu panjang. Anda tambahkan sendiri di ruangan komen. Tulis yang baik-baik agar kita sama-sama belajar. Ikutlah ajaran Rasulallah s.a.w (selawat). Jika mahu beri pendapat biar baik-baik ayatnya. Jika tidak mampu berkata baik, diam adalah lebih baik.
Salam sayang dari rakyat biasa-biasa, Marlia Ramli
Baby Ayash Affan sudah keluar incubator, berat juga makin naik dan sudah mulai minum susu ibu susuan.
Syukur alhamdulillah bayi menunjukkan perkembangan positif. Anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator.
“Baby” Ayash Affan Sudah Keluar Inkubator
Jelas Shuib, selepas dikeluarkan dari incubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.
Berat Naik & Sudah Mulai Minum Susu Ibu
Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
.
Mingguan Wanita : Semoga baby Ayash kuat menempuh hari mendatang dan membesar dengan sihat. Insyallah.
Sabtu lalu, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkongsi momen majlis resepsi difahamkan diadakan di rumah mentuanya dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Sekitar 17 Julai lalu, difahamkan pelakon Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Eilyas Azhar atau Yas di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri kedua belah pihak.
Zarina kelihatan manis bertudung memakai gaun jambu rekaan Hansmin Official. Solekan cantik hari itu hasil kreativiti Aizat Abdul Razak.
Cuma 34 Jam Hasilkan Gaun Pengantin Merah Jambu
Gaun pengantin merah jambu anggun yang dihasilkan dalam tempoh 34 jam saja itu, dipakai sedondon dengan suaminya yang segak berbaju Melayu moden dan bertanjak.
Ramai follower instagram yang memuji keserian wajah pengantin di hari persandingannya. Malah, rata-rata mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya itu.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Terdahulu Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerao pada Disember 2016. Perkahwinan sebelumnya, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Ellie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.
Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah
Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.
Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.
“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.
“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.
“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”
Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.
“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.
“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.
Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...