Masih berpantang, Ezzaty sedih ibu bapa terpaksa pindah. Sebagai seorang anak sudah pasti hati berasa pilu dan terkilan apabila melihat ibu bapanya terpaksa berpindah ke tempat lain bagi menjalani kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.
Begitulah yang dialami oleh pelakon Ezzaty Abdullah yang kini dalam tempoh berpantang di rumah ibu dan ayahnya di Bentong, Pahang selepas melahirkan anak kedua pada 11 Februari lalu.
Apatah lagi dirinya juga tidak dapat membantu orang tuanya mengemas barang-barang sebelum mereka berpindah buat sementara di rumah arwah neneknya di Ampang, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, Ezzaty menunjukkan ibu bapanya mengangkat barang manakala anak sulungnya Harum Dalia pula menangis kerana tidak dapat berpelukan dengan datuk dan neneknya.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. bersepah dan berhabuk.
“Bising orang buat kerja lagi. Kesian baby saya kalau berpantang di rumah dengan tak ada dapur lagi dan tak boleh masak,” tulis Ezzaty.
Bukan itu saja malah isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini menyatakan dirinya berasa bersalah dan terkilan kerana ibu dan ayahnya yang terpaksa keluar dari rumah sendiri untuk kuarantin.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang.
“Parents saya dua-dua positif Covid.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas. Tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin.
“Di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ada orang di sana. Sedih, serba salah, terkilan, semua ada. Parents saya pula yang terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri,” sambung Ezzaty.
Semestinya emosi wanita dalam berpantang tidak stabil. Ezzaty juga turut menyatakan dia berasa bimbang dan risau tentang bayi yang baru dilahirkan.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru 2 minggu.
“Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ya.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” pohon Ezzaty.
Menarik Lagi : Ezzaty Bersalin Anak Kedua “Jujur Akui Rasa Macam Hendak Tercabut Nyawa”
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati Ezzaty agar banyakkan bersabar dan mendoakan agar mereka ahli keluarga pelakon itu cepat sembuh dari Covid-19.
“Banyakkan bersabar sis. Jangan stress. Banyakkan berdoa. Semoga di hindarkan dari penyakit Covid-19” helisddawani_elis
“Semoga dipermudahkan segala urusan semua dan semoga ibu dan bapa diberi kesembuhan sihat walafiat aamin. Stay strong and take care Aty n family k.” abbynadzri
Mingguan Wanita: Banyakkan berdoa dan selawat ya Ezzaty. Semoga semuanya dipermudahkan.
Sumber Foto : Instagram Ezzaty Abdullah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura