Masih Makan Sedap-sedap, Tidur 7 Jam, Lepas Enam Bulan Hilang 30KG

Selain syarat yang dinyatakan di atas, wanita ini Norrul Jannah Ali buat semua tip yang dikongsikan ini untuk mengembalikan berat badan ideal yang jadi idamannya itu. Sebelum ini, berat ibu ini 95kg. Awal bulan Mei, Norrul dah mulakan Diet Suku Suku Separuh. Selepas 6 bulan, dia berjaya hilang 30kg menjadikan beratnya ketika itu 65kg.

Untuk membuang 30kg berat dalam masa enam bulan, Norrul lakukan ini.

Konsisten jaga makan.. masih makan sedap-sedap. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Road to 55kg.” Maklumnya dengan Mingguan Wanita, berat terkini sudah pun 60kg.

In sha Allah sebelum 2021 target untuk dapatkan berat 55kg.”

Masih Makan Sedap-sedap, Tidur 7 Jam, Lepas Enam Bulan Hilang 30KG

Waktu Ini Berat Dah Turun 75kg

Dulu-dulu gemuk, tapi masih feeling kurus.
Dari 95kg ke 75kg. Target lagi 15kg. Syukur ada sahabat yang selalu share ilmu dan bagi kata-kata semangat.. tq beb Meera Edora.

Ini Tip Norrul Hilang 30kg Dalam 6 Bulan

Sarapan Sebelum Pukul 9 Pagi

Biasa saya ambil telur rebus dan 2 keping roti wholemeal dressing kewpie hot spicy dan teh hijau.
Nasi lemak masih makan tapi dengan telur, sambal kosong.. lebihkan timun.

IKLAN

Masih Makan Sedap-sedap, Tidur 7 Jam, Lepas Enam Bulan Hilang 30KG

Snacking Pagi Biasa Dalam Pukul 11

Antara snacking pilihan saya; buah betik, jambu batu, persimmon (pisang kaki), dragon fruits (buah naga) dan gajus.

Lunch Pukul 2

Nasi suku, protein suku, sayur separuh pinggan.
Saya kurangkan yang berminyak dan bergoreng.
Makan sama menu dengan yang saya masak untuk anak-anak.
Tapi kuah saya tak ambil.

Masih Makan Sedap-sedap, Tidur 7 Jam, Lepas Enam Bulan Hilang 30KG

IKLAN

Snacking Petang Pukul 4

Dinner Sebelum Pukul 7

Sama macam lunch, elakkan makan malam.
Minum air putih dengan cukup.
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam.
Dan jangan stress.

Percayalah, tak perlu apa-apa ubat untuk kurus, cuma perlu kuatkan hati sahaja.

Untuk Workout

Saya follow di YouTube Leslie Walk. Kadang-kadang buat Tabata.

IKLAN

Guna Apps Ini Untuk Kira Kalori

Pernah Hidap Hypotiroid

Perjalanan mendapatkan berat badan ideal Norrul bukan suka-suka. Semuanya bermula apabila dia pernah mengalami hypotiroid. Mengakibatkan dia selalu penat dan letih.

Dari situ dia mula meletakkan matlamat mahu hidup sihat. “Start diet. Bila start aktif, macam-macam benda boleh buat.. hidup lebih enjoy.”

Semoga kita semua berjaya kurus dan sihat.

‘Ambil gambar sekerapnya’ Jadi motivasi konsisten turun berat dari 103kg ke 44kg.

Sumber/Foto : Norrul Jannah Ali

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI