syakirin

Masyarakat orang asli sering dikaitkan dengan tinggal di kawasan pendalaman, melakukan aktiviti kraf tangan daripada sumber hutan serta kebanyakkannya berpegang pada agama Animisme. Iaitu kepercayaan kepada makhluk halus dan roh, bahawa setiap benda di bumi ini, mempunyai semangat yang mesti dihormati.

Menyelami kehidupan masyarakat orang Asli serta pegangan agama animisme yang dianuti ternyata memberi cabaran dan kelainan buat Finalis Top 9 Pencarian Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal Az Hari,30 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.

Masih Menyusukan Anak, Syakirin Berdepan Cabaran Tugasan Luar Di Kampung Orang Asli

Pilih Kupasan Topik Agama Animisme Orang Asli

Syakirin berpeluang melakukan tugasan tersebut di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Syakirin cabaran utamanya adalah mencari kelainan dalam topik masyarakat orang asli dengan mengupas lebih mendalam dari segi pegangan agama anutan mereka.

Ads

“Cabaran utama Syakirin untuk buat tugasan masyarakat orang asli ni adalah untuk memilih topik mana lagi yang jarang-jarang disentuh.Biasanya bila bercakap berkenaan orang asli, orang akan fikir menganyam, menari, ukiran.Tapi bila Syakirin baca lagi banyak lagi cerita yang boleh dapat dan sebab tu Syakirin memilih topik agama”.

“Sebab ramai antara mereka yang rupa macam melayu, nama macam melayu tapi mereka bukan beragama Islam, mereka agama animism. Sebab itulah banyak persepsi yang berbeza dalam kalangan masyarakat kita berkenaan masyarakat orang asli,” jelas Syakirin.

Ads

Cabaran Bergelar Ibu Menyusu

Menurut Syakirin lagi, di samping menyempurnakan tugasan utama, dirinya juga berdepan dengan cabaran sebagai orang ibu yang masih menyusukan anak. Jadi persediaan rapi diperlukan sebelum melakukan tugasan luar ini.

“Ini adalah pertama kali Syakirin buat tugasan luar setelah bergelar ibu yang menyusu. Jadi beberapa hari sebelum keluar pergi ke kampung orang asli Syakirin dah fikirkan, pukul berapa nak bangun, nak susukan anak, nak pam susu, nak bawa, simpan susu dan nak bawa balik ke rumah.Itu sebenarnya adalah cabaran wanita yang sebenar. Jadi apabila Syakirin melakukan tugasan itu, cabarannya adalah untuk bercerita mengenai orang asli dan cabaran bagaimana untuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan seorang wanita”, kata Syakirin.

Ads

Adakah SYAKIRIN memenuhi ciri-ciri hos Mingguan Wanita yang anda suka? Saksikan secara langsung pengumuman pemenang di Mingguan Wanita Talkshow, 28 Mac 2019, 12 tengahari.

Masih Menyusukan Anak, Syakirin Berdepan Cabaran Tugasan Luar Di Kampung Orang Asli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI