Masih cantik bergaya, umur baru 36 sudah punya anak 11 orang. Wanita akan terus kekal cantik bila berada di tangan lelaki yang tepat. Realitinya ramai merasakan penat untuk punya anak ramai tapi jumlah bilangan ini tidak menjadi ukuran bila sukakan anak-anak.
Jika sebelum ini trending mak anak tujuh dan masih muda, tapi satu perkongsian dari Tik Tok bonda_rose86, pasti kita lebih kagum kerana pada usia 36 tahun, wanita ini punya 11 orang anak.
Lebih menarik, wajahnya masih cantik dan tubuhnya kekal langsing, umpama anak dara. Wajahnya sangat manis dan jika dimaklumkan jumlah bilangan anaknya pasti ramai tidak percaya kerana anak-anaknya mulai meningkat remaja.
Dalam pada itu, bonda_rose86 hanya mengucapkan syukur alhamdulillah diberikan anak ramai.
Ramai seakan tidak percaya melihat kepada penampilannya yang cukup bergaya bahkan bertanya adakah kesemua 11 anak ini anak kandung atau bercampur anak tiri namun persoalan itu belum terjawab.
Ads
Bahkan ramai mengatakan anak dua saja mereka sudah jadi “singa” mengaum dan ramai menzahirkan rasa kagum kerana dirinya punya anak ramai di zaman ini yang serba-serbinya memerlukan perbelanjaan tinggi.
Apa yang pasti, setiap kelahiran anak membawa rezeki buat ibu bapa dan isteri masih mampu bergaya cantik jika mendapat sokongan suami tersayang. Apa pun wanita sentiasa hebat. Mampu menguruskan anak yang ramai dan rumahtangga dalam suatu masa.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi anak-anak yang hidup di perantauan, pasti tak sabar nak balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi sebelum balik kampung dan bercuti, pastikan keselamatan dititikberat supaya tidak berlaku perkara yang tidak ‘pelik-pelik’. Ok, sila semak beberapa tip ini sebelum balik kampung…
1. Simpan barang berharga
Pastikan kita menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat. Kalau boleh bawa sekali balik kampung. Takut semasa kita balik bercuti, pencuri pula membuat onar dengan memecah masuk rumah orang. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.
2. Buka kepala tong gas
Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka kerasa takut berlaku kebocoran. Tolong check balik sebelum keluar rumah!
3. Kosongkan air kolah
Tak nak lah nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur bagai. Jadi sila kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes. Itu cari penyakit, namanya!
4. Tutup punca kuasa elektrik
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan kita tutup dan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau. Jika kita alert, inshaAllah tiada apa yang akan berlaku.
5. Kunci tambahan
Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil, yang padu sikit. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock. LHaaa…. sila pastikan bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci dengan betul. Gunakan mangga (ibu kunci) yang berfungsi dengan sempurna dan bukan dalam keadaan rosak.
6. Lampu luar
Gunalah auto timer untuk nyalakan lampu bahagian depan dan koridor. Setkan lampu agar diaktifkan pada jam 6:30 petang sampai 7:00 pagi. Pada yang berkemampuan, pasanglah alarm system/cctv.
7. Sekurang-kurangnya beritahu jiran
Mungkin ada yang jenis tak pernah bertegur dengan jiran tetapi seeloknya beritahulah jiran berdekatan yang tak balik kampung sepanjang kita tak ada di rumah. Bagi sekali contact nombor handphone agar mudah dihubungi kalau ada emergency kat rumah.
8. Jangan lupa binatang!
Pada anda yang ada bela binatang, sebaiknya bawak lah sekali. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan anda untuk bawa sekali, anda boleh tinggalkan si pusat jagaan haiwan peliharaan. Jangan tinggalkan macam itu saja.
9. Isi Borang
Pastikan anda mengisi borang balik kampung yang mengandungi maklumat penting untuk membolehkan pihak polis memantau rumah dan meronda kawasan persekitaran rumah anda semasa ketiadaan tarikh yang dinyatakan.
10. Ada Kunci Pendua Tak?
Jangan nak simpan kunci pendua di dalam pasu bunga atau alas kaki sangat lah ya. Lebhih selamat kalau serahkan kunci kepada orang yang boleh dipercayai. Tujuannya adalah untuk persediaan jika ada berlaku perkara tidak diingini.
Kalau mak-mak dah buat semua benda di atas, sebelum keluar dari rumah nanti jangan lupa minta doa pada Allah supaya rumah dilindungi dan segala urusan dipermudahkan. Ini paling utama dan yakinlah kepadaNya.
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah akhirnya penantian penyanyi veteran, Zaiton Sameon,66 untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi realiti apabila menerima Kad Orang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, semalam.
OKU Fizikal: Trauma Kecederaan Otak
Menerusi kelayakan kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak), Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Eton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
“Syukur kerana masalah saya mendapat perhatian. Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa serta tiada semuanya.
“Memang saya ada adik-beradik tapi saya tak nak ganggu mereka. Saya sekarang menyewa di Ampang dan tinggal dengan anak angkat bernama Ikah (Che Sikah Ismail) sejak 11 tahun lalu.
“Kami berjumpa pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan dia tiada ibu bapa, jadi dia panggil saya dengan nama ibu,” katanya pada sidang media yang berlangsung di sini, semalam.
Jual Produk Rendang Nasib
Penyanyi lagu Menaruh Harapan ini berkata, mereka kini menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan.
“Saya kini bergantung harap pada jualan produk makanan Rendang Nasib selain menyanyi. Saya ada juga mohon rumah PPR tapi gagal atas alasan tiada pendapatan tetap.
“Rasa sedih orang lain dapat tapi saya tak. Mentang-mentanglah saya ‘cacat’. Saya bukan ‘cacat anggota’ tapi ‘cacat otak’. Orang pandang lekeh kata saya tak boleh menyanyi. Padahal lagu-lagu Inggeris pun saya boleh menyanyi dengan baik tanpa lupa lirik,” katanya.
Menurutnya, dia juga pernah terlambat membayar sewa bulanan rumah kerana wang tidak mencukupi.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana tuan rumah boleh bertolak ansur. Tambah lagi dia adalah peminat saya sebelum ini,” katanya.
Penyerahan Kad OKU
Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan di sebuah hotel di sini dilakukan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun.
Sementara itu, Samsuzuki berkata, Zaiton layak menerima kad OKU berdasarkan bukti-bukti seperti surat pengesahan doktor yang diterima pihaknya.
Zaizalnizam pula melahirkan kesyukuran kerana usaha mereka membawa isu ini kepada JKM mendapat perhatian.
Pada 1990, Zaiton mengalami kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan anaknya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia, manakala dia mengalami kecederaan parah di kepala hingga terlantar koma di hospital selama tiga bulan dan hilang ingatan sementara.
Ibu muda pilih jalan sukar temui Tuhan, tinggalkan nota akhir “aku kuat tapi aku sudah penat”.
Tiada siapa manusia terlepas dari ujian kehidupan. Besar atau kecilnya ujian itu ia adalah tanda keimanan seseorang.
Ibu Muda Pilih Jalan Sukar Temui Tuhan
Tindakan seorang ibu muda, dikenali sebagai Lilan, 21 tahun yang mengambil jalan sukar pulang menemui Allah tular di media sosial.
Ibu kepada seorang anak ini nekad menggantung dirinya menggunakan tali buaian anaknya sebelum hal ini disedari oleh suaminya yang mendengar bunyi tangisan anak kecil mereka dari dalam bilik. Sebaik pergi melihat, isterinya kelihatan sudah tergantung.
Namun di sebalik dirinya memilih jalan pulang sukar menemui Allah, apa yang membuatkan kisahnya menjadi viral di media sosial khsusnya negara Indonesia, ibu berasal dari desa Bulidje, daerah Kota Barat, Gorontalo yang diduga mengalami depresi kerana ditipu oleh pinjaman online.
Tinggalkan Nota Akhir “Aku Kuat Tapi Aku Sudah Penat”
Masa yang sama, beberapa jam sebelum mengakhiri nyawanya, dia dilihat sempat membuat video dalam keadaan menangis memberitahu dirinya kuat tapi sudah terlalu penat.
“Aku kuat tapi aku capek” tulisnya.
Dia yang bekerja di sebuah pasaraya dikatakan berusaha meminjam Rp15 juta atau lebih kurang RM4600 melalui pinjaman online. Namun sebelum pinjaman diberikan, pihak peminjam memintanya membayar deposit kira-kira Rp2.7 juta sebelum pinjaman boleh diberikan.
Lilan ternyata mengambil tersilap percaturan kerana telah memberikan wang deposit itu sebelum peminjam online itu menghilangkan diri selepas menerima duitnya.
Namun selepas Lilan menyedari dirinya ditipu, dia berusaha meminjam dari kawan kerana wang Rp2.7 juta itu adalah milik pasaraya tempatnya bekerja namun kawannya mengatakan tak ada wang.
Mungkin inilah antara sebab selepas melihat tiada jalan lagi untuk dirinya mengembalikan wang ambilnya, ibu muda ini memilih jalan pulang sukar.
Ramai netizen melihat tindakanya ini berasa simpati kerana nilainya bukan terlalu banyak hingga dia perlu mengambil tindakan sebegitu. Dan tak hairanlah kisahnya menjadi tumpuan ramai yang bersimpati dengan nasib dilaluinya.
Apa yang membuat semakin ramai sebak, suaminya, Yudin Mahmud yang dalam keadaan terperanjat dengan ujian ini dilihat mencium anak tunggal mereka ketika ramai mengiringi jenazah isterinya untuk dikebumikan.
Biar nampak seperti salah di mata kita tindakan ini namun itu antara dirinya dan Allah taala. Berdoalah agar pengakhiran kita kelak husnul khotimah.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang...