Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 berakhir sudah. Umum juga maklum, Sabah disenaraikan antara kes Covid-19 tertinggi di Malaysia. Malah, KKM sendiri mengumumkan langkah keselamatan yang ketat kepada mana-mana individu yang baru pulang dari negeri itu.
Bagi Datin Seri Zizie Ezette yang juga isteri kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ini membuat pilihan untuk kuarantin dirinya dan anak-anak di rumah, yang ketika ini menetap di Kota Kinabalu, Sabah.
Kongsinya, mereka hanya akan pulang ke Kuala Lumpur sebaik urusan kuarantinnya berakhir.
“Semua urusan sudah pun selesai dengan aman, sekarang ni kami anak beranak semua masih menetap di Kota Kinabalu. Quarantine di rumah.
Tunggu dah reda-reda dulu baru lah kami balik KL.”
Dalam masa yang sama akui Zizie, berat badannya semakin bertambah sejak pulang ke Sabah. “Bila balik dari Sandakan, kalau tak naik 2 3 kilo tu memang tak sah!
Ada siapa-siapa kat KK ni nak buatkan saya dessert sedap-sedap tak?” Kongsinya, alang-alang dah naik berat badan, mahu makan sepuasnya. Dan akan mulakan kembali proses menurunkan berat badan sebaik pulang ke Kuala Lumpur.
Sebelumnya Zizie dan anak-anak dilihat berkampung di negeri kelahiran suaminya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung. Demi sokongan terhadap suaminya yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Zizie juga berkongsi momen berkempen bersama lima orang cahaya mata termasuk dua anak angkatnya.
Ketika di wawancara Astro Awani, pelakon yang popular dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini akui biarpun tak terlibat dalam politik, namun sebagai isteri beliau perlu menghormati dan menyokong kerjaya suaminya sebagai seorang ahli politik.
“Saya yakin dengan apa yang dia lakukan untuk rakyat
,” katanya yang sudah lebih sedekad mengahwini Bung Mokhtar yang baru dilantik menjadi Menteri Kerja Raya Sabah ini.
Sumber/Foto : Zizie Ezette