Emosi ibu dalam tempoh berpantang selalu tidak menentu.Rasa lelah ketika melahirkan anak masih terasa keletihannya.Ditambah berhadapan situasi baru untuk menyesuaikan diri menjaga anak yang baru lahir. Emosi yang masih tidak stabil ini pastinya boleh terganggu lebih-lebih lagi jika ada perkara yang menggugat jiwa.
Ramai mengetahui pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad baru sahaja melahirkan bayi lelaki,Sayf Issa pada 28 September lalu serta masih dalam tempoh berpantang. Namun ada desas desus mengatakan rumahtangga isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi,27 sedang bergolak.
Kongsi Entri Terbaru
Plot cerita ‘drama’ dalam rumah tangga Mia Ahmad dan pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi Roslan makin hangat apabila pelakon itu berkongsi entri terbaru di Insta Story Instagramnya yang menyentuh mengenai akibat perbuatan berbohong.
Status berbunyi ‘A lie may take care of the present, but it has no future’ (penipuan mungkin boleh menyelamatkan situasi sekarang, namun tiada jaminan masa depan) pantas mencetuskan spekulasi berhubung rumah tangga Mia dan Izham yang sebelum ini dilaporkan ‘diganggu’ pihak ketiga.
Memetik laporan daripada BH Online yang cuba mendapatkan reaksi pelakon Hati Perempuan itu,namun Mia hanya mengulas:
Ads
“Apa terjadi selepas ini, saya reda…. Saya tak mampu menjangka lebih jauh.”
Kelmarin, Mia ada berkongsi entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud “Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik” menyebabkan nama Mia dan hubungan perkahwinannya hangat diperkatakan.
Tidak cukup itu, tindakan Mia memadamkan semua foto suami tersayang yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.
Ads
Masih Berpantang & Emosi Jadi Tidak Stabil
Mengulas perkara itu, Mia dilaporkan berkata, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.
“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.
“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.
“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.
Ads
Cubaan Memporak Peranda Rumahtangga
Sementara itu, Izham dilaporkan mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.
“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.
“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya yang tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.
Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi,30 dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat rumahtangga pasangan ini.Semoga perkahwinan ini masih dapat diselamatkan dan menemui jalan penyelesaiannya. Emosi ibu yang dalam berpantang selalunya masih dalam tidak stabil, sokongan suami dan orang sekeliling amatlah penting sepanjang tempoh ini.
Mas kahwin atau mahar wajib diberikan oleh pihak suami kepada isteri sebagai pemberian hadiah ketika akad nikah. Nilai serta jenis pemberiannya pula bergantung pada persetujuan bersama. Tidak semestinya kena bagi wang ringgit atau barang kemas, apa yang penting ia tidak membebankan.
Surah Al Ikhlas & Cendol
Uniknya mas kahwin yang menjadi pilihan pasangan dari Indonesia ini. Pasangan ini memilih hanya Surah Al-Ikhlas dan segelas cendol sebagai pemberian mas kahwin di hari perkahwinan mereka.
Video pernikahan pasangan ini menjadi viral di media sosial apabila ia dikongsikan oleh Bagus Yudhistira di laman Facebooknya pada 30 Januari lalu. Berwalikan bapa pengantin, pasangan ini sah diijabkabulkan dengan surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.
Selepas selepas akad nikah, pengantin lelaki telah menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan. Sebagai tanda ‘terima’, pengantin perempuan meminum cendol tersebut.
Simbolik ‘Motosikal Cendol’
Lebih istimewa lagi, sebagai simbolik pada perkahwinan ini, pengantin lelaki telah menunggang sebuah motosikal yang telah diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin perempuan. Pasangan pengantin diraikan dalam majlis serba sederhana bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
MW: Selamat Pengantin Baru buat pasangan ini. Perkahwinan itu memudahkan, apa yang penting bersederhana dan ikut kemampuan diri.
Bayangkan makan somtam seafood mabeles ini dengan nasi panas-panas. Fuh! tengok gambar pun dah kecur, lagi suruh bayangkan. Resepi ini asalnya dari Thailand dan dipanggil juga Kerabu Seafood.
Silalah hadam resepi yang dikongsikan Puan Rohani Ahmad (ciknie) ini ya. Sebabnya, mudah saja, bahannya pun senang nak jumpa. Boleh buat terus dan jadi juadah berbuka puasa yang membuka selera lagi sedap.
“Dah lama ciknie tak share resepi. Hari ni teringin nak berkongsi resepi kerabu seafood atau biasa selalu kita sebut somtam seafood sebab makanan ni pun ciknie cedok dari seberang sana.”
“Okay tak mo cakap banyak. Resepi ni ciknie tak ada sukatan. Kalau tengok memang banyak, macam biasa la keluarga ramai. Buat sikit tak cukup makan so pandai pandai la awak sukat sendiri eh.”
Bahan Bahan Somtam Seafood Mabeles
+ Bawang putih
+ Cili api merah
+ Limau nipis
+ Gula atau nise (Ciknie guna nise)
+ Sedikit Ajinomoto
+ Sos ikan
+ Sotong yg dah di rebus
+ Udang dah siap kopek dan rebus
+ Kerang yg siap rebus
+ Kacang panjang
+ Baby tomato
+ Daun bawang potong pendek
Cara Cara
+ Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.
+ Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau
+ Lepas tu baru masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja manja je atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan?
Somtam seafood ni dia kena ada rasa masam, pedas, sedikit manis dan sedikit masin. Orang kata biar seimbang rasa dia tu baru sedap. Kalau tak masam pun tak sedap juga tau, tak pedas lagi tak umpphhh. So selamat mencuba!
Saksi menggigil tengok jenazah pelajar kolej terlibat kemalangan ngeri, kereta hampir terputus dua. Saat ajal memanggil, tidak cepat sesaat atau terlewat seminit. Dan pastinya ia meninggalkan kesedihan buat keluarga.
Satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Volkswagen Polo di di Kilometer (KM) P8.7 Lingkaran Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, semalam mengakibatkan seorang maut dan dua lagi cedera di mana seorang darinya parah.
Menurut saksi awal kejadian yang mengongsikan berita sedih ini, Fatma Omar di fb memaklumkan dirinya menggigil kerana penuntut yang maut, Nurhaikal Hakimi Norsaimi, 19 pelajar Politeknik Port Dickson disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan.
Saksi Menggigil Tengok Jenazah Pelajar Kolej Terlibat Kemalangan Ngeri
Kongsinya, saya masih terasa sangat sedih.
“Mengigil waktu saya tengok jenazah tadi, kepalanya pecah dan tempurung kepala melekat pada kereta Axia.
Jelas Fatma Omar, dirinya yang menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan segera.
Kami antara saksi di tempat kejadian dan antara yang terawal berhenti membantu bersama yang lain.
Kemalangan ngeri melibatkan kereta jenis Volkswagen Polo yang terbabas dan terpelanting melambung ke jalan di arah bertentangan melanggar Exora, Axia dan seterusnya Vios sebelum tercampak di tengah-tengah jalan.
Kereta Hampir Terputus Dua
Kesemua tayar tercabut, tangki minyak juga tercabut, kereta hampir terputus dua.
Kereta ini melambung memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam tiga buah kenderaan lain
Seorang penumpang golf gti tercampak keluar dan mati ditempat kejadian. Pemandu golf gti akan kritikal. Penumpang golf gti di tempat duduk depan cedera ringan td dah berjaya merangkak keluar dengan bantuan suami saya dan dua tiga org lagi yang membantu.
Sangat menginsafkan. Mereka semua student.
Tolong sedekahkan Al-Fatihah pada mangsa yang meninggal dunia dan doakan yang kritikal tadi selamat.
Saya masih terasa sangat sedih. Mengigil waktu saya tengok jenazah tadi, kepalanya pecah dan tempurung kepala melekat pada kereta Axia.
Al Fatihah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada pukul 6.41 petang.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada kereta jenis Volkswagen Polo yang dipandu Muhammad Hakan Hakimy Muhammad Zaki, 21, telah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke arah bertentangan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...