Masih suami isteri, tak ada masalah jumpa anak-anak. Itulah antara luahan Farid Kamil ketika mengulas tentang proses pengesahan rujuk yang berlangsung pagi tadi.
Untuk pengetahuan sebelum ini Farid melafazkan rujuk kepada Diana pada 31 Ogos 2023, namun hanya disahkan di mahkamah pada hari in sekaligus, status mereka masih lagi suami isteri.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan hari ini juga menetapkan tarikh 2 Disember untuk pihak Diana menyediakan dokumen-dokumen berkaitan pengesahan rujuk sebelum meneruskan dengan prosedur perceraian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Farid menjelaskan dirinya tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan dua orang anaknya.
“Alhamdulillah. Tak ada masalah (untuk berjumpa anak). Dapat berjumpa seperti biasa. Kali terakhir berjumpa, hari ini. Alhamdulillah, emosi mereka okay,” terang Farid.
Malah Farid juga memohon doa agar segalanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah. Doakan, ya,” ujar Farid Kamil apabila diminta mengulas mengenai proses pengesahan rujuk yang berlangsung pagi ini.
Manakala Diana juga menerangkan senyuman yang diberikan bukanlah bermakna ini hari bahagia buat sesiapa.
“Terima kasih, jom kita balik. Ada mesyuarat. Rakan-rakan media, semua macam kawan-kawan. Jadi, kita senyumlah. Ini bukan detik bahagia untuk sesiapa. Adalah urusan-urusan kerja,” ungkapnya ringkas.
Baca Disini : Wajah Tetap Berseri Walau Berpuasa, Begini Rutin Jaga Kulit Diana Danielle
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.