Masih PANAS, Harry Zulkifli Sempat DM Sebelum Akaun Faiz Roslan Ditutup!

Share

Sejak semalam laman media sosial panas dengan video instafamous Malaysia, Faiz Roslan yang membuat pengakuan secara terbuka tidak berpuasa dan solat. Bukan hanya netizen cuba menegur Faiz Roslan, malah Harry Zulkifli lelaki lembut yang pernah tular sebagai mak *** dulu pun turut menasihatinya.

Niatnya bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi apabila isu ini melibatkan agama, dia bercadang nak bawa Faiz Roslan berjumpa dengan Ustaz EBit Lew. Ini surat terbuka buat Faiz Roslan daripada Harry.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Seperti yang saya katakan semalam, hasil dari perbincangan saya dengan Ustaz Ebit Lew, kami sepakat bercadang untuk bertemu dan berjumpa secepat mungkin dengan saudara Thefaizroslan susulan isu memperendahkan agama islam dengan video live yang dimuat naik beberapa hari yang lalu. Memandangkan isu ini melibatkan semua pihak, dan atas permintaan ramai, majoriti memohon bantuan ustaz Ebit Lew untuk tampil menasihati saudara Faiz Roslan. Semalam saya cuba menghubungi Ustaz Ebit Lew dan Alhamdulillah Ustaz Ebit Lew berbesar hati dan bersetuju untuk berjumpa saudara Faiz Roslan dan mengarahkan saya untuk mengatur pertemuan ini.

Saya telah pun beberapa kali cuba untuk menghubungi saudara Faiz Roslan melalui whatapps dan personal no dia. Saya juga sempat DM terus ke instagram sebelum IG Faiz Roslan ditutup. Malangnya kesemua mesej saya tidak dibalas. Tetapi saya yakin saudara Faiz Roslan tahu tentang perkara ini kerana ia telah jelas tersebar di Facebook dan Instagram. Kami semua masih menunggu respon dari saudara Faiz Roslan dan rasanya semua orang sedang menunggu perkara ini.

Niat Nak Bantu Golongan Ini

Bukan niat saya untuk sibuk dan masuk campur berkenaan dengan perkara ini, tetapi perkara ini melibatkan semua orang terutamanya yang beragama islam. Hal ini berkait rapat dengan golongan LGBT, dan sangat memalukan. Ramai yang bersuara dan bercadang untuk mempertemukan saudara Faiz Roslan dengan Ustaz Ebit Lew. Ternyata apa yang telah berlaku memberi impak yang sangat buruk kepada semua.

Pandangan saya sendiri, kalau nak mengejar populariti dan mencari publisiti, bukan ini caranya. Saya sendiri tidak ada sebarang masalah dengan Faiz Roslan. Tetapi menjadi tanggungjawab juga utk menegur. Saya juga seorang lelaki lembut, tambah lagi dengan kisah silam saya sebagai mak nyah, ye saya juga pernah nakal, tetapi saya tidak pernah berkelakuan teruk seperti ini. Kadang-kadang saya terfikir, sia-sia usaha saya ikut dan belajar buat dakwah, jumpa golongan remaja & LGBT, berkongsi pengalaman dan beri sokongan moral kepada mereka, dengan harapan supaya masyarakat dapat menerima golongan kami dengan seadanya. Bila isu begini jadi, semua usaha musnah! Saya selalu cakap, hidayah Allah itu manis, tetapi, ia lebih manis kalau dikongsi.

Mohon Panjangkan Biar Sampai Pada Faiz Roslan

Saya mohon sesiapa yang kenal saudara Faiz Roslan. Mohon maklumkan perkara ini dan beri respon terhadap undangan saya dengan Ustaz Ebit Lew. Sila sebar dan sampaikan kenyataan ini dan tolong paham, niat kita hanya hendak membantu dan memulihkan keadaan ini. Mungkin boleh jadi tempat untuk saudara Faiz Roslan menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Melarikan diri bukan satu penyelesaian.

“Semua orang buat silap dik.! Tapi awak beruntung sebab ramai yang ambik tahu pasal awak. Awak pun dah matang. Fikir dan buatlah cara matang. Kita datang nak bantu dan nasihat. Fikirkan. Saya dan semua sedang menunggu jawapan. Assalamualaikum.”

Published by
Nadia